IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Tragedi Bukit Antarabangsa

>> Monday, December 08, 2008

Sudah menjadi BUDAYA Malaysia apabila sesuatu bencana berlaku, maka gempitalah kenyataan itu dan ini dari sekalian pak-pak menteri dan bukan menteri termasuklah cerita karut-marut dalam akhbar... itu tak termasuk lagi kisah "supernatural" yang bakal menghiasi dada-dada akhbar picisan dalam sedikit masa lagi.. tak percaya??? ikutilah perkembangannya.

Hari ini Perdana Menteri Zzz..., berkata semua projek perumahan dilereng bukit akan dihentikan, dan persoalannya adalah implementasi kepada kenyataan PM Zzzz... tersebut adakah serius. Atau akan Zzzz.... juga seperti beliau.

Itulah Budaya Malaysia, semuanya akan hangat buat sementara waktu sahaja, dan buat semua bahawa apa saja kenyataan yang keluar dari mulut bercabang diorang ni akan jadi hangat-hangat tahi lembu je, dua atau tiga bulan selepas itu dengan segala kerakusan yang ada semuanya bakal berulang kembali dan seterusnya hingga berlaku lagi kejadian yang sama.

Tidak seperti negara luar, apabila sesuatu undang-undang atau larangan akan dikuat-kuasakan dan dipatuhi. Bukan macam di Malaysia, hari ini di kuatkuasakan esoknya kalau bukan Pak Menteri sendiri luluskan atau pegawai-pegawai kerajaan yang terbabit akan meluluskan projek dengan syarat janji masyuk.... bila terjadi sesuatu maka acara tuding menuding dan tuduh menuduh akan berlaku, dan itulah putaran momokan mereka, bukankah melayu/rakyat malaysia mudah lupa.

Malas nak taip panjang lebar dengan alkisah budaya beri kenyataan itu ini dan undang-undang Malaysia, ada mata pandang ada telinga dengar... dah naik cemuih bak kata orang utara.

Salam Takziah kepada mangsa tanah runtuh dan kepada semua Pak Menteri...

2 IkutSukaLu...::

ISA Monday, December 08, 2008 3:14:00 PM  

Tuan Kulup Sakah,

Niat asal memang nak taip perkataan tu, memandangkan ianya dah menjadi satu trademark blog si polan tu... so jadilah taik lembu.. he..he..he..

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP