(Syarat utama capai kejayaan dan kemajuan, bersedia berubah dan menerima perubahan. Mengkritik tidak bererti menentang. Memuji tidak semestinya menyokong. Menegur tidak bermakna membenci. Berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik. Pengalaman silam adalah pengajaran terbaik bagi yang ingin terus maju ke hadapan.)
Sila ambil perhatian...!!!! Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....
Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.
Kali ini aku nak sampaikan persepsi aku sambil minum air paipsikolah dalam suasana serius…. lu orang baca kat bawah nih, aku serius giler... ni…
Kenyataan TGNA;
Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan kebimbangan penggunaan perkataan Allah disalahgunakan biarpun tidak salah untuk diguna kesemua agama samawi. Menteri Besar Kelantan itu melahirkan rasa bimbang kalimah Allah kemungkinan disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu.
Kenyataan KDN;
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), kelmarin yang membenarkan majalah Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya.
Kenyataan Peguam Kanan Persekutuan;
Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaluddin Md Said membangkitkan persoalan sama ada keputusan larangan penggunaan perkataan Allah itu terhad kepada penerbitan majalah Herald-The Catholic Weekly bagi permit 2009 atau turut terpakai untuk permit baru yang dikeluarkan pada masa depan.
Kenyataan Raja Katak (tak serius heheheh…);
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, berkata pihaknya akan memohon perkenan Majlis Raja-Raja Melayu membincangkan keputusan mahkamah itu.
"Urusan yang berkaitan dengan Islam adalah di bawah Raja-Raja Melayu dan Islam adalah agama rasmi Persekutuan yang kedudukan istimewanya terjamin dalam Perlembagaan 153.
"Ini adalah masanya Raja-Raja Melayu bertindak melindungi Islam dan umat Melayu Islam menanti tindakan ini dengan penuh harapan," katanya.
(Mohon perkenan Majlis Raja-Raja Melayu? Kenapa Raja Katak pulak…? Bukankah PM yang sepatutnya bertanggung-jawap…?)
Kenyataan Aku (setuju dan tidak setuju);
1)Dalam isu ini, jika dilihat pada dasarnya ianya hanya melibatkan tuntutan kebenaran menggunakan perkataan Allah kepada sebuah majalah yang bernama Herald-The Catholic Weekly.
2)Jika ianya melibatkan isu penggunaan kalimah Allah pada sebuah majalah sudah tentu ianya melibatkan kepada kelulusan permit penerbitan dari KDN. (Contoh seperti masalah permit majalah Gedung Kartun yang KDN dengan pantasnya bertindak…. lu tau… wa… tau sudah la…)
3)Maknanya penggunaan kalimah Allah hanya di benarkan dalam setiap penerbitan majalah ini untuk keluaran isu seminggu sekali. Dan pokoknya ianya bergantung kepada kelulusan permit penerbitan daripada Kementerian Dalam Negeri. KDN seharusnya mungkin boleh memantau setiap isu terbitannya seminggu sekali. Itupun jika kakitangan KDN mencukupi dan tidak makan gaji buta.
4)Peliknya…!!!! Mengapakah keputusan yang melibatkan Agama Islam di hakimi oleh Hakim yang bukan beragama Islam? Ini membuktikan bahawa Perlembagaan Malaysia yang didukung selama ini, membenarkan perkara ini terjadi.
5)Aku bersetuju, dengan penggunaan istilah itu boleh menjadikan kekeliruan. Dan adalah menjadi tugas kita memberi/mencari ilmu dalam mendalami Islam dan memberi dakwah kepada umat Islam bahawa, Tuhan kita semua adalah Allah.
6)Cuma mereka yang bukan Islam dan munafik yang mensyirikkan Allah. Oleh itu mejelaskan konsep Islam sebenar adalah lebih perlu ditekankan dari polimik "perkataan" Allah dan aku berpendapat umat ISLAM akan lebih dihormati kerana kita faham tentang konsep akidah kita.
Kenapa aku berkata begitu…? Kerana tiada nas dan dalil yang membantah bangsa/agama lain menggunakan kalimah Allah dan tidak dinafikan juga kalimah Allah itu hanya khusus digunakan untuk orang Islam. Allah itu untuk semua hamba2nya didunia ini.
Kesan dan penyelesaiannya: berdasarkan konsep Malaysia negara Majmuk/Agama dengan urusan/cara Politik yang berkecamuk;
Siapakah yang mula2 cuba menjuarai dan memanipulasikan isu ini, kononnya jika dibenarkan ianya akan membawa ancaman kepada generasi akan datang.
Apakah sanggup kita melihat di setiap gereja terpampang tulisan kalimah Allah. (Ini statement paling bodoh aku terbaca dalam ruangan komen blog mana ntah – tetapi aku tak salahkan pemberi komen tu… mungkin dia tersalah maklumat)
Ada yang mengatakan “Ketika anak kita membelek-belek buku di toko dan terjumpa ayat berbunyi “Allah itu rohul qudus dan Isa itu anak Allah yang dilahirkan melalui rahim Mariam”
(Adakah semudah itu akidah anak kita akan terpesong. Tepuk dada tanya akal sendiri… jangan di persalahkan orang lain).
Adakah kita akan membenarkan anak2 kita membeli bacaan yang berunsur agama Kristian atau lainnya?
Apakah selama ini dan di zaman kita sedang asyik menyedut oksigen yang Allah berikan hari ini, kita menjadi buta untuk melihat anak2 remaja malahan ada yang sebaya atau lebih tua dari kita yang sudah terlebih Kristian perangainya. Maaf bukan Kristian (Agama) tetapi sifat/cara kehidupan dan tingkah laku yang terlebih kafir dari orang kafir.
Apakah agenda kerajaan dalam memperjuangkan Islam dalam Negara Islam, sedangkan pada masa yang sama menyebarkan pelbagai program yang berunsur kemaksiatan yang banyak mengugat akidah dan iman dan mengalakkan maksiat.
Dalam isu kalimah Allah ini, bukan hanya dari sentimen Islam kemelayuan sahaja. Kalau betul2 nak jaga dan perjuangkan dan mempertahankan agama, apa yang rakyat, bloggers dan semua parti politik termasuk pihak kerajaan yang berkuasa hari ini harus lakukan adalah menghalang orang Islam dari terdedah aurat sana sini, tegah dari perbuatan maksiat, rasuah berleluasa, pusat judi macam cendawan tumbuh, kawalan bar/pub/disko dan minum/penjualan arak dan sebagainya.
Apa yang perlu kita tingkatkan adalah kekuatan akidah Islam dan Iman kepada anak2 dan generasi akan datang, janganlah ianya bersifat bermusim, apabila berlaku sesuatu hal seperti ini barulah masing2 menyalak melolong macam anjing kelaparan kononnya hendak mempertahankan Islam, hakikatnya perangai pun macam orang bukan Islam malahan Agama Islam di buat sebagai ibadat selingan atau atas keperluan tertentu dan sebagai perhiasan sahaja.
Hentikanlah kepura-puraan dan jujurlah kepada diri sendiri dalam menegakkan Agama Islam yang lu orang anuti.
Dan aku tidak nafikan juga sekiranya di lihat dari sudut perundangan jika keputusan ini di benarkan. Dari sudut kesan jangka panjang, keputusan pada hari ini akan dikhuatiri menjadi duluan penghakiman (judicial precedent) bagi tuntutan2 yang lebih ekstrim terhadap penggunaan terma dan istilah2 khusus dalam Agama Islam untuk agama lain pula. Perihal ini harus di pertimbangkan juga, maka cerdik pandai penggubal Perlembagaan Negara harus peka dalam hal ini.
Bagi aku jelas kelihatan di sini bahawa polemik ini akan berlarutan untuk satu jangka masa yang panjang kerana ianya melibatkan politik. Dalam pada itu, amat diharapkan agar semua pihak yang terbabit akan dapat berunding dengan tenang dan tertib, tanpa perlu berselindung di sebalik retorik politik untuk menjadi JUARA RAKYAT.
Di tegaskan sekali lagi “Kebenaran Penggunaan Kalimah Allah hanya untuk penerbitan majalah tersebut sahaja dan berdasarkan kepada kelulusan permit dari KDN samada permit untuk tahun 2009 atau meliputi tahun 2010” dan ianya masih dalam proses rayuan Mahkamah. Walau apa pun aku masih skeptical dengan isu ini.
Besar kemungkinan setelah di peram dan marinate fail ini secukup masa/rasa, keputusan dari Mahkamah umno akan menolak keputusan Mahkamah Tinggi untuk di bicarakan pula di Mahkamah Rayuan, dan keputusannya akan di umumkan menjelang Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Pada waktu itu ianya akan menjadi modal politik buat umno… dan kesannya ialah… hoyeeee… hoyeeee… umno berjaya perjuangkan Islam dan menjadi sebesar juara…
Dalam aku menaip secara serius ini, fokus aku semakin tersasar untuk menghentam umno parti yang paling aku menyampah di mukabumi malaysia nih... dan kepala otak biul aku masih tak puashati jugak..!!! Lu orang pun tau… bila kepala hotak aku dah biul… penulisan pun menjadi biadap dan kurang ajaq sebab hati panas beb… dengan kebodohan orang politik nih…
1)Berdasarkan pada “Kenyataan Aku” di atas, lu orang semua percaya ke.. jika aku katakan ianya satu modus operandi mainan politik umno untuk melancarkan “program umno juara rakyat” bagi membeli jiwa orang2 melayu khususnya.
2)Dengan kebangangan dan kecetekkan otak orang2 yang mengubal Perlembagaan Persekutuan dahulu…. Bodoh nak mampus!!! Dah diorang yang gubal Islam sebagai Agama Rasmi, maka pandai2 fikirlah macam-mana nak gubal pulak undang2/perlembagaan untuk menjaga Agama Rasmi negara, ini… ditinggalkan “loophole” untuk kena korek… ingatkan cerdik sangat rupanya bodoh piang….
3)Agung sebagai Ketua Pemerintah Tentera Persekutuan dan Ketua Agama Islam Persekutuan mengikut Perlembagaan Negara sehingga kini masih diam membisu dalam isu kehilangan enjin (melibatkan tentera/pertahanan negara) dan isu kalimah Allah (melibatkan Agama). Ha..ha..ha… aku masih simpan lagi perkataan keramat aku ni…. jangan sampai terkeluar perkataan tu pulak kat dia…. mengengkang aku lari tak cukup tanah kena kejar dengan rais anak yatim…
Sekarang apabila dah terjadi isu seperti ini, terpulanglah pada bijak pandai yang kat atas nun di sana, samada nak pinda perlembagaan bagi melindungi Hak Agama Rasmi Negara… atau nak jadi bangang dan bodoh piang macam orang yang terdahulu…
Bagi orang yang sesat, istilah kalimah suci atau tak suci sekalipun tidak memberi apa-apa perbezaan. Begitu juga dengan keESAan Allah sedikit pun tidak terjejas. Allah tetap ALLAH YANG MAHA ESA. Malah orang melayu yang mengaku Islam juga ramai yang SYIRIK yang disebut oleh Al-quran sebagai MUNAFIQUN.
“dalam serius pun mesti nak kena cibai kan jugak pada puak2 biul yang berlagak pandai tu...”
Sebagai penutup aku tertarik dengan komen dari sahabat di bawah ini;
UMNO bukan parti yang komited perjuangkan Islam. Sejarah telah membuktikannya. Bantahan mereka ini hanyalah lakonan saja. Sepatutnya setelah 52 tahun UMNO memerintah Malaysia dengan kuasa sentiasa majoriti di Parlimen, dan pula Raja2 Melayu sentiasa di pihak UMNO apalah susah sangat untuk perjuangkan satu perkataan ni.
Tak tahulah jika Najib sengaja kalah kes semata2 mahu menggantikan kalimah Allah dengan perkataan 1Allah.
Jawapan aku: Lu orang sendiri mau ingatlahhhhhh……
.
pak nik aziz baru bangun tidor. dulu sokong sangat. ini dah korner baring pulak. itulah isunya pok nik weh. akan timbulkaan kekeliruan, sebab itu kita semua bantah dari dulu kecuali pak nik dan pas serta dsai yang sokong kristian guna kalimah allah. apalah pak nik ni. baru sedar dari mimpi kot.
Daripada segi undang-undang, Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf Islam sebagai agama bagi negara ini di dalam peruntukan Perkara 3(1). Perkara itu turut menjamin kedudukan agama lain dengan formula "aman dan damai"."Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan".
Formula "aman dan damai" ini belum pernah ditafsir oleh mahkamah.Namun, daripada segi amalan, agama selain Islam tidak boleh diamalkan sekiranya ia mengganggu dan menggugat keadaan "aman dan damai" masyarakat negara ini.Bahagian kedua Perkara 3(1) ini juga memberi pengertian bahawa, keharmonian dan toleransi antara agama perlu dititikberatkan supaya tidak menggugat kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.
Oleh itu, penggunaan perkataan 'Allah' oleh Herald Catholic boleh ditafsirkan sebagai menggugat kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini. Ia juga boleh mencemar formula "aman dan damai" yang dimaktubkan di dalam Perlembagaan Persekutuan.Merujuk kepada isu penggunaan perkataan 'Allah', kita perlu melihat aspek baik dan buruk hubungan antara penganut agama dalam formula 'aman dan damai' itu.Undang-undang, pada banyak ketika, tidak dapat menjadi penyelesaian kepada semua masalah terutama yang melibatkan emosi atau sensitiviti.
Contoh yang mudah, adakah kebenaran mahkamah untuk membenarkan suami berkahwin dengan isteri kedua dapat mengubat atau menjadi penawar kepada emosi isteri pertama yang amat terluka dengan tindakan suaminya? Paling baik pun, setelah terpaksa menerima keputusan mahkamah tersebut, isteri pertama harus meneruskan hidup bermadu dengan tangisan di dalam hatinya.
Ini dikatakan formula 'rela dalam paksa.' Formula 'rela dalam paksa' ini sudah pasti tidak akan menjamin kebahagiaan akan kekal lama.Begitulah juga gambaran yang dapat dibuat mengenai kesan daripada penggunaan perkataan 'Allah' oleh Herald Catholic.Selain Perlembagaan, undang-undang mengenai pengharaman penggunaan perkataan-perkataan yang suci dalam agama Islam telah lama wujud di dalam undang-undang di negeri-negeri.
Ia termaktub dalam peruntukan undang-undang berkaitan kawalan dan sekatan penyebaran agama bukan Islam di kalangan orang Islam yang selari dengan peruntukan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.Undang-undang ini adalah sebahagian daripada segmen perjanjian sosial antara kaum dan agama sewaktu proses mencapai kemerdekaan. Namun begitu, penguatkuasaan undang-undang tersebut masih belum begitu terserlah.
bagi aku tuk kes macam ni ... semua kene berfikir sebelum bertindak .. n konsep berhati2 sebelum perkara yg buruk berlaku di masa depan. Berkaitan dgn stamnet .. "akidah anak" tu, kat situ point nyer, Semua yg berlaku dimasa depan bertitik tolak dari keputusan kita hari ni ...
Tapi aku tetap tolak mende ni. Tak kira lah parti politik mana pun yg timbulkan. cam bodoh jer ...
aku harap mahkamah rayuan dapat memberikan alasan yg munasabah samada untuk menolak atau menerima keputusan mahkamah tinggi cuma yang aku musykil kenapa HAKIM YG BUKAN BERAGAMA ISLAM MENJADI HAKIM..SEBAB BELIAU NI MEMANG TAK DAPAT BERHUJAH TENTANG HUKUM AGAMA ISLAM...AKU HARAP MASALAH NI DAPAT DIADILI OLIH MAHKAMAH YG MANA HAKIM NYE ADALAH BERAGAM ISLAM..
pak ariff jangan nak putar atau swing cerita... cukuplah yang ngok2 kat luar tu nak swing orang ramai... Nik Aziz cakap ia mmg tak salah tapi cara penggunaan kena betul! Macam pak ariff sekarang nak cakap boleh saje tapi biar betul-betul cara nya...
kenyataan nik aziz: Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan kebimbangan penggunaan perkataan Allah disalahgunakan biarpun tidak salah untuk diguna kesemua agama samawi. Menteri Besar Kelantan itu melahirkan rasa bimbang kalimah Allah kemungkinan disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu
bAGINDA KATA: Penggunaan nya tak salah! tapi kene guna cara betul! CONTOH
KALAU orang Islam cakap Allah itu zalim! uNDANG-UNDANG Allah zalim pada manusia! betul ke cara gunanya? tapi tak salah kalau Islam kata perkataan Allah kan!?
Kalau kristian kata Allah itu adil dari semua segi hukum Allah pun adil! ADAKAH SALAH PAK ARIFF?
Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.
1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.
2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.
Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com
Sudah berkali-kali saya sebutkan kepada pemimpin Umno agar tinggalkan perjuangan kebangsaan dan terimalah perjuangan Islam. Kalau hari ini Umno berbuat demikian, maka hari ini juga saya sanggup bubar PAS untuk sama-sama berjuang Islam dengan Umno.
"Namun sampai sekarang mereka tidak sanggup mengubah dasar parti Umno itu kepada dasar Islam! Di manakah duduknya roh Islam dalam Umno? Saya tanyakan persoalan ini untuk dijawab oleh seluruh umat Malaysia,"
KEMPEN BOIKOT TV3.
TV3 Penyebar Dakyah dan Fitnah, Lidah Rasmi umno Laknatullah.
IkutSukaAku... hahaha...
https://www.youtube.com/watch?v=2f1Ny74_ou0
William Shakespeare;
Sometimes you must be cruel to be kind.
Madah Tun Nila Utama
Apa bezanya Perempuan dengan Betina..??? "Perempuan menjaga maruah, tetapi Betina menjualnya."
You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.
Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!
“…Wahai orang-orang yang beriman..!!! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu…”; al-Maa’idah:51
7 IkutSukaLu...::
pak nik aziz baru bangun tidor. dulu sokong sangat. ini dah korner baring pulak. itulah isunya pok nik weh. akan timbulkaan kekeliruan, sebab itu kita semua bantah dari dulu kecuali pak nik dan pas serta dsai yang sokong kristian guna kalimah allah. apalah pak nik ni. baru sedar dari mimpi kot.
Daripada segi undang-undang, Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf Islam sebagai agama bagi negara ini di dalam peruntukan Perkara 3(1). Perkara itu turut menjamin kedudukan agama lain dengan formula "aman dan damai"."Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan".
Formula "aman dan damai" ini belum pernah ditafsir oleh mahkamah.Namun, daripada segi amalan, agama selain Islam tidak boleh diamalkan sekiranya ia mengganggu dan menggugat keadaan "aman dan damai" masyarakat negara ini.Bahagian kedua Perkara 3(1) ini juga memberi pengertian bahawa, keharmonian dan toleransi antara agama perlu dititikberatkan supaya tidak menggugat kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.
Oleh itu, penggunaan perkataan 'Allah' oleh Herald Catholic boleh ditafsirkan sebagai menggugat kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini. Ia juga boleh mencemar formula "aman dan damai" yang dimaktubkan di dalam Perlembagaan Persekutuan.Merujuk kepada isu penggunaan perkataan 'Allah', kita perlu melihat aspek baik dan buruk hubungan antara penganut agama dalam formula 'aman dan damai' itu.Undang-undang, pada banyak ketika, tidak dapat menjadi penyelesaian kepada semua masalah terutama yang melibatkan emosi atau sensitiviti.
Contoh yang mudah, adakah kebenaran mahkamah untuk membenarkan suami berkahwin dengan isteri kedua dapat mengubat atau menjadi penawar kepada emosi isteri pertama yang amat terluka dengan tindakan suaminya? Paling baik pun, setelah terpaksa menerima keputusan mahkamah tersebut, isteri pertama harus meneruskan hidup bermadu dengan tangisan di dalam hatinya.
Ini dikatakan formula 'rela dalam paksa.' Formula 'rela dalam paksa' ini sudah pasti tidak akan menjamin kebahagiaan akan kekal lama.Begitulah juga gambaran yang dapat dibuat mengenai kesan daripada penggunaan perkataan 'Allah' oleh Herald Catholic.Selain Perlembagaan, undang-undang mengenai pengharaman penggunaan perkataan-perkataan yang suci dalam agama Islam telah lama wujud di dalam undang-undang di negeri-negeri.
Ia termaktub dalam peruntukan undang-undang berkaitan kawalan dan sekatan penyebaran agama bukan Islam di kalangan orang Islam yang selari dengan peruntukan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.Undang-undang ini adalah sebahagian daripada segmen perjanjian sosial antara kaum dan agama sewaktu proses mencapai kemerdekaan. Namun begitu, penguatkuasaan undang-undang tersebut masih belum begitu terserlah.
bagi aku tuk kes macam ni ... semua kene berfikir sebelum bertindak .. n konsep berhati2 sebelum perkara yg buruk berlaku di masa depan. Berkaitan dgn stamnet .. "akidah anak" tu, kat situ point nyer, Semua yg berlaku dimasa depan bertitik tolak dari keputusan kita hari ni ...
Tapi aku tetap tolak mende ni. Tak kira lah parti politik mana pun yg timbulkan. cam bodoh jer ...
p/s: tapi ada point kau yg aku terima. peace.
aku harap mahkamah rayuan dapat memberikan alasan yg munasabah samada untuk menolak atau menerima keputusan mahkamah tinggi cuma yang aku musykil kenapa HAKIM YG BUKAN BERAGAMA ISLAM MENJADI HAKIM..SEBAB BELIAU NI MEMANG TAK DAPAT BERHUJAH TENTANG HUKUM AGAMA ISLAM...AKU HARAP MASALAH NI DAPAT DIADILI OLIH MAHKAMAH YG MANA HAKIM NYE ADALAH BERAGAM ISLAM..
semuanya bermula dari kebodohan dari atas hingga ke bawah. sebab itu jadi cam tu.
antara kebodohan dan kestupidan hakim2 di malaysia:
1. larang sprm siasat seleps waktu ofis. cam nak banykkan lagi kes rasuah aje.
2. benarkah anwar ibrahim dapatkan bukti pendakwaan mengenai tuduhan atasnya. cam nak suruh anwar menang aje.
utamakan pembang. setiap kes cam nak bagi pembangkang menang aje. nak runtuhkan negara.
4. hakim benarkan kristian gunakan kalimah allah. otak letak kat lutut ke?
pak ariff jangan nak putar atau swing cerita... cukuplah yang ngok2 kat luar tu nak swing orang ramai... Nik Aziz cakap ia mmg tak salah tapi cara penggunaan kena betul! Macam pak ariff sekarang nak cakap boleh saje tapi biar betul-betul cara nya...
kenyataan nik aziz:
Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan kebimbangan penggunaan perkataan Allah disalahgunakan biarpun tidak salah untuk diguna kesemua agama samawi. Menteri Besar Kelantan itu melahirkan rasa bimbang kalimah Allah kemungkinan disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu
bAGINDA KATA:
Penggunaan nya tak salah! tapi kene guna cara betul!
CONTOH
KALAU orang Islam cakap Allah itu zalim! uNDANG-UNDANG Allah zalim pada manusia! betul ke cara gunanya? tapi tak salah kalau Islam kata perkataan Allah kan!?
Kalau kristian kata Allah itu adil dari semua segi hukum Allah pun adil! ADAKAH SALAH PAK ARIFF?
Yang ni aku tak arif..........tak payah pandai pandai aku nak komen....bagi peluang yang kemaruk nak komen bagi komen.....
Post a Comment