Babi Tak Boleh... Arak dan Pelacur Boleh....
>> Thursday, December 25, 2008
Ada juga manusia yang tidak dapat membezakan hukum HARAM dalam Islam, ini berdasarkan petikan kenyataan dari Timbalan Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris)- Rahimudin Md Harun dan berita penuhnya anda boleh baca dari Malaysiakini, seperti yang di laporkan.
"Kita tak halang hendak ternak babi. Kerajaan (Melaka) harus lebih peka dengan memindahkan babi ke kawasan penduduk Cina. Kerajaan harus sensitif dengan perasaan orang Melayu," katanya.
"Jika diletakkan arak, pelacur atau babi, babi lebih sensitif bagi orang Melayu," tambah Rahimudin.
Inilah contoh betapa dangkalnya pemikiran seorang yang bergelar pemimpin bagi sebuah NGO yang pro-umno, maka tidak hairanlah jika kebanyakkan generasi kini lebih terdedah kepada Arak dan Zina. Apa tidaknya contoh terbesar yang ditunjukkan dari kepimpinan melalui tauladan oleh YB yang mabuk dan meraba punggung pelayan sebuah kelab di Kuala Lumpur menjadi ikutan. Cuma jangan makan Babi sahaja hukumnya Haram, sebut pun jangan kerana ianya sensitif.
Isa berkata: Beliau hanya berjuang untuk orang Melayu yang bukan beragama Islam di Melaka. Dan Isa lebih rela sentuh Babi daripada minum Arak dan melanggan Pelacur. Anda bagaimana...?
4 IkutSukaLu...::
Salam anakanda,
Sentuh babi, anjing bukannya haram. Makan babi barulah haram. Sentuh pelacur pun sudah haram, inikan pula melanggannya. Arak, manusia tidak saja-saja sentuh arak. Arak adalah untuk diminum bukan untuk dibuat mandi.
Kalau babi lebih hina dan haram melebihi pelacur dan arak, bermakna sipolan yang berpendapat begitu lebih hina dari segala yang dimaksudnya hina itu dari kaca mata hukum.
Anakanda mesti setuju kan?
ISA
Manusia bakal masih keliru bila rujukannya tidak tepat.
Salam Ayahanda dan Tuan Zubli,
Walau keliru dengan hukum, Saya masih bersetuju dengan anda berdua.
salam..
makan babi tak syok kot..
minum kan syok, layan..
bila dah penin,ada plak placoq,fuh..
tak tau apa nak jadi la ni..
Post a Comment