IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Jawapan: Isteri Merana - Tamat.

>> Saturday, January 30, 2010



Seperti yang di janjikan, inilah sambungan kisah dari Dr. Fauziah, dan jawapannya adalah pada diri lu orang sendiri. Sambil membaca... sambil layan lagu yang penuh dengan unsur nasihat bagi insan yang berrumahtangga mahupun sedang asyik bercinta.

Kepada pembaca baru, lu orang harus ke N3 sebelum ini untuk mengetahui keseluruhan kisah, boleh baca di sini.

************************************************ 
Perbualan kami berlangsung hampir sejam setengah.. apa nasihat saya kepada dia saya rahsiakan kerana bimbang ada yang mengatakan saya nak menunjuk2. Moral of the story.... selain wang ringgit, nafkah zahir dan kekayaan dunia.

Lebih ramai wanita yang mahukan kasih sayang dari seorang suami. Bukan kata2 pujian tetapi kata-kata baik yang mengeratkan lagi hubungan sesama suami isteri. Bukannya susah sangat pun nak ucapkan kata2 yang baik itu. Tetapi kadang2 kita terlupa, hati manusia bukan dibuat daripada kayu atau batu.

Semua manusia ada hati dan perasaan. Kita perlu berhati-hati dengan tuturkata kita. Para isteri juga ada yang bermulut laser, jadi.. fikirkanlah perasaan suami sebelum bercakap atau mengeluarkan kata2 yang beracun.

Pepatah Arab ada menyebut, lidah itu lebih tajam daripada mata pedang. Pedang tajam itu sepatutnya digunakan hanya untuk mempertahankan diri bila perlu. Bukan untuk menyakiti hati orang lain, terutamanya isteri yang banyak berkorban untuk suami dan anak2. Isteri yang menerima kekurangan suami seadanya.. isteri yang menerima dan memaafkan kesilapan silam suaminya. Ingatlah satu perkara, "kalimah atau kata2 yang baik itu juga sedekah..."

Dua bulan selepas pertemuan saya dan A... saya menerima panggilan daripadanya. "Dr, alhamdulillah dia dah ada banyak perubahan walaupun belum sepenuhnya. Terima kasih dr, saya harap kita dapat berjumpa lagi dan minum teh bersama-sama. Kalau dr. free... call lah saya. Kita pergi hi-tea ya... banyak benda saya nak ceritakan."

Sudah 3 tahun berlalu... saya tidak pernah keluar minum teh dengan wanita itu. Bukan tidak sudi, tapi keadaan belum mengizinkan. Perkembangan terbaru yang saya tahu, dia telah selamat melahirkan anak kedua tahun sudah. Alhamdulillah... kepada para isteri saya cuma mampu meminta bersabar dan berusaha mengubah keadaan. Jangan mudah mengalah.... perkahwinan bukan seperti membeli barang emas.

Jika berkenan yang baru, kita jualkan yang lama. Perkahwinan adalah satu ikatan yang suci, jadi cuba pertahankan sedaya upaya kita. Jika tiada lagi kesabaran dan kasih sayang di jiwa, kalau ditakdirkan berpisah... lakukan dengan baik. Jangan ada benci dan dendam kesumat di antara suami dan isteri. Kerana jika dendam kesumat berlaku... anak2 lah yang akan menjadi mangsa.

"Siapa kata, hanya sebab lidah tidak bertulang, maka kita boleh cakap sesuka hati kita?"

Yang baik itu daripada Allah.. yang buruk itu daripada saya seorang manusia biasa."

Wassalam,
Dr Fauziah. ( Dari catatan Dr. Fauziah Mohd Noor - gmail group)

"Alamak aku terasa macam baru makan masak lomak cili padi daging salai kek ghombau pulak" podaih giler... hmmm... lidah tak bertulang...?

1 IkutSukaLu...::

Unknown Sunday, January 31, 2010 8:26:00 AM  

Salam anakanda Isa

Daging salai tu dah lama tak rasa.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP