Aku Bukan Musuh Harta - Tidak Bermoral
>> Wednesday, December 24, 2008
Petikan dari Utusan Meloya (ooppss... Utusan Malaysia) hari ini 24/12/2008.
"Radio Televisyen Malaysia (RTM) hanya meluluskan lagu berunsurkan nilai moral dan kesantunan bahasa di samping aspek teknikal yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Panel Penilai".
"Lagu-lagu yang dihantar ke RTM sama ada individu atau syarikat rakaman adalah tertakluk kepada Jawatankuasa Panel Penilaian Lagu-Lagu RTM," kata RTM dalam satu kenyataan hari ini untuk menjelaskan mengapa lagu puisi Aku Bukan Musuh Harta karya bekas Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin dianggap tidak sesuai untuk siaran. Lagu itu merupakan salah satu dari lapan buah lagu puisi Dr. Asri yang dimuatkan dalam album Yang Benar Tetap Benar nyanyian Kopratasa dan beberapa penyanyi lain.
Nak bertanya juga dengan pihak RTM dan Kementerian Penerangan, apakah yang dimaksudkan dengan lagu-lagu yang bermoral dan mengunakan bahasa yang santun. Atau adakah lirik lagu ciptaan Dr. Asri itu menyentuh keperibadian seseorang maka ianya di haramkan.
Bak pepatah " Siapa makan cili, dialah yang terasa pedasnya " tak ke begitu? Patutlah RTM masih berada pada takuk lama dan tiada perubahan, apatah lagi laungan untuk mereformasikan RTM seperti yang dilaungkan oleh Menteri Penerangan hanya sekadar lelehan air liur ditepi bibir sahaja.
Isa berkata: Nak bodek dan mengampu pun berpada-padalah...
5 IkutSukaLu...::
Salam anakanda ISA,
Pada pandangan ayahanda bukanya lagu yang tidak mempunyai nilai moral tetapi orang yang mengharamkan lagu itu sebenarnya yang tidak bermoral.
"pikirlah semdri" kata Nabil
Sapa yang tanggalkan seluar, dialah yang malunya.
nilai moral maksud depa ialah...pelajaran moral yang di ikuti pelajar bukan islam di sekolah...jadi lirik tidak boleh ado keno ngeno dengan mata pelajaran pendidikan islam yang di ikuti pelajar muslim di sekolah hik hik hik
Salam Ayahanda dan Tepet,
Besar dan penuh makna perkataan "MORAL" itu yea... mungkin DBP kena perjelaskan dengan lebih terperinci maksud tersebut.
salam isa..
tak bermoral la sebab tak kena ngan citarasa depa..
Salam Saudara Aku,
Ini pun DBP kena huraikan dengan lebih terperinci "Citarasa" khusus untuk depa... ha..ha..ha..
Post a Comment