Bahaya Comolot
>> Tuesday, December 09, 2008
Berita gempak bagi yang suka sangat adegan ringan-ringan terutama sekali pada pasangan yang nombor satu tu;
1)Pasangan haram (bohjan/bohsia, lesbian, pengkid, gay, yang sedang bercinta mahupun yang dalam ikatan pertunangan dan tah apa-apa lagilah...)
2)Pasangan Halal (pastinya yang dah menikah la, kalau kahwin tu... binatang pun kahwin jugak... pokok pun kahwin.. yang paling best durian kahwin..)
Akibat comolot (bercium mulut ke mulut) seorang gadis yang berusia dalam lingkungan 20an berasal dari Zhuhai, Beijing China, telah hilang pendengaran... macam-mana boleh jadi macam tu... mesti ganas giler minah ni...
Menurut doktor yang merawat beliau " Ciuman itu mengurangkan tekanan di dalam mulut dan menyebabkan gegendang telinga terkeluar dan kemudian pecah, walaupun ciuman biasanya selamat, tetapi doktor menasihatkan agar ia dilakukan dengan berhati-hati". Pendengaran gadis tersebut dilaporkan bakal pulih semula selepas dua bulan.
Ha..ha..ha.. kalau pulih, kalau tak pulih macam-mana??? Mesti menyesal seumur hidup akibat syok punya pasal... dunia..dunia..., Dalam Islam dah sarankan supaya berlemah lembut dan berhemah semasa ehem..ehem.. dengan pasangan masing-masing, ini tidak semuanya main terkam je... tulah pasal jadi perkara yang tak ketahuan..
Orang dulu-dulu sebelum bernikah belajar bab nikah/kahwin guna kitab dan berguru, orang sekarang belajar guna kitab jugak tapi kitab playboy dan seiringan dengan zaman IT ni berguru dengan "CD/Video tape" yang berlambak dijual di kaki-lima. Semua nak ikut cara barat.
Apa pun anggaplah kejadian malang gadis China itu sebagai pedoman dan iktibar pada kita semua.
p/s: Pekena sup lidah pun sodap... dan bak kata seorang kawan Isa yang berasal dari Sabah " Lambung tinggi-tinggi... Lepas tu target...." betul-betul tinggi imaginasi beliau...he..he..he..
5 IkutSukaLu...::
Cuba ulang balik.
tak berapa dengar pula
Salam tuan Hasbullah,
Nak ulang dan dengar apa pulak tu..
p/s: Eden ulang baca je...
terima kasih krn mengingatkan pada hamba yang masih teruna....
comolot ke apo tu sampai terkeluar gegendang tinga?... hik hik hik ..bukan comolot tu...lain yang di ciumnya tu..sampai kurang tekanan kat dalam molot tu... hik hik hik
Matcomot,
ada bukti ke...? he..he..he..
Tepet,
Itu namanya ghairah terlampau...
Post a Comment