IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Cari Mak Hilang... Tolong....!!!

>> Saturday, January 30, 2010

Pagi tadi di opis, dalam pukul 9, sedang gua kaver line klik fesbuk sikit sikit, Apan mundar mandir belakang gua dengan muka kusut masai.

Dari tadi gua tengok Apan hilang punca di sekitar sektor operasi. Muka macam ada masalah.

"Lu kenapa ni Apan?" - Gua tanya demi meminta kepastian. Gua dengan Apan ni kira ngam juga la. Budak Kedah, umur muda sikit dari gua dan tak berapa hensem. Kalau tatap muka dia lama lama boleh naik menyampah juga. Dia baru setahun kerja dengan kompeni gua. Sebelum masuk sini, Apan banyak hendel bisnes sendiri dan selalu rugi.

"Mak gua hilang la.." - Apan berbisik perlahan.

Gua punya.. la terperanjat!

"Mak lu hilang?, bila hilang?" - dada gua tiba tiba mengepam keluar masuk laju laju. Berdebar tak payah cakap la, kencang macam kuda.

"Petang semalam.. dah cari merata tak jumpa".

Apan berlalu meninggalkan gua menuju ke bahagian budak budak human resource. Gua tak tahu apa benda yang dia sedang fikir dalam kepala. Gua nak tanya lebih lebih risau kena pukul pula. Apa yang gua tahu sikit sikit, mak dia memang duduk rumah tak kerja, ayah dia kerja penolong kanan lagi dua tiga tahun nak pencen.

****
Kira kira lima belas minit kemudian, dari jauh gua nampak Apan berjalan semula masuk ke sektor operasi. Kali ni muka dia tak kusut macam tadi dah, sebaliknya ceria macam muka Lan kumpulan the typewriter.

"Mak gua dah jumpa.." - kelegaan jelas terpampang di bibir Apan.

Gua cepat cepat bersyukur:

"Alhamdulillah... Jumpa kat mana?",

Dan dengan penuh keceriaan, jujur, ikhlas, tawadduk serta wajah disinari warna warni rama rama yang tiada belas kasihan pada gua, Apan membalas padu:

"Dalam sinki penteri."

Gua terus tendang kompiter sampai bersepah atas lantai.

"Babi!"

MUG la Apan..MUG..!!, pronunciation macam jahanam!

Sia sia gua berdebar. Pagi pagi sudah bikin hati membara.

Dari: Sembang Kencang.

2 IkutSukaLu...::

Unknown Saturday, January 30, 2010 9:13:00 PM  

Salam anakanda

Celaka punya budak. Mug dengan Mak bunyinya sama! bikin orang lain sakit jantung jer.

ISA Saturday, January 30, 2010 10:05:00 PM  

Salam Ayahanda,

Blogger Sembang Kencang ni memang otak dia gila2 sikit, seronok baca n3 dia... ada yang tersurat dan tersirat.

Ada linknya di bloglist sebelah kiri.

Mug dan Mak... kadang2 boleh buat orang keliru jika sebutannya tidak fasih.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP