Kaunter Bas Ekspress
>> Tuesday, November 03, 2015
Cerita di kaunter bas express..
Pak Lebai : Nak tiket bas satu!
Kaunter : Ayah Haji nak kemana?
Pak Lebai : Ana nak tiket bas satu!
Kaunter : Ye la Ayah Haji nak kemana?
Pak Lebai : Apa pulak duk sibuk tanya nak kemana-mana.. Ana nak tiket Bas Ekpress satu! Faham tak! Ada ke tak?!
Kaunter : Tiket Bas nak kemana Ayah Haji? Tiket memang ada.. tapi lokasinya kemana?!
Pak Lebai : Apa la bahlol dan tolol sangat kamu ni.. ana nak tiket bas satu.. itu pun tak reti ke? Jenuh dah duk cakap kat kamu dari tadi.. macam anjing salak babi dalam bukit je cakap ngan kamu ni! (Sambil meninggikan suara!)
Kaunter : ?????! (Sambil garu kepala yang tak gatal dan kebingungan).
Tiba-tiba satu uncle cina mencelah, tiket bas ke Putrajaya satu. Terus kaunter tadi bagi tiket dan uncle tu bayar seterusnya beredar menaiki bas.
Pak Lebai : Sah kamu ni barua cina. Ana dari tadi nak tiket tak kasi, cina datang terus kasi je. Barua Cina! Anti Islam dan Anti Melayu.
Kaunter : Apa hal Ayah Haji marah-marah ni. Bawa bertenang dan kita berbincang di meja bulat dulu!
Pak Lebai : Sapa nak bincang dengan kamu. Ana tak akan kerjasama dengan barua cina dan orang yang anti Islam macam kamu!
Kaunter : Sapa anti Islam? Saya nak pastikan Ayah Haji nak tiket kemana? Nak pergi mana?
Pak Lebai : Ahhhh.. ikut suka aku la nak kemana pun! Kau peduli apa?! Kamu tu munafik! Pengkhianat! Barua! Tolol! Anjing! Kera! Babi! Monyet! (Sambil membuka belitan serbannya dan hanya tinggal ketayap sahaja dikepala terus berlalu pergi dengan bebelan yang tak jelas butir katanya..)
Ini sekadar kisah di kaunter bas express..!!!! Jangan la sentap pulak... hahahaha...
Post a Comment
Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.
1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.
2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.
Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com