IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Himpunan Lawak Parti Handalan

>> Wednesday, December 31, 2008

Aduhai... macam-macam benda pelik dalam Malaysia, ni apa hal pulak dengan mantan pengerusi SPR sudah beri semua dokumen kepada peguamnya untuk diteliti bagi memfailkan saman terhadap pembangkang, ha..ha..ha.. lawaknya si Rashit ni. Kalau dah expired tu duduk diam-diam la..., lagi nak buat muka menyemak dalam suratkhabar buat apa?

Tetapi kalau berhajat nak saman tu..., buat sajalah tak payah nak heboh dan kecoh, tunggu sajalah perbicaraan di Mahkamah dan bak kata Ibrahim Pendek "Mari Kita Lihat Siapa Yang Kena". Kami pun tak sabar juga nak lihat kebenaran yang hendak dipersembahkan oleh sang Rashit ni. Salah satu bahan buktinya nanti akan diminta Bil pembelian dakwat kekal yang kosnya RM1juta... betul ke harga tu sang Rashit... dan mana stok dakwat tu semua samada wujud ke tidak yea... ish..ish... tak sabar ni..

Jangan nanti selesai saja PRK Kuala Terengganu, habuk pun tarak.... saman kemana lawyer pun entah kemana-mana... ha..ha..ha.., macam-macam hal la gimik korang semua.

Itu tak termasuk lagi dengan lawak Perutusan Maal Hijrah dari Blog Orang Yang Kena Liwat yang keluar TV baru-baru ni. Tapi tak apa Malaysia ni kan negara serba boleh, dengan syarat seseorang itu ada kepentingan untuk parti yang paling handal jadi tidak kira siapa saja boleh buat perutusan dan boleh keluar di kaca TV, esok-esok mangsa rogol, Mat Gian, Gay, Pengkid dan sapa-sapa pun boleh... Malaysia Boleh...

Oleh sebab slogan Malaysia Boleh juga membenarkan orang yang ada kes rogol pun boleh bertanding dalam pemilihan parti handal ni, masih ada juga manusia yang buta hati boleh mencalonkan orang yang jenis ini sebagai pemimpin... huh... Malaysia Boleh...

Dan lagi, calon bertanding bangun awal pagi meronda kampung dan minum kopi (breakfast) dengan orang kampung sambil senyum-senyum kambing tunjuk lagak berjiwa rakyat, kalau tidak...???? lu fikir la sendiri...,

Entahlah... kalau nak cungkil satu-satu cerita lawak parti Handalan ni rasanya boleh buat koleksi, hakikatnya akan ada lagi lawak dari parti ini menjelang 17 Januari 2009 dan bulan Mac 2009 nanti... tunggu sajalah lawak terbaru dari mereka.

Lawak selebihnya, pakat-pakat kumpulkan sendiri tak kiralah dari parti mana pun untuk sepanjang 2008, esok-esok giliran PAS, PKR, DAP dan lain-lain pulak.

p/s: 17 Januari nanti bulan 20, orang kata bulan gelap, tak tau la gelap kat siapa ya... mana perginya ahli nujum blogger yang boleh menilik seperti di Permatang Pauh dulu... tak ada ke apa-apa pembayangnya wahai tok nujum...

Read more...

Perhatian: Blogger Kerajaan Rakyat

>> Monday, December 29, 2008

Salam kepada Tuan Punya Blog "Kerajaan Rakyat" - Saudara Mohd Sofi Yassin.

Di sini Isa ingin membuat pembetulan berkenaan terjemahan posting UMNO dan Yahudi. Dua Peristiwa Satu Maksud dan Bukti Nyata UMNO Menentang Islam.

Secara jujur terjemahan tersebut Isa titip dari salah satu artikel atau blog suatu ketika dahulu (maaf tak ingat dari mana sumbernya) dan tersimpan rapi dalam "arkib sejarah" komputer. Isa hanya salin dan tampal dalam ruangan komen blog saudara.

Oleh yang demikian, Isa kembalikan ucapan dan penghargaan Tuan Kerajaan Rakyat kepada yang empunya Blog atau empunya Artikel tersebut.Isa bukanlah orang yang layak untuk menerima ucapan terima kasih dan penghargaan Tuan Kerajaan Rakyat diatas daya usaha pihak lain. Dengan rasa rendah diri Isa memohon maaf diatas kekeliruan tersebut.

Dan penghargaan dari Isa juga kepada Blogger "Kerajaan Rakyat" kerana berani mendedahkan isu tersebut dan menyokong sepenuhnya, supaya kebenaran akan terserlah jua.

Terima kasih - Md. Isa

p/s: Kita harus jujur dengan setiap perbuatan yang kita lakukan, kerana "ALLAH MAHA MENGETAHUI".

Read more...

Negara Islam - Akidah dan Akhlak Semakin Hancur

Kita dikejutkan dengan berita serangan Israil di Palestin, kita dikejutkan lagi dengan berita Blog menghina Nabi Muhammas SAW dan kita berjuang berhabisan apabila Ugama Islam dihina.

Dan bagaimana pula dengan kisah ini bayi 20 bulan dinodai. Apakah bentuk hukuman terhadap tertuduh yang perbuatan mereka jauh menyimpang dari ajaran Islam.

Apakah yang membuatkan mereka tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu, adakah kerana kurang didikan ugama atau terdorong dengan hawa nafsu terlampau dan apa saja yang terlintas untuk kita andaikan.

Bukankah Malaysia sebuah negara "Islam", adakah perkara ini akan berlaku jika negara ini mengamalkan ajaran Islam yang sebenar? Satu persoalan yang harus difikirkan oleh pemimpin Melayu Islam. Kerana akidah dan akhlak umat Melayu yang mengaku Islam kini semakin rapuh dan hancur, sehingga dikenali sebagai JUARA dalam perkara-perkara negatif.

Isa: Bagi tertuduh tersebut hukumannya ialah "KASI" biar merana seumur hidup. Untuk pemimpin yang bercakap soal Islam, tegakkan..LAH Islam bukan sekadar cakap untuk meraih sokongan politik saja.

Read more...

Usaha... Menentang Zionis

Hari ini ratusan mayat anak-anak dan orang awam berkelimpangan dijalan-jalan di kawasan terkepung Gaza, jajahan zionis laknatullah. Dunia mengecam serangan tersebut, namun apakah tindakan yang diambil? Tiada... hanya sekadar mengutuk dan mengecam sahaja.

Dan kita pula hanya mampu bertanya dan mengutuk, kerana kita tidak berdaya untuk menentang kejahatan zionis ini, tetapi masih ada jalan dan caranya dengan memboikot segala bentuk perniagaan yang menyumbang kepada kewangan mereka.

Jika lantaran kejahilan kita meratah garingnya kulit hanyir hasil usahawan laknatullah, biarlah hari ini menjadi kali terakhir sumbangan kita. Jika kita masih jahil dan terus bergelumang dengan musuh Allah dan kemanusiaan itu, ketahuilah Allah lansung tidak hajatkan duit dan keujudan kita, sehinggalah kita meratapi dan bertaubat. Jauhilah semua perniagaan dan produk-produk zionis laknatullah..

Seboleh mungkin elakkan bekerjasama dengan penyambung nasafnya, Amerika yang dicucuk hidung. Gagal Amerika, Gagallah Zionis..!!!

Mari kita sama-sama Boikot Senarai barangan zionis ini. Mampukah kita melakukannya
Klik sini dan sedikit info seperti di bawah ini.

ZIONIST PRODUCTS & AFFILIATED COMPANIES:

McDonald's Restaurants

RESEARCH FINDINGS :
McDonald's is the largest and best-known global food service retailer with more than 30,000 restaurants in 121 countries. McDonalds chairman and CEO Jack M. Greenberg is an honorary director of the American-Israel Chamber of Commerce and Industry, Inc., of Metropolitan Chicago.

According to the Chicago Jewish Community Online (website of the Jewish United Fund of Metropolitan Chicago), McDonalds Corporation whose global headquarters is based just outside Chicago is a major corporate partner of the Jewish United Fund and Jewish Federation.

Through its Israel Commission, the Jewish United Fund "works to maintain American military, economic and diplomatic support for Israel; monitors and, when necessary, responds to media coverage of Israel".

The Jewish United Fund runs "Fun-filled Summer Family Missions to Israel" (the next one is on Aug 19 2002) where families get to "visit an army base and meet with Israeli soldiers" and "visit our sister city, Kiryat Gat and see the important work we are doing there". Kiryat Gat, you may be aware from the Boycott Intel Campaign, is built on stolen Palestinian land - the lands of the villages of Iraq Al Manshiya and Al-Faluja whose residents were ethnically cleansed in 1949 in contravention of International Law. Through its "Partnership to Israel" programme, the Jewish United Fund provides $1.3 million annually to help the development of Kiryat Gat and to promote further illegal settlement there.

In the Jewish United Funds outreach program they pay for Christian leaders and American high school kids to visit Israel and be fed zionist lies. McDonalds entered the Israeli market in 1993 and now has 80 resturants across Israel, providing employment to some 3000 Israelis.

ADDITIONAL INFO & REFs: Chicago Jewish Community Online
(website of the Jewish United Fund of Metropolitan Chicago) Klik sini

After the successful take up of the boycott around the world, companies are for the first time shy to show their support for the zionist state. As a result this page which lists the corporate partners was quickly taken off.. Luckily we managed saved a copy (below).

Notice that the partners list is split in to three tiers. Presumably the largest contributors are in the first tier with their names in a large type. Mcdonald's is third on this tier with Sara Lee fourth. Other partners include several newspapers, banks and finance companies. Klik sini


THE ISRAEL CONNECTION
The Jewish United Fund/Jewish Federation of Metropolitan Chicago maintain strong ties to Israel in a variety of ways.

The Partnership 2000 Program forges business, professional, and personal links; Israel Experience Programs for teens and young adults provide education and enrichment opportunities; and JUF Missions offer families, singles, and others a wide variety of travel options; the Israel Commission of the Jewish Community Relations Council of the Jewish United Fund enables the organized Jewish community to maintain its interest in Israel-related issues. Klik sini

THE ISRAEL COMMISSION
"The Israel Commission serves as a forum for the organized Jewish community to promote understanding of Israel and Middle East developments, most recently including those connected with the peace process; works to maintain American military, economic and diplomatic support for Israel; monitors and, when necessary, responds to media coverage of Israel; plays a leadership role in organizing and planning the annual community-wide Yom Ha'Atzmaut celebration; and helps promote Israeli cultural events in the metropolitan area."

Summer Family Mission to Israel
August 19-23, 2002 - Led by Missy & Allan Malmed

Walk in the steps of your ancestors and view the amazing excavations at the Southern Wall. Stop at Mt. Hertzel where Yitzak Rabin is buried ... Visit our sister city, Kiryat Gat and see the important work we are doing there ... Visit an army base and meet with Israeli soldiers ... Learn the important history of the Golan Heights ...
Klik sini dan sini

OUTREACH TO THE GENERAL COMMUNITY CHRISTIAN LEADERSHIP MISSION TO ISRAEL
In past years leaders from a broad spectrum of Christian faith communities have been invited to participate in a week-long seminar in Israel, coordinated by the Jewish Community Relations Council of the Jewish United Fund of Metropolitan Chicago and the American Jewish Committee, and jointly sponsored by the Jewish Federation of Metropolitan Chicago and the American Jewish Committee. SPEAKERS
If your group is interested in having a speaker address the topics of Israel, Israel's role in the Middle East, Jerusalem, or the peace process, contact. Klik sini

HIGH SCHOOL AND COMMUNITY OUTREACH
The Israel Youth Delegation is an official joint project of Israel's Ministry for Foreign Affairs and the Ministry of Education. The purpose of the project is to make American high school students aware of Israel. Klik sini

PARTNERSHIP 2000: OUR LINK TO ISRAEL
In Chicago, the Jewish United Fund/Jewish Federation is twinned with the Lachish region, comprising the city of Kiryat Gat and the rural areas of Lachish and Shafir. Through this partnership, $1.3 million from the Jewish United Fund is allocated annually for projects that promote the region's development...

For full information on Kiryat Gat please see the article on Intel already facing possible legal problems for building its chip plant in Kiryat Gat. Klik sini

McDonald's Israel opened its first restaurant in October 1993, in Ramat-Gan (a suburb of Tel Aviv). Today, McDonald's Israel operates more than 80 restaurants across Israel. McDonald's Israel Benefits the Israeli Economy. McDonald's Israel proudly sources over 80% of its ingredients locally, including 100% kosher beef patties, potatoes, lettuce, buns, and milkshake mix. McDonald's Israel employs 3000 Israelis. Klik sini

It should be noted, in its favour, that when in 1999 an international campaign forced Burger King to withdraw its name from a restaurant that had been built in the illegal Israeli settlement of Maale Adumim, the general manager of McDonald's Israel, Omri Padan, said that he will never open a branch on the occupied territories. Klik sini, sini dan sini

The oppressing arches of McDonalds can be seen in most Muslim countries. In Saudi Arabia there are 71 branches including two in in the Holy City of Makkah. Prince Misha'al Bin Khalid Bin Fahad Al Faisal Al Saud is McDonalds licencee in the kingdom.

Dan yang ini mungkin susah untuk kita usahakannya, namun jika ada daya makin tidak mustahil bagi kita memerangi zionis ini. McDonald

p/s: Isa pasti ramai yang mengutuk serangan dan kekejaman zionis laknatullah tersebut, dan dalam masa yang sama masih menyumbang kewangan kepada mereka. Tepuk perut, tanya selera anda... Wallahualam.....

Read more...

HAPPY NEW YEAR 1430 HIJRAH

>> Sunday, December 28, 2008

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1430

Kepada semua pelayar blog ini, muslimin dan muslimat. Saya mengucapkan semoga dengan kedatangan tahun baru ini akan meningkatkan lagi ketaqwaan kita kepada ISLAM, dimurahkan rezeki dengan RAHMATNYA dan sentiasa dalam KEREDHAANNYA.

Read more...

Samy Vellu, Lu apa cerita ni....

Ingatkan nak rehatkan diri dari isu politik hujung minggu ini, tetapi minta maaflah sebab terpanggil juga untuk mencelah apabila terbaca kenyataan Samy Vellu dalam Bernama yang meminta pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pendiriannya berhubung hasrat PAS untuk memperkenal hukum Hudud (Kanun Jenayah Syariah) di negara ini.

Apa punya mangkuk hayun la si Samy Vellu ni, dei thamby... lu tak tau baca atau lu saja mau kasi angkat naik lu punya populariti kononnya mempertahankan kaum India. Untuk pengetahuan, semua orang India yang ada dalam Kelab Penyokong PAS sudah faham hukum Hudud punya cerita, jika betul-betul kuat-kuasa pun hanya melibatkan orang-orang Islam saja, orang bukan Islam tak terlibat.

Saya punya jiran yang berbangsa India bernama Chandran berkerja sebagai pemandu lori pun faham Hukum Hudud, lu yang bertaraf Presiden Parti dan bekas Menteri pun masih bodoh lagi ka? Atau lu buat-buat bodoh...

Ayo..yo thambi.... kita orang tahu la itu PRK Kuala Trengganu sudah mari, itu umno kasi bikin isu Hudud, lu pun mau tumpang lu punya kaki juga ka? Lu duduk diam-diam sudah la, uruskan lu punya parti dulu. Itu kes Hudud sudah selesai, tak percaya lu pergi tanya sama lu punya rakan sejawatan itu Presiden Umno dia boleh terangkan sama lu, tapi lu kena bagi dia cakap jangan lu yang banyak cakap, kalau lu banyak cakap nanti dia...zzzz...zzz...zz. Terus lu jadi bertambah bodoh... dulu, kini dan selamanya.

Isa: Hello Samy Vellu... saya pakai itu "safety boot" mau cuba ka...?

Read more...

Menu Rendang Hudud

>> Saturday, December 27, 2008

Ini ada satu resepi masakan Rendang yang Isa baru dapat dari seorang chef yang jarang-jarang sekali masuk ke dapur untuk mengupdatekan menu masakan beliau, oleh kerana masalah kesihatan. Semoga ALLAH SWT memberikan kesihatan yang baik dan kesejahteraan kepada beliau.

Mari kita ikuti apakah menu beliau untuk kali ini, sila klik di sini

Anda juga boleh menukar jenis daging yang hendak digunakan untuk membuat rendang tersebut mengikut selera masing-masing, jenis-jenis daging tersebut boleh didapati di dalam ruangan komen blog beliau.

Selamat mencuba...

Read more...

Mari Bersenam

Di hujung minggu ni, rasanya nak rehatkan kepala otak dari isu politik, isa ingin berkongsi maklumat cara-cara untuk mengempiskan perut bagi member-member lelaki yang perutnya sememangnya boroi atau selepas berumahtangga baru boroi (buncit). Ini tips-tipsnya dan sorry kerana ianya dalam bahasa omputih.

We rounded up five of the most effective tummy toners around. Work three or four of these exercises into your routine (easing them in will minimize soreness). Do the number of reps indicated, resting one minute between moves. The only equipment you will need is a hand towel. Washboard abs, here you come!

Pike 90
Lie faceup; raise legs until perpendicular to floor, feet flexed. Lower right leg so it hovers 1 or 2 inches off floor and place hands lightly behind head. In this position, do 15 crunches, lifting chest toward ceiling and lowering. Switch legs and repeat.

Crunchy frog
Sit with knees bent, feet flat. Keeping legs together, raise feet several inches and bring knees toward chest. Wrap arms around knees without touching legs. Extend legs and stretch arms to sides, palms forward. Return to wrapped-arm position; repeat. Do 15 reps.

Tornado
Stand with feet hip-width apart, right leg in front of left, right foot turned out. Bend elbows and raise arms out to sides at shoulder level (like goalposts). In one motion, raise right knee to lowered right elbow. Return to start; switch sides and repeat to complete one rep. Do 15 reps.

Corkscrew
Lie faceup. Press legs together and raise them toward ceiling until they're at a 90-degree angle, with knees slightly bent and toes pointed. Raise butt and legs off floor using ab muscles; twist legs slightly to left. Repeat, twisting to right, for one rep. Do 15 reps.

Side arm balance
Start on floor on knees. Lean to left and place left hand on floor under shoulder; extend right arm up and to left, palm down. Straighten right legs out to right with foot on floor, resting on left knee. Hold for 5 breaths. Return to start; switch sides. Repeat twice per side.

Hanya luangkan masa anda untuk 10 minit sehari dengan penuh disiplin dan anda boleh ucapkan terima kasih kepada Sultan atau Agong jika anda mendapat tawaran untuk menerima anugerah pingat PJK (Perut Jauh Kedepan).

Isa: Maintain 6 pack.... Selamat mencuba...

Read more...

Babi Tak Boleh... Arak dan Pelacur Boleh....

>> Thursday, December 25, 2008

Ada juga manusia yang tidak dapat membezakan hukum HARAM dalam Islam, ini berdasarkan petikan kenyataan dari Timbalan Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris)- Rahimudin Md Harun dan berita penuhnya anda boleh baca dari Malaysiakini, seperti yang di laporkan.

"Kita tak halang hendak ternak babi. Kerajaan (Melaka) harus lebih peka dengan memindahkan babi ke kawasan penduduk Cina. Kerajaan harus sensitif dengan perasaan orang Melayu," katanya.

"Jika diletakkan arak, pelacur atau babi, babi lebih sensitif bagi orang Melayu," tambah Rahimudin.

Inilah contoh betapa dangkalnya pemikiran seorang yang bergelar pemimpin bagi sebuah NGO yang pro-umno, maka tidak hairanlah jika kebanyakkan generasi kini lebih terdedah kepada Arak dan Zina. Apa tidaknya contoh terbesar yang ditunjukkan dari kepimpinan melalui tauladan oleh YB yang mabuk dan meraba punggung pelayan sebuah kelab di Kuala Lumpur menjadi ikutan. Cuma jangan makan Babi sahaja hukumnya Haram, sebut pun jangan kerana ianya sensitif.

Isa berkata: Beliau hanya berjuang untuk orang Melayu yang bukan beragama Islam di Melaka. Dan Isa lebih rela sentuh Babi daripada minum Arak dan melanggan Pelacur. Anda bagaimana...?

Read more...

Aku Bukan Musuh Harta - Tidak Bermoral

>> Wednesday, December 24, 2008

Petikan dari Utusan Meloya (ooppss... Utusan Malaysia) hari ini 24/12/2008.

"Radio Televisyen Malaysia (RTM) hanya meluluskan lagu berunsurkan nilai moral dan kesantunan bahasa di samping aspek teknikal yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Panel Penilai".

"Lagu-lagu yang dihantar ke RTM sama ada individu atau syarikat rakaman adalah tertakluk kepada Jawatankuasa Panel Penilaian Lagu-Lagu RTM," kata RTM dalam satu kenyataan hari ini untuk menjelaskan mengapa lagu puisi Aku Bukan Musuh Harta karya bekas Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin dianggap tidak sesuai untuk siaran. Lagu itu merupakan salah satu dari lapan buah lagu puisi Dr. Asri yang dimuatkan dalam album Yang Benar Tetap Benar nyanyian Kopratasa dan beberapa penyanyi lain.


Nak bertanya juga dengan pihak RTM dan Kementerian Penerangan, apakah yang dimaksudkan dengan lagu-lagu yang bermoral dan mengunakan bahasa yang santun. Atau adakah lirik lagu ciptaan Dr. Asri itu menyentuh keperibadian seseorang maka ianya di haramkan.

Bak pepatah " Siapa makan cili, dialah yang terasa pedasnya " tak ke begitu? Patutlah RTM masih berada pada takuk lama dan tiada perubahan, apatah lagi laungan untuk mereformasikan RTM seperti yang dilaungkan oleh Menteri Penerangan hanya sekadar lelehan air liur ditepi bibir sahaja.

Isa berkata: Nak bodek dan mengampu pun berpada-padalah...

Read more...

Mari Bunuh Syaitan

>> Tuesday, December 23, 2008

Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau si isteri menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut kepada suaminya.

Isteri: 'Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/bersetubuh kan bang, dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan'.

Kata si suami 'yerr kerr?' Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kan, betul tak sayanggg? sambil ketawa..

Isteri hanya tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, si isteri berkata:
'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'. Si suami tersenyum panjang....

Selang dua hari kemudian,
si isteri berkata: 'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'.
jawap si suami: 'takpe...tunggulah malam'.

Esoknya si isteri berkata: 'banggg, jom kita bunuh syaitan...bang'.
Si suami diam sambil mengangguk lemah.

Esoknya si isteri berkata: 'banggg, jom kita bunuh syaitan... '.
Si suami tiba - tiba marah dan berkata: 'Ayang nie nak bunuh syaitan ke atau nak bunuh abang'

Read more...

Lawak Umno

Sebagai menghormati teguran yang diterima, posting ini telah dikemas-kini pada 12.04am.

Pada awal 80an tidak ada cyber cafe atau restoran yang beroperasi 24 jam dan dengan apa saja yang ada pada hari ini, itu pun jika dibuat perbandingan antara dulu dan kini (dan selamanya). Kini dalam abad ke 21 macam-macam ada, tambahan pula dengan adanya siaran TV 24jam (tak nak sebut) dan sistem internet samada yang berwayar mahupun tanpa wayar (wi-fi) yang boleh diakses dari mana-mana sahaja. Melalui jaringan internet ini, pelbagai perkara dapat dilakukan termasuklah "Blogging" yang tengah "TOP dan HOT" dewasa ini, ada baik dan buruknya dan yang lain-lain tu fikir sendirilah.

Mukadimah yang serba ringkas dan cekai diatas itu, Isa tujukan pada Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen merujuk kepada laporan dari MalaysiaKini yang nyata buta IT dan merujuk pula posting blog Nobisha.

Isa juga membuat komen dalam blog Nobisha berkenaan posting tersebut seperti dibawah;

Salam,

Lihat juga siapa yang menerajui Lembaga Disiplin Umno, jika yang ada sekarang ini adalah muka-muka yang dah menopaus, maka tidak hairanlah jika tahap pemikiran mereka masih ketinggalan 20-30 tahun kebelakang.

Maka apakah bentuk reformasi yang dilaungkan oleh PM dan TPM, jawapannya yielek...potcheek. pi mai pi mai tang tu jugak.

Tiada seorang pun yang berkaliber dalam umno yang mempunyai visi dan misi, hanya pandai bagi kenyataan berkaitan sesuatu isu, lepas itu senyap dan tunggu isu baru pula untuk di ulas.


Oleh sebab itu umno semakin layu dan bakal berkubur kerana masih adanya pemimpin yang ketinggalan dan mempunyai mentaliti abad ke 20, ini di akui sendiri oleh beliau;

Kecil hati saya," kata Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen berhubung dakwaan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) kononnya lembaga itu lambat bertindak mengendalikan laporan amalan politik wang dan rasuah dalam parti.

"Mereka (anggota Lembaga Disiplin) kadang-kadang sehari atau dua hari tak balik rumah tetapi mereka (Mubarak) kata kita ini tak bertugas.

"Kecil hati saya. Mereka ini senanglah kata kepada kita. Ahli Lembaga Disiplin ni bukan (orang) muda. Nak cari (pilih) mereka ini bukan senang kerana mereka perlu terdiri daripada veteran, perlu jujur, bekerja untuk parti dan negara," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Dan termasuklah yang ada sekarang ini bukan setakat Lembaga Disiplin Umno sahaja, yang ada dalam parti itu sendiri sudah menopaus. Selagi boleh dikitar semula dengan wang ringgit mereka akan teruskan kuasa dengan sifat tamak haloba.

Sekarang ni tengah hot isu "Wang Royalti Minyak dan 25'000 unit laptop untuk budak sekolah di Terengganu". Nak tanya sikit pada Pengerusi Lembaga Disiplin Umno dalam isu Royalti Minyak dan Laptop tu bukan ke Politik Wang atau RASUAH pada orang-orang Terengganu, apa pula tindakan terhadap mereka ini. Anak ikan bilis kena gantung dan kena pecat, manakala bapak-bapak jerung umno dibuat-buat tak nampak pula.

Selalunya Kerajaan yang di naungi oleh umno/BeEnd ini membodohkan Rakyat, hari ini Lembaga Disiplin UMNO sendiri yang membodohkan UMNO. Mungkin sudah menjadi sifat dan tabiat mereka sebegitu dan itulah yang dinamakan Lawak Umno.

Isa berkata: Tertarik dengan ayat Tan Sri Pengerusi "Nak cari (pilih) mereka ini bukan senang kerana mereka perlu terdiri daripada veteran, perlu jujur, bekerja untuk parti dan negara," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ada ke???? ciri-ciri tersebut dalam umno? Patut pun susah nak cari??? Dan sememangnya tidak ada lansung!!!!

Read more...

Boleh Percaya Ke? - IJN

>> Sunday, December 21, 2008

Pertama:
Apa bezanya Penangguhan pengswastaan IJN dengan kenyataan Najib sebelum PRU-12 tempoh hari berkenaan "Harga Minyak Tidak Akan Naik". Dua bulan selepas PRU-12 harga minyak terus naik mencanak gila.

Perlukah kita percaya dengan cakap-cakap jembalang umno/Bn ni. Ini semua hanya cakap politik sebelum PRK Kuala Terengganu.

Kedua:
Kera...jaan menangguhkan penyerahan ekuiti IJN kerana perlaksanaanya belum dibuat kajian. Cuba lihat, betapa BN tidak mengkaji secara mendalam isu kepentingan rakyat. Segala keputusan dibuat secara ad-hoc ataupun secara tergesa-gesa. Apabila mendapat tentangan hebat barulah kerajaan nak kaji balik.

Ini mengambarkan betapa BN tidak memikirkan kesan kepada rakyat hanya kerana laba keuntungan menyebabkan mereka cetek untuk berfikir.

Ketiga:
Kesan persaingan perniagaan, di mana Subang Jaya Medical Centre milik Sime Darby kini telah ada unit Kardiologi dan Kardiotorasik. Pesaing utamanya sudah tentu Institut Jantung Negara. Untuk mengatasi persaingan tersebut, maka pengambil alihan pesaing adalah jalan paling mudah. Maka dibelinya IJN untuk memonopoli satu-satunya cabang perubatan "Jantung" di negara ini.

Dengan ini Rakyat harus mendesak supaya cadangan pengswastaan ini tidak perlu di tangguhkan, tetapi hendaklah dimansuhkan terus demi kepentingan Rakyat semua. Cukuplah dengan segala penswastaan yang sudah ada selama ini, dan cukuplah dengan segala pembohongan selama ini. Hentikan....!!!

Isa berkata: KTM pun ada ura-ura bakal menjadi mangsa juga... tunggu...

Read more...

Rakyat Kena Tipu Lagi.....

Tak mahu cerita panjang lebar, mari kita jengok ke blog Kerajaan Rakyat dan buatlah penilaian masing-masing.

Apa nak jadi dengan Negara ini jika Pembohong dan Penyangak yang memerintah tidak telus kepada Rakyatnya sendiri. Apakah perlu kita di sogok dengan cerita penipuan, sedangkan segala kebenaran di sembunyikan untuk menutup kesalahan Barua-Barua ini semua.

Apakah perlu kita menyambung kontrak pemerintahan kepada Penyamun-Penyamun ini semua pada PRU-13 nanti. Buatlah perubahan dan campakkan pemimpin-pemimpin bangsat ini semua ke longkang.

Read more...

MURTADKAH KITA

>> Friday, December 19, 2008

Satu lagi mesej yang aku rasa amat penting tentang ugama orang lain yang boleh bersangkut paut dengan keimanan kita sebagai seorang Muslim, ini pastinya tentang perayaan yang bakal disambut oleh orang bukan Islam, terutama bagi umat kristian yang akan menyambut perayaan mereka pada tarikh 25.12.2008 dan ianya hari cuti umum kepada semua warga Malaysia.

Sekarang yang menjadi masalahnya adalah, apakah hukum kita mengucapkan Selamat Hari Natal kepada mereka?
Apakah maksud Merry Chrismas????
Apakah rosak akidah kita apabila mengucapkan Selamat Merry Christmas kepada mereka???

Ini mesej yang diberikan seorang penganut Kristian didalam ceramahnya kepada umat Islam, mesejnya seperti ini:

Penting!!!
Seorang bekas biarawati Kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya bahawa HARAM bagi seseorang umat Islam ucap Selamat Hari Natal atau Merry Christmas dan sewaktu dengannya.

Jika anda ucap;
Gong Xi Fa Chai, maksudnya Selamat Tahun Baru Cina (WALLAHUALAM)Happy Deepavali, Selamat Menyambut Pesta Cahaya (HARAM).
Tetapi maksud Selamat Hari Natal atau Merry Christmas dan sewaktu dengannya adalah Sejahtera Keatas Tuhan Yesus (NAUZUBILLAH).

Dengan perkataan sahaja kita boleh rosak akidah, yakni murtad. Kita umat Islam beriman dengan LAILAHAILLALLAH yakni TIADA TUHAN DISEMBAH SELAIN ALLAH, jadi ucapan Sejahtera Keatas Tuhan Yesus untuk apa?

Di petik dari (http://lutfimj2006.blogspot.com)

Isa : Ada sesiapa yang boleh beri pencerahan terhadap isu ini?

Read more...

Tak Semua Pak Arab Faham Tentang Islam

>> Wednesday, December 17, 2008

“Lebih tepat, lebih cepat dan lebih sempurna untuk menggunakan Akta ISA… penahanan di bawah akta itu adalah tindakan awal elak keselamatan rakyat di negara ini (terjejas),” kenyataan Syed Hamid Albar - Bernama.

(Secara ringkas) Setelah pihak Polis membuat sesuatu tangkapan, perkara pertama yang dilakukan adalah mendapatkan kebenaran penahanan reman selama 14 hari untuk tujuan penyiasatan, jadi apakah perlunya ISA???

Apa yang beliau maksudkan dengan;

Lebih Tepat - ???? Lebih Cepat - ???? Lebih Sempurna - ????

Kalau begitu, tidak perlu ada Polis dan Mahkamah, bila ada sebarang keraguan atau syak terhadap seseorang maka tangkap dan humbankan dalam ISA, itukah yang beliau maksudkan dengan Lebih Tepat, Cepat dan Sempurna.

Jika akta ISA Lebih Sempurna, maka akta dan hukum yang ALLAH S.W.T tegaskan tidak sempurnaLAH, apa yang cuba disampaikan oleh Pak Arab ni??? bagi kenyataan mengalahkan Yahudi pulak, sudahLAH akta ISA itu dengan nyata dan jelas menolak hukum Tuhan (kerana menafikan hak OKT dari dakwaan dan perbicaraan Mahkamah secara sah).

Manusia jika semakin botak kepalanya itu tanda banyak berfikir dan semakin tajam pemikirannya, tapi si botak kota tinggi ni makin menggong jadinya, eloklah letak jawatan dan pergilah daftar diri dimana-mana sekolah pondok atau pesantren, perbanyakkan beristigfar sebelum membuat sebarang kenyataan yang membodohkan rakyat.

Guantanamo Bay pun dah tutup, ISA bila lagi???? Bulan lepas Rais Yatim melalut klik sini(dalam posting Rais Yatim meludah ke Langit), seolah-olah Penjara Guantanamo Bay lebih teruk dari ISA, tetapi bukankah ianya seperti adik abang je... sekutu rapat Amerika.

Isa berkata: Jika PakLAH masih kekal sebagai PM atau Najib jadi PM selepas March 2009 nanti, di nasihatkan supaya membuang tunggul-tunggul kayu yang dah tua mereput dari kabinet hampa, eloklah dicantas saja simpan pun tak guna kerana bukan membawa kebaikan pun. Cakap pun melalut tak tentu butir macam tua nyanyok saja....

Read more...

SAHAM AKHIRAT

Copyright dari Blog http://www.rentaprevolusi.com/

Minta tolong semua-matcomot on December 16th, 2008.

BAGAIMANA kalau hari ini kita meninggal dunia? ISTERI DAN ANAK-ANAK KITA sudahkah disediakan secukupnya bekalan dunia dan akhirat? Sudah tentulah bebanan balu Allahyarham iaitu Kak Jun amat berat untuk mencari perbelanjaan persekolahan untuk anak-anaknya apatah lagi kos kehidupan di Johor amat tinggi. Allahyarham Rosni adalah anak tunggal.

Anak-anak yatim ini tiada bapa dan ibu saudara sebelah arwah bapanya untuk membantu mereka..AYUH! Kita panjang2kan berita ini dan sudilah hulurkan sumbangan kalaupun tidak menghormati jasa seorang guru mencurah bakti untuk agama, nusa dan bangsa kenanglah tujuh anak yatim yang pergi ke sekolah tahun depan dengan serba kekurangan..kita semua bersaudara!

Sumbangkan terus ke akaun Maybank Puan Junaidah Mamat 156114191509

Maklumat lanjut di Blog Labun KulupSakah

Minta tolong para Blogger yang lain menyiarkannya di blog masing masing

Read more...

Robinhood Kuala Terengganu

>> Saturday, December 13, 2008

Dalam menerawang ke blog para sahabat bloggers, isa tertarik dengan lawak dari blog Saudara Zubli Zainordin, walaupun dalam kategori lawak tetapi ianya satu idea yang bagus lagi geliga bagi membenteras gejala politik wang yang mungkin akan bertaburan sempena Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu (P-36) dalam bulan Januari 2009 nanti.

Jadi isa mendapat ilham dan ingin berkongsi serta mencadangkan supaya memasang spy (yang pasti bukan perisik rakyat@topeng perak atau pun Labun KulupSakah yang dengan penuh bergaya berjaya mengambil gambar polis mengendap dari atas Menara Glomac.... sori bro..)

Dalam kepala otak isa yang terbayang-bayang sekarang ni ialah Penyiasat Persendirian yang hilang tu, entah apa ke namanya... Bala ka? Balak ka? Apa-apa sajalah... janji dia boleh buat kerja dengan penuh cemerlang, gemilang dan terbilang. Tugasnya hanyaLAH untuk memerhatikan pergerakan semua ahli-ahli politik BN/Umno, jika ada sebarang maklumat adanya penghantaran wang ke Kuala Terengganu, maka kaedah strategi ala-ala Robinhood akan digunakan.

Caranya banyak untuk mensabotaj runner-runner tersebut, yang tu tak boleh bagitau kat sini... nanti Polis tau modus operandi tu kantoi pulak... buatnya diorang hantar pasukan Gerak Khas hancus semua perancangan, dalam masa setengah jam saja boleh kantoi, tu kira dah tolak masa untuk iklan, bayangkanLAH betapa cekap dan efisiennya mereka.

Ha.. apa dia? takut kena tangkap? nanti kena penjara 10 tahun? Apa la korang ni... itu pun nak takut ke? Tak ada apa-apa punya.. isa berani jamin sunat sekali lagi..ooppss sori.. sunat tak nak dah... sakit bro..., ok..lah isa berani jamin lari bogel dari Perlis sampai ke Sabah (Larian Malaysia sambil berBogel), polis tak boleh buat apa-apa dan tak akan ada laporan polis pun, sebabnya... jeng..jeng..jeng...

Apa nak di risaukan, duit tu bukannya duit halal pun dan entah dari mana sumber pun tak tahu..., lagipun bila diorang dah kena sabotaj macam tu diorang tak akan berani buat laporan polis, nak mampus nanti jadi isu lain pulak dan dapat liputan media... lagi la diorang kantoi..., dah jadi satu hal pulak nak berjawap dengan media mana datangnya duit tu dan darimana sumbernya, silap-silap hari bulan akibat tekanan dari pembangkang dan correct punya, correct punya, correct... (baca korek) dalam parlimen lagi la diorang ni kantoi.

Nak tak nak mesti diorang tutup mulut punya... putih mata wa cakap lu... berjuta lesap macam tu saja, macam duit yang lesap bertrillion dolar dalam pasaran yang mengakibatkan kesan kemelesetan ekonomi tahap Global, manakala pada tahap Glokal pula tak ada kesan apa-apa, kira ok.. apa.. sebab Menteri kita semua cerdik-cerdik belaka kerana mereka semua ada ilmu sihir untuk "buat duit yang tak tahu dari mana sumbernya". Kalau dulu-dulu tu orang panggil "tarik duit", ish.. melalut pasal ilmu tarik duit pulak dah..., apa pun itulah kepandaian Menteri-Menteri kita yang tak boleh disangkal lagi.

Berbalik pada perancangan asal, selepas berjaya mensabotaj kesemua hasil rampasan tersebut disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir dan orang-orang susah yang memerlukan bantuan di seluruh Malaysia ni kecuali puak-puak kat International Hill (sebab diorang memang dah kaya pun), ini baru dinamakan kebajikan kepada rakyat, daripada duit tu di salahgunakan oleh puak-puak lanun tu untuk kepentingan tembolok diorang lagi la hampeh...

Walaupun idea ni bunyinya ganas dan brutal... tapi fikir-fikirkanlah... tak salahkan kalau mensabotaj lanun dan perompak wang rakyat... apa komen Majlis Fatwa nanti..

Ada sesiapa yang boleh berkongsi pendapat mengenai hukum tersebut atau mengenai idea modus operandi, di persilakan. Tapi hati-hati jangan sampai orang-orang Bn/umno tau tentang perancangan ni... nanti diorang tukar plan pulak, kita pulak yang kantoi...

p/s: Nanti Isa tanyakan dengan Majlis Fatwa apa hukumnya mensabotaj lanun dan perompak wang rakyat.. he..he..he.. nak keluar cari peta laluan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu, Semoga Berjaya dan Selamat Berhujung Minggu.

Read more...

Tak Bogel Pun...? Heronya Mana..?

Camera... Ready..Take.... Action..., wooii..wooi... heronya mana???

Ha..ha..ha.., dah masuk 13 December 2008, tunggu punya tunggu nak tengok orang berbogel pada hari Jumaat bersamaan 12 December 2008, seperti yang digemburkan hanya hampeh... belaka.

Ingatkan bolehlah di jadikan dalam lipatan sejarah untuk tatapan generasi akan datang, untuk membuktikan adanya melayu banggang mengotekan kata-katanya, rupa-rupanya cakap tak serupa bikin wa cakap lu....buat perabih air liur saja, itulah orang tua-tua dah pesan "terlajak perahu boleh go-head gostan, ni dah terlajak kata, nak jadi apa? jadi setan la". Selepas itu mula konar sana konar sini nak cover line....

Isa berkata: Mudah sangat nak jadi populis.... macam artis pulak..., hai.. politik sampahan.. bikin orang menyampah.

Read more...

Surind Raj Mohon Maaf

>> Thursday, December 11, 2008

Terima kasih dan sekalung tahniah kepada BPN (Badan Pembela Blogger), Mahaguru58 yang membuat laporan polis, dan para blogger seperti Harimau Menaip, SUKJ, UmmiAnni, Penyapulidi (tepet), Labunkulupsakah, Desperado dan semuanya yang terlibat dalam memeranggi budak india yang kurang ajar bernama Surind Raj, kerana menghina Agama Islam dalam blog beliau.

Secara dasarnya melalui laman blog beliau telah meminta maaf, hakikatnya dalam dunia luar kita tak tahu apa lagi agenda tersembunyi beliau. Isa cuba untuk berbaik sangka terhadap beliau, memandangkan keceluparan beliau perasaan buruk sangka melebihi segalanya, dan tidak salah jika isa berandaian seperti berikut...

Mungkin permohonan maaf beliau dibuat atas dasar desakan para blogger dan laporan polis yang dibuat, membuatkan beliau goyang dan terkucil takut pada tindakan undang-undang a.k.a ISA atau benar-benar ikhlas dari hati sanubari beliau. Wallahualam....

Harap ini akan menjadi satu pengajaran kepada Surind Raj dan semua blogger yang berlainan bangsa dan ugama, supaya tidak menyentuh isu ugama dan fahaman masing-masing. Selanjutnya ikuti permohonan maaf beliau dari blog Dunia-Politik.

Dan sekalung takziah juga buat mereka-mereka yang terlibat dalam kutukan isa rujuk posting "Blog Hina Islam - Part 2". Hampa semua memang hampeh, sibuk dengan politik dan kemelayuan hampa saja, hinggakan Islam dihina hampa buat tak peduli.... hampa semua memang celaka....

Terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat dalam memperjuangkan Ugama ALLAH, semoga kalian dan keturunan kalian diberkati dan dirahmati ALLAH hendaknya.
Dan celakalah bagi mereka yang bisu, pekak dan dayus....

p/s: Sengaja isa tak mahu pautkan blog Surind Raj disini kerana menyampah dan benci teramat sangat.

Read more...

BLOG HINA ISLAM - PART 2

>> Wednesday, December 10, 2008

Isa masih tidak puashati dengan sikap menyepi dan diam seribu bahasa oleh pihak berkuasa dan pihak bertanggungjawap terhadap sebuah blog yang menghina Agama Islam.

Walaupun isu ini telah berlanjutan selama beberapa hari, dan disuarakan oleh beberapa bloggers isu ini macam tidak diambil peduli lansung oleh pihak berkuasa, apa dah jadi ni....?

Nanti kalau dimaki hamun di katanya blogger tak beretika, blogger suka buat fitnah dan macam-macam lagilah. Kadang-kadang tak faham juga dengan sikap kera...jaan BN/umno ni bila sentuh isu melayu mulalah melenting kononnya mempertahankan "Ketuanan Melayu" itu dan ini, sampai tercabut keris dalam seluar masing-masing...

Apabila Islam dihina masing-masing diam menikus tak pun macam lembu kekenyangan yang menunggu masa untuk dikorbankan saja. Nak kata tak buat laporan polis... dah dibuat oleh Mahaguru58, jadi apa lagi yang mereka mahukan. Kalau korang nak tau lebih lanjut lagi, kenapa isa benggang sangat dengan sikap kerajaan yang buta dan pekak apabila Islam dihina korang klik saja link dibawah ini;

Klik sini
Klik sini
Dan sini

p/s: Wooiii... Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Majlis Agama Islam, Majlis Fatwa, Mufti-Mufti, dan apa kejadah lagilah..banggun..banggun... cuti raya dah habis.. Islam dihina dan ditertawakan... banggun la ooii. Ooppsss... sori isa dah salah kejutkan diorang, sebab diorang ni semuanya MELAYU saja... nanti isa cuba kejutkan yang ISLAM pulak... Wooiii... Ulama-ulama dan orang-orang PAS... banggun cepat... kata memperjuangkan ISLAM... korang kat mana... takan nak kejutkan PakLah pulak... dia banyak kerja nak buat.. kesian la kat dia...

Read more...

Tahanan ISA dibebaskan

Lebih 10 anggota kumpulan radikal yang dikaitkan dengan Jemaah Islamiah (JI) termasuk Yazid Sufaat - didakwa terlibat dalam peristiwa 11 September - dibebaskan daripada kurungan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di kem Kamunting.

Nama Yazid muncul sewaktu perbicaraan Zacarias Moussaoui, warga Perancis yang didapati bersalah berkonspirasi dalam pengeboman Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York pada 2001.

Mereka dibebaskan selepas didapati tidak lagi menimbulkan ancaman keselamatan, laporan itu dipetik. Pegawai kanan itu berkata mereka yang dibebaskan itu telah insaf selepas menjalani pemulihan di kem di Taiping itu.

Yazid, yang ditahan pada Disember tujuh tahun lepas, telah menunjukkan “peningkatan besar”, kata pegawai itu lagi tanpa mengulas lanjut. Bekas kapten tentera berusia 43 tahun itu antara radikal yang paling popular dikaitkan dengan JI dan serangan dua menara di Amerika Syarikat itu.

Sementara itu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar hanya menyebut enam tahanan ISA, termasuk Yazid dan dua anggota JI dibebaskan baru-baru ini, lapor Bernama.

Katanya, lima orang dibebaskan pada 4 Disember lepas iaitu dua warga Thailand yang dituduh anggota kumpulan pemisah dan tiga rakyat Malaysia termasuk seorang anggota JI. Yazid dibebaskan bulan lepas, kata Syed Hamid.

“Kerajaan bersikap, kalau tahanan tidak menjadi ancaman kepada masyarakat, dia akan dibebaskan selepas dipulihkan dan seterusnya boleh dikembalikan kepada masyarakat,” katanya di lobi Parlimen.

Menurut agensi berita itu lagi, Syed Hamid berkata sejak beliau memegang Kementerian Dalam Negeri, jumlah 75 tahanan akta kontroversi itu sudah menurun kepada 46 orang.
Katanya, daripada jumlah tersebut, 16 anggota kumpulan militan JI, 13 orang dari kumpulan Darul Islam, 10 orang kerana terlibat dalam pemalsuan dokumen kad pengenalan dan pasport, lima pemimpin Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) dan dua individu yang bekerja dengan agensi perisikan asing.- Malaysiakini


p/s: Macam ada suara "masuk bakul angkat sendiri" aje.... Dah tu pulak dekat-dekat nak PRK di Kuala Terengganu.. ehm... Walau bagaimanapun syukur Alhamdulillah mereka telah dibebaskan dan kembali kepangkuan keluarga tersayang. Masih banyak persoalan yang bermain di kepala otak isa ni... aahh.. rehatkan kepala otak dulu dengan main game, esok game lain pulak....

Read more...

BERDOSA KUKU PANJANG,BODOH JIKA....

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.

The Truth
Jangan ada niat simpan kuku panjang, walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak. Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.
Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang . Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw.. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari:

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara- mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH ABIS BACA TU FORWARD LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU PUN DAPAT PAHALA GAK INSYAALLAH

Regards, Azira yon Ext:5086

p/s: Artikel ini isa copyright dari malaysiabiz.aloha.blogspot.com, untuk ingatan sesama muslim. Semoga segala amalan kita selama ini diberkati.... insyallah.

Read more...

Bahaya Comolot

>> Tuesday, December 09, 2008

Berita gempak bagi yang suka sangat adegan ringan-ringan terutama sekali pada pasangan yang nombor satu tu;

1)Pasangan haram (bohjan/bohsia, lesbian, pengkid, gay, yang sedang bercinta mahupun yang dalam ikatan pertunangan dan tah apa-apa lagilah...)
2)Pasangan Halal (pastinya yang dah menikah la, kalau kahwin tu... binatang pun kahwin jugak... pokok pun kahwin.. yang paling best durian kahwin..)

Akibat comolot (bercium mulut ke mulut) seorang gadis yang berusia dalam lingkungan 20an berasal dari Zhuhai, Beijing China, telah hilang pendengaran... macam-mana boleh jadi macam tu... mesti ganas giler minah ni...

Menurut doktor yang merawat beliau " Ciuman itu mengurangkan tekanan di dalam mulut dan menyebabkan gegendang telinga terkeluar dan kemudian pecah, walaupun ciuman biasanya selamat, tetapi doktor menasihatkan agar ia dilakukan dengan berhati-hati". Pendengaran gadis tersebut dilaporkan bakal pulih semula selepas dua bulan.

Ha..ha..ha.. kalau pulih, kalau tak pulih macam-mana??? Mesti menyesal seumur hidup akibat syok punya pasal... dunia..dunia..., Dalam Islam dah sarankan supaya berlemah lembut dan berhemah semasa ehem..ehem.. dengan pasangan masing-masing, ini tidak semuanya main terkam je... tulah pasal jadi perkara yang tak ketahuan..

Orang dulu-dulu sebelum bernikah belajar bab nikah/kahwin guna kitab dan berguru, orang sekarang belajar guna kitab jugak tapi kitab playboy dan seiringan dengan zaman IT ni berguru dengan "CD/Video tape" yang berlambak dijual di kaki-lima. Semua nak ikut cara barat.

Apa pun anggaplah kejadian malang gadis China itu sebagai pedoman dan iktibar pada kita semua.

p/s: Pekena sup lidah pun sodap... dan bak kata seorang kawan Isa yang berasal dari Sabah " Lambung tinggi-tinggi... Lepas tu target...." betul-betul tinggi imaginasi beliau...he..he..he..

Read more...

PAS Selangor kesal

Antara dialog dalam filem "Tiga Abdul" lakonan Tan Sri P. Ramlee ialah;

"Kamu semua sudah tahu dia tu saudagar penyangak, penipu, kaki belit, Yang kamu semua cerdik pandai boleh kena tipu dengan dia tu pasal apa?" Bodoh.. Bahalol...bla..bla..bla...


Jadi bertepatanlah dialog tersebut dengan PAS Selangor, dah tahu akhbar utama seperti Utusan Meloya (oopss Utusan Melayu) dari dulu hingga kini asyik menggerudi dan memutar-belitkan fakta persis goyang Inul 360 darjah, yang korang buat sidang media pi jemput depa tu buat apa???

Ok... kalau hampa kata yang hampa tak jemput reporter depa, tapi depa mai jugak, hampa ada hak untuk halau depa jangan bagi depa buat liputan sidang media hampa tu. Dah banyak kali kes ni berlaku, tapi hampa geng-geng PAS dan termasuklah semua geng Pakatan Rakyat bebal dan bodoh, tak mau belajaq dari kesilapan. Lepas tu baru melalak macam anjing salak bukit... salahkan itu dan ini..

Utusan Malaysia menyeleweng,PAS Selangor kesal - malaysiakini

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Hrkh) - PAS Selangor kesal dengan laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia di bawah tajuk "PAS akui sukar tadbir Selangor bersama PKR,DAP" (bertarikh Sabtu, 6 Disember 2008) yang sesungguhnya tersasar dan menyeleweng sama sekali dari kenyataan sebenar Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Mohd Ali, di dalam sidang media PAS Selangor yang diadakan pada hari Jumaat 5 Disember, 2008 lalu.

Menurut Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Dato' Mohd Shahir, di dalam sidang media berkenaan Dr Hasan tidak pernah menyebut bahawa PAS menghadapi kesukaran untuk memperjuangkan serta mempertahankan hak orang Islam dan Melayu di Selangor sebagaimana yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia.

Selanjutnya klik sini

Read more...

Tragedi Bukit Antarabangsa "Antara Dua Darjat"

Seronoknya jadi orang kaya, dah la kaya dapat layanan “first class” sehingga ada Pak Menteri yang mencadangkan supaya Kerajaan biayai kos penempatan sementara mangsa kejadian tanah runtuh Bukit Antarabangsa, tidak kiralah samada mereka menetap di Hotel atau mana-mana rumah sewa sementara atau sebagainya.

Berbeza dengan layanan terhadap orang bawahan atau golongan susah yang di timpa bencana, mereka tiada pilihan terpaksa menginap di dewan sementara yang disediakan, atau rumah sanak saudara. Duduk dalam keadaan berhimpit dan bersesak beralaskan tikar. Huh… malang sungguh menjadi orang miskin…

Maka di sarankan kepada semua mangsa banjir yang terlibat dengan pemindahan supaya memilih hotel atau rumah sewa yang selesa untuk tempat tinggal sementara dan kosnya di tanggung oleh kerajaan, amacam TS Muhyiddin Yasin boleh ke macam tu…

Isa faham kawasan tersebut adalah kawasan elit, yang juga didiami oleh Duta-Duta serta Atase negara luar, demi menjaga imej negara bolehlah berkompromi dalam hal tersebut dan tidak ditanggung sepenuhnya atas alasan kerana silap dan salah bodoh mereka juga memilih kawasan berbahaya.

Isa cuma terkilan kerana mengapa orang kaya mendapat layanan sebegini dan orang susah mendapat layanan sebaliknya pula sedangkan semuanya sama iaitu rakyat Malaysia.

Penempatan sementara sudah di sediakan di Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang, malahan mereka menolak untuk tinggal di situ tak tahulah apa alasan mereka. Jika mereka menolak untuk tinggal dipenempatan sementara yang disediakan dan memilih tempat yang lebih selesa seperti hotel dan sebagainya bermakna mereka mampu menanggung kos perbelanjaan tersebut, dan mengapa pula Kerajaan hendak melayani manusia atau rakyat yang seperti ini.

Kecuali Puan Sabariah Abd. Rahman yang sanggup menetap di penempatan sementara yang disediakan, dan kepada TS Muhyiddin Yasin biarlah sesuatu yang dicadangkan mengambil kira kesamarataan kepada semua rakyat, janganlah bersikap pilih kasih pula.

Makin lama terasa makin sesak dan senak perut dengan kenyataan dan cadangan Pak Menteri Malaysia ni, kalau setakat buat cadangan untuk mendapatkan sokongan politik lupakan sajalah, ini bukan masanya…. Menggong punya cadangan.

Bagi mangsa kejadian pula, dah la sombong dengan menolak untuk tinggal di penempatan sementara yang di sediakan, hendak tinggal di hotel dan sebagainya... itu lu punya pasal la... lu orang semua ada wang, apahal pulak kerajaan nak tanggung kos semua tu.
Walaupun isa bersimpati dengan tragedi yang menimpa, tetapi ada batasannya...

Read more...

Tragedi Bukit Antarabangsa

>> Monday, December 08, 2008

Sudah menjadi BUDAYA Malaysia apabila sesuatu bencana berlaku, maka gempitalah kenyataan itu dan ini dari sekalian pak-pak menteri dan bukan menteri termasuklah cerita karut-marut dalam akhbar... itu tak termasuk lagi kisah "supernatural" yang bakal menghiasi dada-dada akhbar picisan dalam sedikit masa lagi.. tak percaya??? ikutilah perkembangannya.

Hari ini Perdana Menteri Zzz..., berkata semua projek perumahan dilereng bukit akan dihentikan, dan persoalannya adalah implementasi kepada kenyataan PM Zzzz... tersebut adakah serius. Atau akan Zzzz.... juga seperti beliau.

Itulah Budaya Malaysia, semuanya akan hangat buat sementara waktu sahaja, dan buat semua bahawa apa saja kenyataan yang keluar dari mulut bercabang diorang ni akan jadi hangat-hangat tahi lembu je, dua atau tiga bulan selepas itu dengan segala kerakusan yang ada semuanya bakal berulang kembali dan seterusnya hingga berlaku lagi kejadian yang sama.

Tidak seperti negara luar, apabila sesuatu undang-undang atau larangan akan dikuat-kuasakan dan dipatuhi. Bukan macam di Malaysia, hari ini di kuatkuasakan esoknya kalau bukan Pak Menteri sendiri luluskan atau pegawai-pegawai kerajaan yang terbabit akan meluluskan projek dengan syarat janji masyuk.... bila terjadi sesuatu maka acara tuding menuding dan tuduh menuduh akan berlaku, dan itulah putaran momokan mereka, bukankah melayu/rakyat malaysia mudah lupa.

Malas nak taip panjang lebar dengan alkisah budaya beri kenyataan itu ini dan undang-undang Malaysia, ada mata pandang ada telinga dengar... dah naik cemuih bak kata orang utara.

Salam Takziah kepada mangsa tanah runtuh dan kepada semua Pak Menteri...

Read more...

Nak Poligami!!! Silakan..

>> Sunday, December 07, 2008

Pada sesiapa yang berhajat, bolehlah hantar proposal dalam bentuk PUISI... pada isteri masing-masing, semoga berjaya..

Isteriku ,
jika engkau bumi, akulah matahari. Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.

Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku. Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.

Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain, menyampaikan faedah adanya aku, kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet lain...

Tapi jangan marah kalau si isteri menjawap begini...

Suamiku,
andai kau memang mentari, sang surya yang memberi cahaya, aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu dan akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...

AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja, jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!! Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.

Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita, di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti... Cuba lihat siapa dirimu...MATAHARI atau lilin? Atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!

please lah....!!! Noktah.....

p/s: He..he..he.., sekadar lawak buat kawan-kawan yang runsing dan pecah kepala dengan keadaan politik dan isu-isu semasa... santai.., jangan ada yang serius sudah le...

Read more...

BLOG HINA ISLAM

Mamat India ni dah lebih ni, saja nak provok Melayu Islam dalam negara ni. Di mana badan pemantau bloggers, Di mana Syed Hamid Botak (KDN), Di mana Majlis Agama Islam, Di mana pula PEWARIS dan NGO Umno dan apa ke jadah lagilah yang selama ini lantang mempertahankan ISLAM.

Jangan pandang sepi saja kes macam ni. Kalau perlu ISA kan mamat india yang bernama Surind ni. Kalau di Iran dah kira halal kena tembak dah mamat ni.

Klik sini

p/s: Harap tindakan sewajarnya di ambil terhadap Blog Mamat India ni... poorah chit..

Read more...

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP