IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Lawak Umno

>> Tuesday, December 23, 2008

Sebagai menghormati teguran yang diterima, posting ini telah dikemas-kini pada 12.04am.

Pada awal 80an tidak ada cyber cafe atau restoran yang beroperasi 24 jam dan dengan apa saja yang ada pada hari ini, itu pun jika dibuat perbandingan antara dulu dan kini (dan selamanya). Kini dalam abad ke 21 macam-macam ada, tambahan pula dengan adanya siaran TV 24jam (tak nak sebut) dan sistem internet samada yang berwayar mahupun tanpa wayar (wi-fi) yang boleh diakses dari mana-mana sahaja. Melalui jaringan internet ini, pelbagai perkara dapat dilakukan termasuklah "Blogging" yang tengah "TOP dan HOT" dewasa ini, ada baik dan buruknya dan yang lain-lain tu fikir sendirilah.

Mukadimah yang serba ringkas dan cekai diatas itu, Isa tujukan pada Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen merujuk kepada laporan dari MalaysiaKini yang nyata buta IT dan merujuk pula posting blog Nobisha.

Isa juga membuat komen dalam blog Nobisha berkenaan posting tersebut seperti dibawah;

Salam,

Lihat juga siapa yang menerajui Lembaga Disiplin Umno, jika yang ada sekarang ini adalah muka-muka yang dah menopaus, maka tidak hairanlah jika tahap pemikiran mereka masih ketinggalan 20-30 tahun kebelakang.

Maka apakah bentuk reformasi yang dilaungkan oleh PM dan TPM, jawapannya yielek...potcheek. pi mai pi mai tang tu jugak.

Tiada seorang pun yang berkaliber dalam umno yang mempunyai visi dan misi, hanya pandai bagi kenyataan berkaitan sesuatu isu, lepas itu senyap dan tunggu isu baru pula untuk di ulas.


Oleh sebab itu umno semakin layu dan bakal berkubur kerana masih adanya pemimpin yang ketinggalan dan mempunyai mentaliti abad ke 20, ini di akui sendiri oleh beliau;

Kecil hati saya," kata Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen berhubung dakwaan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) kononnya lembaga itu lambat bertindak mengendalikan laporan amalan politik wang dan rasuah dalam parti.

"Mereka (anggota Lembaga Disiplin) kadang-kadang sehari atau dua hari tak balik rumah tetapi mereka (Mubarak) kata kita ini tak bertugas.

"Kecil hati saya. Mereka ini senanglah kata kepada kita. Ahli Lembaga Disiplin ni bukan (orang) muda. Nak cari (pilih) mereka ini bukan senang kerana mereka perlu terdiri daripada veteran, perlu jujur, bekerja untuk parti dan negara," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Dan termasuklah yang ada sekarang ini bukan setakat Lembaga Disiplin Umno sahaja, yang ada dalam parti itu sendiri sudah menopaus. Selagi boleh dikitar semula dengan wang ringgit mereka akan teruskan kuasa dengan sifat tamak haloba.

Sekarang ni tengah hot isu "Wang Royalti Minyak dan 25'000 unit laptop untuk budak sekolah di Terengganu". Nak tanya sikit pada Pengerusi Lembaga Disiplin Umno dalam isu Royalti Minyak dan Laptop tu bukan ke Politik Wang atau RASUAH pada orang-orang Terengganu, apa pula tindakan terhadap mereka ini. Anak ikan bilis kena gantung dan kena pecat, manakala bapak-bapak jerung umno dibuat-buat tak nampak pula.

Selalunya Kerajaan yang di naungi oleh umno/BeEnd ini membodohkan Rakyat, hari ini Lembaga Disiplin UMNO sendiri yang membodohkan UMNO. Mungkin sudah menjadi sifat dan tabiat mereka sebegitu dan itulah yang dinamakan Lawak Umno.

Isa berkata: Tertarik dengan ayat Tan Sri Pengerusi "Nak cari (pilih) mereka ini bukan senang kerana mereka perlu terdiri daripada veteran, perlu jujur, bekerja untuk parti dan negara," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ada ke???? ciri-ciri tersebut dalam umno? Patut pun susah nak cari??? Dan sememangnya tidak ada lansung!!!!

3 IkutSukaLu...::

~PakKaramu~ Tuesday, December 23, 2008 1:13:00 PM  

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Nak bedal tu bedallah tapi jangan teruk sangat maki hamun tu nanti bertambah pula dosa dan bertambah sedih lagi orang tua tu

Memang UMNO sekarang sudah tidak relevan lagi kerana terlalu banyak kenyataan berunsur lakonan tapi rakyat dah pandai nilai segala tipu dan muslihat

ISA Tuesday, December 23, 2008 8:25:00 PM  

Salam.

PakKaramu dan Prof.

Terima kasih atas nasihat tuan berdua, dan saya akan ikuti.

Mungkin terlalu emosional dengan sikap mereka2 itu. Geram sesangat.. kerana mereka tidak pernah pandang kebawah apabila berada di puncak.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP