IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Tahanan ISA dibebaskan

>> Wednesday, December 10, 2008

Lebih 10 anggota kumpulan radikal yang dikaitkan dengan Jemaah Islamiah (JI) termasuk Yazid Sufaat - didakwa terlibat dalam peristiwa 11 September - dibebaskan daripada kurungan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di kem Kamunting.

Nama Yazid muncul sewaktu perbicaraan Zacarias Moussaoui, warga Perancis yang didapati bersalah berkonspirasi dalam pengeboman Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York pada 2001.

Mereka dibebaskan selepas didapati tidak lagi menimbulkan ancaman keselamatan, laporan itu dipetik. Pegawai kanan itu berkata mereka yang dibebaskan itu telah insaf selepas menjalani pemulihan di kem di Taiping itu.

Yazid, yang ditahan pada Disember tujuh tahun lepas, telah menunjukkan “peningkatan besar”, kata pegawai itu lagi tanpa mengulas lanjut. Bekas kapten tentera berusia 43 tahun itu antara radikal yang paling popular dikaitkan dengan JI dan serangan dua menara di Amerika Syarikat itu.

Sementara itu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar hanya menyebut enam tahanan ISA, termasuk Yazid dan dua anggota JI dibebaskan baru-baru ini, lapor Bernama.

Katanya, lima orang dibebaskan pada 4 Disember lepas iaitu dua warga Thailand yang dituduh anggota kumpulan pemisah dan tiga rakyat Malaysia termasuk seorang anggota JI. Yazid dibebaskan bulan lepas, kata Syed Hamid.

“Kerajaan bersikap, kalau tahanan tidak menjadi ancaman kepada masyarakat, dia akan dibebaskan selepas dipulihkan dan seterusnya boleh dikembalikan kepada masyarakat,” katanya di lobi Parlimen.

Menurut agensi berita itu lagi, Syed Hamid berkata sejak beliau memegang Kementerian Dalam Negeri, jumlah 75 tahanan akta kontroversi itu sudah menurun kepada 46 orang.
Katanya, daripada jumlah tersebut, 16 anggota kumpulan militan JI, 13 orang dari kumpulan Darul Islam, 10 orang kerana terlibat dalam pemalsuan dokumen kad pengenalan dan pasport, lima pemimpin Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) dan dua individu yang bekerja dengan agensi perisikan asing.- Malaysiakini


p/s: Macam ada suara "masuk bakul angkat sendiri" aje.... Dah tu pulak dekat-dekat nak PRK di Kuala Terengganu.. ehm... Walau bagaimanapun syukur Alhamdulillah mereka telah dibebaskan dan kembali kepangkuan keluarga tersayang. Masih banyak persoalan yang bermain di kepala otak isa ni... aahh.. rehatkan kepala otak dulu dengan main game, esok game lain pulak....

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP