Tragedi Bukit Antarabangsa "Antara Dua Darjat"
>> Tuesday, December 09, 2008
Seronoknya jadi orang kaya, dah la kaya dapat layanan “first class” sehingga ada Pak Menteri yang mencadangkan supaya Kerajaan biayai kos penempatan sementara mangsa kejadian tanah runtuh Bukit Antarabangsa, tidak kiralah samada mereka menetap di Hotel atau mana-mana rumah sewa sementara atau sebagainya.
Berbeza dengan layanan terhadap orang bawahan atau golongan susah yang di timpa bencana, mereka tiada pilihan terpaksa menginap di dewan sementara yang disediakan, atau rumah sanak saudara. Duduk dalam keadaan berhimpit dan bersesak beralaskan tikar. Huh… malang sungguh menjadi orang miskin…
Maka di sarankan kepada semua mangsa banjir yang terlibat dengan pemindahan supaya memilih hotel atau rumah sewa yang selesa untuk tempat tinggal sementara dan kosnya di tanggung oleh kerajaan, amacam TS Muhyiddin Yasin boleh ke macam tu…
Isa faham kawasan tersebut adalah kawasan elit, yang juga didiami oleh Duta-Duta serta Atase negara luar, demi menjaga imej negara bolehlah berkompromi dalam hal tersebut dan tidak ditanggung sepenuhnya atas alasan kerana silap dan salah bodoh mereka juga memilih kawasan berbahaya.
Isa cuma terkilan kerana mengapa orang kaya mendapat layanan sebegini dan orang susah mendapat layanan sebaliknya pula sedangkan semuanya sama iaitu rakyat Malaysia.
Penempatan sementara sudah di sediakan di Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang, malahan mereka menolak untuk tinggal di situ tak tahulah apa alasan mereka. Jika mereka menolak untuk tinggal dipenempatan sementara yang disediakan dan memilih tempat yang lebih selesa seperti hotel dan sebagainya bermakna mereka mampu menanggung kos perbelanjaan tersebut, dan mengapa pula Kerajaan hendak melayani manusia atau rakyat yang seperti ini.
Kecuali Puan Sabariah Abd. Rahman yang sanggup menetap di penempatan sementara yang disediakan, dan kepada TS Muhyiddin Yasin biarlah sesuatu yang dicadangkan mengambil kira kesamarataan kepada semua rakyat, janganlah bersikap pilih kasih pula.
Makin lama terasa makin sesak dan senak perut dengan kenyataan dan cadangan Pak Menteri Malaysia ni, kalau setakat buat cadangan untuk mendapatkan sokongan politik lupakan sajalah, ini bukan masanya…. Menggong punya cadangan.
Bagi mangsa kejadian pula, dah la sombong dengan menolak untuk tinggal di penempatan sementara yang di sediakan, hendak tinggal di hotel dan sebagainya... itu lu punya pasal la... lu orang semua ada wang, apahal pulak kerajaan nak tanggung kos semua tu.
Walaupun isa bersimpati dengan tragedi yang menimpa, tetapi ada batasannya...
Post a Comment
Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.
1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.
2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.
Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com