Ibu... Emak...Mama...Ummi...
>> Friday, September 18, 2015
Lupakan Politik sekejap.... jom layan syahdu jap.. dan renungkan selepas last hari raya hari tu hingga hari ini.... dah bertanya khabar emak kita ke belum... ke tengah dok sibuk mencari dan kumpul duit selepas pokai hari raya... hahaha...
Seorang suami mengajak isterinya makan di luar seperti biasa, maklumlah pasangan yang belum mendapat zuriat lagi..., nak memasak tak berbaloi, penyelesaiannya makan luar jelah....;
"Jom sayang kita pergi makan kat satu tempat tuuuu...., member2 ofis abang kata masakannya sedap sesangat dan tempatnya pulak sangat istimewa.... view dia cantik"
Isterinya pada mulanya diam dan tiba-tiba bersuara: "Saya sebenarnya lebih rela abang ajak seorang wanita lain untuk makan istimewa dengan abang". Suaminya terkejut.... seraya bertanya siapa wanita tersebut yang dimaksudkan oleh isterinya. Isterinya menjawap...;
"Ajaklah emak abang, abang asyik sibuk memanjang... dah terlalu lama tak meluangkan masa dan berbual dengan emak abang, saya ni dah selalu sangat abang layan dengan pelbagai keistimewaan... hampir setiap hari tak pernah terlupa.Terima kasih saya ucapkan kepada abang."
"Abang pergilah layan mak abang pula, itupun tanggungjawap abang juga sebagai anak lelaki"
Suaminya terkejut bercampur sedih..., dia teramat terharu dengan kata2 isterinya. Lantas si suami mencapai telefon dan menelefon untuk mengajak ibunya.
Dia telefon ibunya dan mengajak keluar makan, Ibunya terkejut tetapi berasa teramat gembira. Ibunya seperti tidak percaya dan inginkan kepastian apakah benar hanya mereka berdua sahaja. Si anak mengiakannya. Dia pun membawa ibunya makan di tempat romantik dan istimewa itu. Mereka berbual panjang bercerita kisah keluarga sedari kecil hinggalah berumahtangga.
Ibunya tersenyum puas dan tersangat gembira dapat meluangkan masa dengan anaknya, si anak bertanya pada ibunya;
"Ok... ke mak makanan di sini, mak seronok ke...?
Jawap ibunya "Ya anakku... Mak seronok sangat, susah-susah saja kamu bawa mak ke sini. Mak seronok dapat dapat bersembang dengan kamu".
"Nanti saya bawa mak lagi ya... kali ini kita pergi tempat lain pulak. Mungkin lebih istimewa daripada di sini". Ibunya tersenyum sambil menatap wajah anaknya sambil berkata "Nanti mak pula yang akan belanja kamu" sambil menguntum senyuman gembira.
Setelah itu anaknya menghabtar Ibunya pulang. Peredaran masa berlalu.... si anak terlalu sibuk dengan kerjayanya. Sibuk dengan isteri dan urusan rumahtangganya. Hingga tidak sempat untuk menelefon ibunya yang keseorangan untuk bertanya khabar. Untuk berjumpa jarang-jarang sekali. Suatu hari dalam kesibukkannya dia mendapat panggilan telefon memaklumkan yang ibunya sakit.
Dia kelam kabut meninggalkan kerjanya kerana dia masih sayangkan ibunya, apabila sampai di hospital dia mendapat perkhabaran bahawa ibunya sudah kembali menghadap penciptanya. Dia sangat sedih dan menyesal kerana mengabaikan ibunya selama ini.
Beberapa bulan setelah kehilangan ibu tercinta, si anak menerima sekeping kad daripada tempat makan istimewa yang dia dan ibunya pergi dahulu. Di tempah khas untuk dia dan isterinya, semuanya sudah berbayar. Mereka pun makan dan minum sambil berbual-bual mesra, perbualan mereka di ganggu oleh pengurus restoran istimewa yang memberi sekeping nota daripada orang yang membuat tempahan untuk mereka berdua. Rupa-rupanya tempahan makan malam itu di tempah oleh Arwah Ibunya. Dalam nota itu menyebut...
"Terima kasih kerana mengembirakan mak, walaupun hanya sekali luangkan masa dengan mak. Mak nak balas dan tunaikan janji mak. Mak dah tempah khas sesi makan malam buat kamu dan isteri kamu. Selamat bergembira anakku".
Lelaki tadi dan isterinya menangis teresak-esak mengenangkan pengorbanan Ibunya. Itulah kasih sayang seorang insan yang bergelar Ibu, Emak, Ummi, Mama dan apa saja panggilannya.
Ya... Tuhan.... tidak terbayar pengorbanan seorang ibu, tidak perlu layan ibu setiap hari sebab kita sangat sibuk dengan kehidupan. Tapi sekurang-kurangnya buatlah sesuatu dan gembirakan hati ibu kita. Sebelum ibu kita pergi buat selamanya.
Malam hari berdoalah dan menangislah pada Allah memohon kebaikkan buat Ibu kita samada yang masih hidup mahupun yang telah tiada. kadang-kadang ada sesetengah orang berasa sudah cukup hebat kerana dapat berkhidmat sikit dengan ibunya, sekadar dapat bagi sedikit sumbangan sudah rasa memadai. Sebenarnya kita belum mencapai tahap membalas jasa dan pengorbanan Ibu kita pada tahap paling terbaik. Sebenarnya kita belum buat yang terbaik kepada ibu kita, ianya hanya baru mencapai tahap membalas jasa sahaja. Itupun tak terbalas sampai bila-bila.
Mak tumpangkan kita dalam perutnya selama 9 bulan.
Mak bersabung nyawa melahirkan kita hingga kita dapat melihat dunia ini.
Mak yang tukarkan pampers kita, jaga kebersihan diri kita.
Mak jugalah yang menyusukan kita selama 2 tahun.
Mak yang siapkan makan minum kita sekurang-kurangnya sehingga kita berumur 18 tahun.
Mak basuhkan pakaian dan seluar dalam kita dan seterika baju kita selama 18 tahun (minimum)
Mak mandikan kita dari baru lahir sehingga 6-7 tahun.
Mak bersengkang mata siang malam menjaga kebajikan dan kesihatan kita.
Mak uruskan persekolahan kita dari Tadika hingga habis Sekolah.
Mak uruskan kenduri kendara kita hingga beranak pinak
Mak berdoa akan keselamatan dan kesihatan kita siang dan malam.
Mak sayang kita sampai Akhirat. Mak sayangkan kita sehingga dia menutup mata.
Semua yang apa Ibu atau Mak kita korbankan selama ini bukannya untuk kita melupakan dia. Tanyalah pada diri sendiri setelah selesai membaca kisah ini....
Al-Fatihah buat emak gua dan lu orang semua samada yang masih hidup mahupun yang telah tiada.
Post a Comment
Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.
1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.
2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.
Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com