Melayu Tikam Melayu, Salahkan Cina...!!!
>> Thursday, November 26, 2015
Elitis Melayu: Kenapa ramai yang tak berguna...!!!
Projek River of Life
(RoL) konon nak bersihkan Sungai Gombak dengan kos berbillion ringgit bagi pada firma
Amerika sekutu Zionis Israel. Marhaen Melayu yang duduk sekitar sungai
itu telah, sedang dan akan dihalau. Siapa pilih firma Amerika tu kalau
bukan elitis Melayu...!!!!
Siapakah mereka2 itu... sudah tentulah Datuk Bandar KL dengan restu Menteri Wilayah, serta
bapak segala ketua Datuk Pengarah di JPS, Pejabat Tanah & Galian
dan yang paling pastinya bukan "Cina DAP"... hahaha... tapi melayu2 keparat yang dok ada la ni...
Menara Warisan setinggi 118
tingkat dan bakal cipta rekod menara ke-3 tertinggi dunia. Yang dilantiknya adalah
kontraktor Korea. Siapa yang pilih..???? Elit Melayu di PNB yang kepalanya
sudah pasti bukanlah "Cina DAP".... sekali lagi...!!!! Apa yang mahu di "waris" kan ketika warisan yang ada
termasuk Stadium Merdeka dan beberapa sekolah bakal terancam, struktur
rosak yang akhirnya bakal dimusnahkan..????
Mana pergi teknokrat,
tenaga mahir, pakar dan profesional tempatan termasuk anak-anak Melayu
yang bijak dalam bidang kejuruteraan, ekonomi dll? Mustahil diorang "tak
pandai berkomunikasi dalam bahasa Inggeris", itu alasan paling bangang digunakan oleh puak2 elit Melayu otak terjajah yang nampaknya elit birokrat Melayu
dalam Kementerian Pendidikan pun bangang angguk sama sampai nak hidupkan
hantu PPSMI dengan nama baru - DLP.
Yang ini diorang tak takut pulak walaupun bunyinya
macam DAP dan anak-anak Cina DAP dalam SJKC tak tertakluk pun dengan
program DLP yang membodoh-hambakan Melayu ini.Apa guna kerajaan
kononnya mahu memperbanyakkan graduan bidang sains dan teknologi tapi firma,
kontraktor dari Amerika, Korea juga yang diangkut..!!!!
Terbaru juga, gerombolan
pemaju dari negara China akan tertumpu di Kuantan dan Melaka.
Berekar-ekar tanah di Kuantan dan Melaka akan "dimajukan". Siaplah
marhaen Melayu yang ramai tapi tak lantang bersuara, tak berani nak tegur elit berkuasa.
Tanah siapa pula akan jadi mangsa sedangkan malapetaka bauksit masih
lagi terus merogol tanah air ini dan SULTAN tak pula nak menghalang
walaupun mangsanya ramai Melayu marhaen yang duduk di kampung2.
Sebelum ini pun, kelas teknorat, korporat segala jenis "rat" dari China dan
Singapura sudah merabak merobek banyak tanah2 di Johor. Kuala Selangor pun sama
berekar-ekar luasnya lambak kepada korporat Singapura. Paling keparatnya
pentadbiran segenap peringkat pentadbiran yang dipegang majoritinya adalah
MELAYU. Dan semua ini berlaku begitu dahsyat sejak Najib menjadi Perdana
Menteri...!!!!
Nama demi agama Islam - amal jariah, kemaslahatan umat, pelaburan akhirat dijadikan topeng untuk penguasa Melayu khianat berjoli dengan hasil keringat Melayu marhaen. Menteri yang dilantik untuk 'jaga' agama sanggup guna duit untuk orang miskin dan anak yatim buat main golf, naik pesawat bersama anak bini dengan kos tak munasabah. Bila orang bongkar, selamba pulak nak saman.
Beberapa "ekor" elit Melayu dalam Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM dengan anaknya yang sah-sahlah bukan "Cina DAP" suka hati saja ratus ribu gaji dan elaun masuk akaun ketika suratkhabar, TV terus bercerita masih ada Melayu marhaen di khemah, rumah nak menyembah bumi, hidup dikelilingi hutang akibat kos sara hidup terus meninggi.
Tengok pendedahan Audit terbaru pula, punyalah datuk nenek Melayu susah payah cari tanah kemudian nak beramal jariah, wakafkan tanah pada Majlis Agama Islam Negeri, tapi apa berlaku? Berjuta-juta nilai hartanah milik orang Islam tak dimanfaatkan, tak terurus nampak terbiar macam tu saja. Itupun nanti dalam perhimpunan Umno pasti ada perwakilan yang menyalak teriak nangis seperti Lembu menyanyi lagu "Anak Kecil Main IPad.."... BODOH punya Melayu umno laknatullah..!!!!
Di Pulau Pinang, Mainpp nampak sangat 'bermain-main' bila tanah wakaf yang sudah tergadai tidak cepat-cepat diganti walaupun dapat pampasan daripada kerajaan negeri berjumlah RM9.01juta membabitkan 14 hartanah wakaf sehingga tahun 2014.Selain itu, 115 lot tanah wakaf tidak dikemaskini maklumat yang sepatutnya dan rupa-rupanya RM523,420 daripada tunggakan sewa ke atas tanah wakaf di Pulau Pinang melibatkan bekas penyewa yang bukan beragama Islam sejak tahun 2000...!!!!
Apa sudah jadi dengan kakitangan Mainpp sejak 15 tahun dulu..???
Melancap... Goncang teloq...Berjimak jantan betina dalam pejabat...??? Makan gaji buta...!!!!
Di Kedah, boleh pula Maik biar penceroboh naikkan bengkel dan rumah atas tanah wakaf. Sebanyak 79 peratus penyewa mempunyai bayaran sewa tertunggak berjumlah RM1.05 juta...!!!! Kalau tak cukup kakitangan, tambah kakitangan..., kalau tak tau buat kerja.. berhenti jelah daripada makan duit gaji haram setiap bulan.
Masalahnya, perkara penting berkaitan nilai AMANAH dan TATA KELOLA/ URUS TADBIR BAIK, SIVIK dan MORAL ini nampaknya bukan keutamaan Melayu apabila memegang kuasa. Keadaan makin buruk bila perhatian ramai Melayu marhaen dicandukan dengan politik kepartian sempit dengan menyokong pulak parti yang sah-sah tak buat banyak kerja untuk marhaen, parti yang hanya gila retorik, bertindak buat keputusan dan pendirian berbelit-belit.
Ada juga elit politikus agama yang mengaku sesuci lebaran bajet ahli syurga, sibuk menghukum orang tu liberal, orang itu syiah, tak cukup tarbiyyah dan blablabla.... Ada pula elit Melayu yang kononnya nasionalis pejuang Melayu tapi terlalu apologetik lembek sampai sanggup langgar semangat Perlembagaan konon tak nak nampak rasis tapi dengan Melayu yang marhaen melalui aparatus yang ada - media, BTN dll - ditakutkan "Cina DAP" nak buat itu, nak rampas ini..!!!!
Akhirnya, yang makmur hidup bahagia di Malaysia ini nanti golongan korporat dari China, Singapura, Korea dan Amerika. Yang duduk terkangkang di KTM, LRT mat-mat Negro yang entah kerja apa tapi mengisi apartmen servis, kondominium mencecah sejuta di atas tangisan marhaen yang rumahnya dirobohkan untuk diisi segelintir Melayu, Cina, India kaya dan kroni Umno dengan majoritinya orang asing pelbagai warna kulit yang digelar golongan ekspatriat.
Dan tak mustahil 10, 20, 30 tahun lagi, anak cucu lu orang semua terpaksa bermajikan orang keturunan Bangladesh, Nepal, Myanmar, Vietnam yang hari ini lu buli, lu tengking, lu hina sambil sibuk menngadap WhatsApp, FB, IG dan hembus asap vape kat Melayu sebelah lu...
Jadilah Melayu yang CERDIK dan AMANAH memajukan bangsa apa lagi kalau lu sekarang sudah ada kuasa ekonomi dan kuasa politik dalam membuat atau mempengaruhi keputusan. Hentikanlah asyik nak menakut-nakutkan marhaen Melayu dengan "Cina DAP" saja tapi kebobrokkan kelas elitis Melayu sama ada birokrat termasuk politikus agama, lu butakan jiwa tutup kedua-dua mata.
Kredit dan Terbaeek kepada saudara Arif Atan
Edited dari gua.
Post a Comment
Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.
1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.
2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.
Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com