IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Aku Sokong Kerajaan Barisan Nasional... Hidup PM 1Malaysia...!!!!

>> Monday, January 04, 2010

Pertama sekali aku ingin memohon maaf kepada kawan2 bloggers dari PR, kerana aku terpaksa beralih angin dan menyokong umno/bn @ kerajaan. Buat sahabat Bloggers sekalian aku menyeru marilah kita semua bersama2 menyokong Perdana Menteri kita dengan wawasan 1Malaysia.

Apalagi yang kita harapkan dengan PR, selama ini PR tidak pernah prihatin dengan masalah kesihatan rakyat sepertimana yang di tunjukkan oleh kerajaan sekarang. Pi mampuslah dengan Anwar Ibrahim, Haji Hadi dan Lim Kit Siang. Diorang semua hanya tahu berpolitik saja, dan tidak pernah memperdulikan kesihatan rakyat, seperti mana yang di tunjukkan oleh PM 1Malaysia.

Perdana Menteri berkata, kerajaan membelanjakan hampir RM1 billion setiap tahun untuk subsidi harga gula, sedangkan bilangan pesakit kencing manis di negara ini merupakan antara yang tertinggi di dunia.

"Tidak ada logiknya kerajaan keluarkan subsidi hampir RM1 billion setahun untuk subsidi satu bahan makanan yang boleh mendatangkan mudarat kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Pelajar Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Parlimen Pekan, di sini.

Di sini aku ingin mengambil kesempatan mencadangkan kepada PM 1Malaysia yang di kasihi dan Kerajaan Malaysia, supaya memberi perhatian kepada harga barang kawalan seperti senarai di bawah ini, kalau boleh di naikkan juga harganya demi menyelamatkan rakyat Malaysia dari kemudaratan penyakit yang bersangkut paut dengan pengambilan barangan tersebut. Contoh selain daripada gula;

1) Beras – mengandungi kandungan gula/kanji yang tinggi. Risiko – Kencing manis, kolestrol, obesiti, osteoporosis dan juga barah. Harga cadangan : RM10.00 sekilogram.

2)  Tepung Gandum – Kolestrol tinggi.Risiko – Obesiti, serangan jantung. Harga cadangan – RM8.00sekilogram.

3) Minyak Masak – Kolestrol tinggi. Risiko – Serangan Jantung, Obesiti, risiko kanser. Harga cadangan: RM6.00 sekampit 1 kilogram.


4) Garam –  sodium klorida. Risiko - tekanan darah tinggi, angin ahmar, barah perut dan masalah pada ginjal. Harga cadangan: RM6.00 untuk 500gram.

Dan kalau boleh naikkan harga barangan harian seperti makanan laut (ikan, sotong, udang, ketam, dan pelbagai lagi) kerana pengambilannya juga membawa risiko penyakit seperti gout (macam Haji Hadi) dan penyakit Batu Karang seperti sahabat ini.

Seperti saranan PM 1Malaysia yang prihatin terhadap kesihatan rakyatnya, dengan kenaikkan harga barang tersebut dapat menyelamatkan rakyat Malaysia dari terjadi seperti Rakyat ini dan seperti Orang ini.

Mahukah nasib anda seperti mereka...? Jadi sokonglah kerajaan Barisan Nasional demi kesejahteraan kesihatan lu orang semua.
.

5 IkutSukaLu...::

Anonymous,  Monday, January 04, 2010 10:31:00 PM  

Salam!
Bukan barang2 keperluan sahaja yang perlu dinaikkan malah kalau boleh caj rawatan disemua klinik2, hospital2 dan pusat rawatan kerajaan supaya mrk yang kaya sahaja mampu bergulat utk hidup. Dah tibe masanya berlaku penghapusan etnik secara halus berlaku di tanahair ku...

Prof. Era Pasca Monday, January 04, 2010 11:06:00 PM  

bik mama relek je ngan masalah obesiti nye... takde orang kalut pun.. bini die je yang kalut...

perakkome Monday, January 04, 2010 11:21:00 PM  

salam tuan...
salam perjuangan 2010...

azman kamarul Monday, January 04, 2010 11:47:00 PM  

Sebagai tambahan:

Oleh kerana kadar kemalangan jalanraya di negara ini antara yang tertinggi di dunia...maka eloklah ketua 1Malaysia naikkan cukai import kereta (bagi kereta import)cadangan 600% manakala kereta Malaysia (hak orang tapi dipasang di sini)naikkan harganya...buat harga syiling iaitu cadangan harga syiling kereta yang dipasang di sini ialah RM 100,000.00 itulah tandanya ketua 1Malaysia sayang kat rakyatnya maka akan tercatat dalam buku guineess book records MALAYSIA SIFAR KEMALANGAN JALANRAYA.

author faethal Tuesday, January 05, 2010 1:25:00 AM  

Hahaha...gua dah buat entri ni..
Najib Sindir Rosmah...Siap ada dialog lagi..

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP