IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Robinhood Kuala Terengganu

>> Saturday, December 13, 2008

Dalam menerawang ke blog para sahabat bloggers, isa tertarik dengan lawak dari blog Saudara Zubli Zainordin, walaupun dalam kategori lawak tetapi ianya satu idea yang bagus lagi geliga bagi membenteras gejala politik wang yang mungkin akan bertaburan sempena Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu (P-36) dalam bulan Januari 2009 nanti.

Jadi isa mendapat ilham dan ingin berkongsi serta mencadangkan supaya memasang spy (yang pasti bukan perisik rakyat@topeng perak atau pun Labun KulupSakah yang dengan penuh bergaya berjaya mengambil gambar polis mengendap dari atas Menara Glomac.... sori bro..)

Dalam kepala otak isa yang terbayang-bayang sekarang ni ialah Penyiasat Persendirian yang hilang tu, entah apa ke namanya... Bala ka? Balak ka? Apa-apa sajalah... janji dia boleh buat kerja dengan penuh cemerlang, gemilang dan terbilang. Tugasnya hanyaLAH untuk memerhatikan pergerakan semua ahli-ahli politik BN/Umno, jika ada sebarang maklumat adanya penghantaran wang ke Kuala Terengganu, maka kaedah strategi ala-ala Robinhood akan digunakan.

Caranya banyak untuk mensabotaj runner-runner tersebut, yang tu tak boleh bagitau kat sini... nanti Polis tau modus operandi tu kantoi pulak... buatnya diorang hantar pasukan Gerak Khas hancus semua perancangan, dalam masa setengah jam saja boleh kantoi, tu kira dah tolak masa untuk iklan, bayangkanLAH betapa cekap dan efisiennya mereka.

Ha.. apa dia? takut kena tangkap? nanti kena penjara 10 tahun? Apa la korang ni... itu pun nak takut ke? Tak ada apa-apa punya.. isa berani jamin sunat sekali lagi..ooppss sori.. sunat tak nak dah... sakit bro..., ok..lah isa berani jamin lari bogel dari Perlis sampai ke Sabah (Larian Malaysia sambil berBogel), polis tak boleh buat apa-apa dan tak akan ada laporan polis pun, sebabnya... jeng..jeng..jeng...

Apa nak di risaukan, duit tu bukannya duit halal pun dan entah dari mana sumber pun tak tahu..., lagipun bila diorang dah kena sabotaj macam tu diorang tak akan berani buat laporan polis, nak mampus nanti jadi isu lain pulak dan dapat liputan media... lagi la diorang kantoi..., dah jadi satu hal pulak nak berjawap dengan media mana datangnya duit tu dan darimana sumbernya, silap-silap hari bulan akibat tekanan dari pembangkang dan correct punya, correct punya, correct... (baca korek) dalam parlimen lagi la diorang ni kantoi.

Nak tak nak mesti diorang tutup mulut punya... putih mata wa cakap lu... berjuta lesap macam tu saja, macam duit yang lesap bertrillion dolar dalam pasaran yang mengakibatkan kesan kemelesetan ekonomi tahap Global, manakala pada tahap Glokal pula tak ada kesan apa-apa, kira ok.. apa.. sebab Menteri kita semua cerdik-cerdik belaka kerana mereka semua ada ilmu sihir untuk "buat duit yang tak tahu dari mana sumbernya". Kalau dulu-dulu tu orang panggil "tarik duit", ish.. melalut pasal ilmu tarik duit pulak dah..., apa pun itulah kepandaian Menteri-Menteri kita yang tak boleh disangkal lagi.

Berbalik pada perancangan asal, selepas berjaya mensabotaj kesemua hasil rampasan tersebut disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir dan orang-orang susah yang memerlukan bantuan di seluruh Malaysia ni kecuali puak-puak kat International Hill (sebab diorang memang dah kaya pun), ini baru dinamakan kebajikan kepada rakyat, daripada duit tu di salahgunakan oleh puak-puak lanun tu untuk kepentingan tembolok diorang lagi la hampeh...

Walaupun idea ni bunyinya ganas dan brutal... tapi fikir-fikirkanlah... tak salahkan kalau mensabotaj lanun dan perompak wang rakyat... apa komen Majlis Fatwa nanti..

Ada sesiapa yang boleh berkongsi pendapat mengenai hukum tersebut atau mengenai idea modus operandi, di persilakan. Tapi hati-hati jangan sampai orang-orang Bn/umno tau tentang perancangan ni... nanti diorang tukar plan pulak, kita pulak yang kantoi...

p/s: Nanti Isa tanyakan dengan Majlis Fatwa apa hukumnya mensabotaj lanun dan perompak wang rakyat.. he..he..he.. nak keluar cari peta laluan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu, Semoga Berjaya dan Selamat Berhujung Minggu.

3 IkutSukaLu...::

Gelombang Rakyat Sunday, December 14, 2008 1:47:00 AM  

Minyak Diesel untuk nelayan, turun berapa sen?

Menteri main-main macam Lah para nelayan tidak tahu harga bahan ini yang sebenarnya!

ISA Sunday, December 14, 2008 2:05:00 AM  

Tuan Zubli,

Pak Menteri ni ingat para nelayan ni memasak guna kayu api lagi agaknya...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP