Kalimah Allah - Politik Beli Jiwa Dan Tutup Isu.
>> Monday, January 04, 2010
Menurut Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, Umno dalam isu kudeta Perak dilihat begitu pantas mengemukakan rayuan apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin merupakan Menteri Besar Perak yang sah.
“Persoalan pertama kenapa KDN yang diketuai oleh Naib Presiden Umno (Hishamuddin) lambat mengemukakan rayuan…pada hal dalam kes politik perak hari ini yang memutuskan Datuk Seri Nizar sebagai Menteri Besar yang sah, Umno (dan) BN terus buat rayuan,” ujar Mahfuz ketika dihubungi pagi tadi.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menganggap tindakan Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno itu sebagai suatu mengapi-apikan sensitiviti umat Islam, khususnya masyarakat Melayu agar mereka bersatu dan kembali melihat parti perkauman itu sebagai pembela bangsa dan agama.
“Kita lihat media cetak arus perdana yang berada di bawah kawalan KDN yang menterinya Hishammudin berserta media eletronik yang berada di bawah kawalan Kementerian Penerangan terus mengambil kesempatan bagi menghangatkan isu ini dalam menyempurnakan agenda umno,” jelasnya.
“Pada hal, kalau Umno mahu kalimah Allah hanya untuk kegunaan umat islam saja, dia boleh aturkan dari awal lagi (supaya) kes ini dibicarakan (oleh) Hakim yang ada jiwa islam.”
Tambahnya lagi, tektik licik Umno tersebut tersebut sebenarnya demi memperbaiki kepercayaan rakyat terhadap partinya.
“Bukankah Ketua Hakim Negara adalah ahli Umno yang boleh pastikan Hakim yang berjiwa Umno untuk mengendalikan kes ini…saya percaya apabila isu ini sudah cukup panas, Umno secara tidak langsung akan dilihat (sebagai) juara,” jelasnya.
“Rayuan akan dibuat (oleh) Umno (lalu) mahkamah yang bersidang dijangka membatalkan keputusan mahkamah tinggi… Umno pun akan dabik dada (mengatakan bahawa) dialah yang mampu pertahankan Islam.”
Dalam perkembangan yang sama, Mahfuz berkata, isu tersebut berjaya menenggelamkan beberapa osu berbangkit seperti kehilangan enjin jet, kenaikkan harga gula dan makanan rutin, ketirisan Bajet bernilai RM28 bilion, kerajaan hadiah rumah bernilai RM12 juta kepada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan sebagainya.
Selagi mahkamah tidak mempercepat perbicaraan kes tersebut, selagi itu pihak tertentu dipercayai umum mengambil kesempatan atas sensitiviti umat Islam dan bukan Islam. - Sumber
Kan aku dah kata sebelum ini, ada perkara pelik dalam isu kalimah Allah ini. Tunggu dan lihat sajalah...
Post a Comment
Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.
1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.
2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.
Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com