Apa Tindakan Lu Orang Jika...
>> Sunday, January 31, 2010
Kisah sepasang suami isteri beberapa tahun yang lepas. Dah lama gua simpan artikel ini, dan hari ini terjumpa semula kisah ini semasa mengemaskini folder dalam komputer. Mungkin di antara kita sudah terbaca kisah ini dalam email group atau mana2 blog/forum, tapi gua up-kan juga di sini semoga kita dapat berkongsi dan jadikan iktibar buat semua.
Ha..ha..ha… dunia sudah gila… atau manusia yang membuatkannya menjadi gila… al-kisahnya seperti di bawah ini;
Kami mendirikan rumahtangga dua tahun yang lalu. Sehingga kini kami belum dikurniakan cahaya mata. Isteriku belum bersedia menerima kehadiran cahaya mata kami. Alasannya kami perlu enjoy dulu sebelum kehadiran orang ketiga (anak).Isa: Kepada para suami sekalian, apakah tindakan lu orang jika perkara ini terjadi pada lu orang…? Sekadar ingin berkongsi pandangan. Dah gua tanya lu orang… so secara automatiknya gua kenalah bagi jawapan gua dulu kan…. baru gentle kan….
Dalam pada itu, isteriku mempunyai hobi bagi mengisi masa lapang tersendiri. Dia suka melayari internet terutamanya ketika ketiadaan aku di rumah. Disamping itu dia juga suka bermain chatting. Kekadang rasa cemburu menyelinap juga di hatiku.
Pada satu waktu (malam) ketika isteriku sedang berchatting aku mencuri pandang ke arah monitor dan mengingati nickname yang digunakannya. Kemudian aku memberitahu yang aku ingin keluar berjumpa teman sebentar. Padahal aku pergi ke cybercafe berhampiran rumah kami. Di sana aku cuba mendapatkan isteriku melalui channel mamak. Aku merahsiakan identitiku yang sebenar.
Aku berjaya mendapatkannnya. Kami bertukar-tukar email. Semenjak daripada itu kami berinteraksi melalui email dengan menggunakan identiti palsu. Hampir empat bulan hubungan kami berinteraksi melalui email. Foto yang ku kirimkan melalui email juga bukanlah foto asalku. Aku menggunakan foto temanku. Sebaliknya foto yang ku terima daripada isteriku adalah foto asal. Boleh dikatakan tidak kurang daripada tiga kali dalam satu hari kami berinteraksi melalui email.
Pada satu hari aku membuat perancangan untuk memerangkap isteriku, aku memberitahu isteriku bahawa aku akan berada di Johor Bharu untuk selama tiga hari kerana menyertai seminar tajaan majikan aku di Johor Bahru. Pada waktu yang sama melalui email aku mengajak isteriku yang juga kekasihku mengadakan temujanji. Dia menerima pelawaanku dengan senang hati.
Segala-galanya telah pun aku aturkan terlebih dahulu. Aku meminta dia menunggu kedatangan ku di sebuah hotel empat bintang di Kuala Lumpur . Melalui secretary temanku, aku meminta temanku menyampaikan pesanan kepada isteriku melalui telefon bimbitnya bahawa ketibaan ku daripada Brunei Darul-Salam agak lewat 5 jam. Temanku menyarankan agar isteriku membantuku membuat tempahan bilik di hotel tersebut. Isteriku bersetuju.
Kira-kira pada jam 11.15 malam aku bersama temanku menuju ke hotel tersebut. Seperti yang dirancangkan temanku bertindak sebagai aku dan menemuinya di ruangan legar hotel tersebut. Daripada satu sudut aku memerhatikan gerak-geri mereka. Temanku berjaya memainkan peranan sebagai aku. Perbualan mereka di lobbi hotel seterusnya ke restoran hotel tersebut berlangsung selama kira-kira dua jam.
Dalam pertemuan tersebut, temanku meminta agar isteriku menanti di kamar hotel kerana ada satu tugas yang perlu diselesaikan pada malam itu juga. Isteriku bersetuju. Selesai pertemuan tersebut isteriku dan temanku berpisah. Isteriku menuju ke kamar dan temanku menuju ke arah aku. Selesai tugas oleh temanku dia pun pulang ke rumah. Sekarang tibalah giliran aku memainkan perananku.
Aku memasuki kamar isteriku pada jam 4 pagi. Aku sudah bertawakkal pada waktu itu. Apa akan berlaku, berlakulah. Aku dapati isteriku sedang nyenyak tidur diulit mimpi indah. Tubuhnya dibaluti selimut tebal. Dia tidak menyedari akan kehadiranku waktu itu. Perlahan-lahan aku memadamkan lampu tidur di kamar tersebut. Kini, keadaan kamar tersebut gelap gelita. Aku mendekati isteriku dan berbaring di sisi. Alangkah terkilannya aku pada waktu itu apabila aku dapati isteriku berpakaian yang amat menghairahkan.
Dalam kegelapan aku termenung sejenak. Akhirnya penantiannya berakhir apabila dia mendapati kekasihnya berada di sisi. Dengan menggunakan wangian yang sama seperti temanku mungkin dia tidak dapat mengesan bahawa insan disisinya adalah aku. Aku terus memainkan peranan dan mendapat respon yang baik sekali daripada isteriku. Aku tidak mengeluarkan suara sebaliknya aku lebih menumpukan pada tindakan ku. Maka hubungan sulit antara aku dan isteriku berlangsung pada pagi itu. Dia memuji kehebatan aku.
Setelah tamat permainan kami yang berlangsung hampir dua jam.......aku pun menghidupkan lampu. Alangkah terkejut dan terpinga-pinga dia bahawa apa yang berlaku tadi adalah antara aku dan dia. Mulutnya terkunci tak terkata apa. Pucat,menggigil dan sebagainya. Tetapi aku cool…. aku tak cakap banyak sebaliknya aku tidur kerana aku sendiri pun keletihan.
Sehingga hari ini aku tidak memberi sebarang komen atas apa yang berlaku. Aku tidak mahu menjelaskan apa-apa dan tidak meminta sebarang penjelasan darinya. Aku membiarkan keadaan dan peristiwa itu berlalu begitu sahaja. Sesungguhnya dia masih isteriku dan dan aku suami yang malang.
Jadi… jawapan gua andai ianya berlaku pada diri gua sendiri, alamatnya…. betina itu gua campak atau gua paksa dia terjun dari tingkat hotel… seolah2 dia membunuh diri… apa ada hal… bukti semua cukup… boleh cipta alasan dia bunuh diri kerana malu pada diri sendiri dan mungkin berasa bersalah atas perbuatan dia…. lepas tu gua taubat la… itu antara gua dengan allah pula…. ha..ha..ha… gua banyak tengok filem hollywood dan hong kong…
Bunga bukan sekuntum beb…. dan lelaki dayus adalah ahli neraka…
Kepada para isteri pula... jangan cuba buat perangai seperti betina kat atas tu... memang cari nahas... wa cakap lu...
6 IkutSukaLu...::
Bhai...
Kalu gua la.... gua pon amik tindakan yang sama.... kalu sekali tue dier pernah buat camtue.. mesti dier pernah gak buat banyak kali macam tue...
Gua bukan dayus..
pd gua, laki bengong tu teramat dayus. patut ptg aje anu laki tu. dayus nk mampus. Ape yg pelahap sgt smpai nk buat tk th aje. Ceraikn n jgn sesekali ampunkn dosa dia. Biar neraka jd tmpt dia.
Salam anakanda Isa
Ayahanda tidak mahu jadi isi neraka macam lakinya tu.
Anakanda tentu faham apa tindakan ayahanda.
C++,
Mungkin sebelum kahwin pun dah terbiasa agaknya. Sebab itu tiada rasa bersalah.
Perempuan zaman sekarang, hanya iman dan taqwa saja yang membezakannya.
pada gua kan lama gua cerai kan betina tu..mna maruah lu bed?
Salam Ayahanda,
Ha..ha..ha.. ayahanda selepas bersara ni saya lihat semakin garang... dan bersemangat.
Sebenarnya bagi saya ada dua kemungkinan, samada sebagai seorang lelaki yang ego atau yang beriman.
Pertama: Jika sebagai lelaki yang mengikut perasaan, tindakan saya seperti yang di sebutkan.
Keduanya: Sebagai lelaki beriman, perempuan seperti itu akan saya ceraikan, berpisah secara baik. Kalau simpan pun dah tak berguna lagi, kerana melibatkan soal kepercayaan dalam berumahtangga.
Tapi mungkinkah dapat memilih satu darinya apabila dipermainkan sebegitu...?
Post a Comment