IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Isu Allah Kristian — Zulkifli Noordin - Pening Kepala.

>> Saturday, January 02, 2010

Berkenaan Perlembagaan Persekutuan, ianya Perlembagaan ciptaan manusia yang ada sifat kekuranganya;

YB (Yang Berkhidmat) Zulkifli Nordin berkata dalam MalaysianInsider;

1. Keputusan itu secara tidak langsung mencabar dan melanggar Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan yang mempertuntukkan fahaman dan dakyah agama lain tidak dibenarkan samasekali terhadap orang Islam. Membenarkan pernerbitan Kristian menggunakan perkataan Allah bagi penerbitan berbahasa Melayu jelas adalah satu bentuk dakyah halus kerana Melayu adalah bangsa yang beragama Islam.

2. Ini sekaligus mencabar dan tidak menghormati Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa orang Melayu mestilah beragama Islam;

Persoalannya, benarkah orang Melayu selama ini adalah bangsa yang beragama Islam..???? Siapa kata…? Perlembagaan Persekutuan yang kata… ha..ha..ha….

Bukankah bangsa Melayu juga yang memalukan dan merosakkan imej Islam yang Syumul. Tak percaya kah… sila bertanya kepada United Munkee National Organisations… siapa yang mencalarkan imej Islam selama ini yang mendukung Perlembagaan Persekutuan.

Betulkah...? Melayu adalah bangsa yang beragama Islam...?

Ramai juga bangsa melayu yang melepak kat kedai kopi dikala Azan sedang berkumandang. (Kadang2 Tok Imam pun terjebak sama, tengah shopping beli baju sekolah anak... gua pun kadang2 kantoi jugak..) Tak termasuk lagi melayu di pasar malam, disko, shopping complex dan pelbagai lagi perangai dan mehnah.

YB (Yang Berkhidmat) Zulkifli Nordin – Islamkah melayu2 itu. Jangan celarukan pemikiran orang2 melayu tentang Islam keMelayuan ini. Orang Melayu Islam zaman sekarang dah tak mandi Safar (tolak bala/sial) lagi, ataupun buat lenggang perut macam orang Melayu Islam dulu kala. Harap paham apa yang gua maksudkan ini.

"God created the world in 6 days and on the 7th day he rested"; atau "In the name of god the father, god the son and god the holy spirit"

apakah ianya berubah menjad;

"Allah created the world in 6 days and on the 7th day He rested"; atau "In the name of Allah the Father, Allah the son and Allah the holy spirit?"

Nampak tak perbezaannya, Allah itu Maha Esa…. Ianya “SATU” tiada dua dan tiga rujuk surah Al-Ikhlas, orang Kristian telah terperangkap dengan sendirinya dan sekaligus mengESAkan Allah secara tidak lansung. Pedulikan mereka...!!! Dan perkataan ALLAH bukan hak esklusif orang Melayu bro... harap faham.

Bukankah tujuan ALLAH SWT menciptakan alam semesta ini dan segala isinya, hanyalah untuk memBuktikan dan menEsakan KeUjudannya...? Maka tercapailah maksud tersebut. Mengapa manusia Melayu yang serba lemah dan daif ini hendak menafikannya pula...?

Dari dahulu lagi puak2 Kafir Laknatullah ni cuba hendak menghancurkan Islam tetapi tak pernah berjaya. Tiada apa yang boleh merubah sesuatu yang telah ditentukan oleh ALLAH SWT, dan yakinlah akan janjinNYA...KFK.

Yang perlu di beri perhatian sekarang ini wahai YB (Yang Berkhidmat) Zulkifli Nordin adalah soal akidah orang2 melayu yang mengikut Perlembagaan Persekutuan tu. Tingkatkan usaha pembelajaran Ilmu Islam kepada melayu2 itu semua, bukan setakat belajar Fekah saja... banyak lagi cabangnya.

Atau YB (Yang Berkhidmat) Zulkifli Nordin, tumpukan perhatian pada kawasan Parlimen YB sendiri, banyak sangat rungutan, contohnya seperti di Taman Perumahan Bistari (berdekatan Sungai Ular, Kulim), bila hujan lebat jer... banjir kilat berlaku..., aduan dah di buat oleh para penduduk... jawapannya hampeh.... dah setahun berlalu, YB buat apa..?

Yang Berkhidmat Tidoq ka...? Nanti gua hantar surat amaran baru lu tau... ha..ha..ha..., lu di lantik untuk berkhidmat kepada Rakyat kawasan lu... dan Rakyat sedang memerhatikan lu... jangan bikin malu sama melayu Kulim bro.... fahamkan maksud gelaran YB yang lu sandang tu... ( Yang Berkhidmat ), termaktub juga kepada semua YB - YB seluruh Malaysia... jangan terlebih ego dengan gelaran tu... sendiri mau ingat..!!!

Pesanan gua: Jangan jadikan otak lu sesempit otak geng LEMBU... Ketuanan Melayu...!!!! Cakap pasal Islam jambul terjojol... perjuangkan Islam usung kepala lembu... lengan tangan pakai bangles (gelang tangan) bodoh punya puak Melayu Lembu nih.... Haram dan Halal pun tak tau bezakan... bangang...
.

6 IkutSukaLu...::

Prof. Era Pasca Saturday, January 02, 2010 4:52:00 PM  
This comment has been removed by the author.
Prof. Era Pasca Saturday, January 02, 2010 4:53:00 PM  

salam brader isa, kite yg belajar tak berapa tggi cam depa pun kite tau bezakan ape itu melayu ape itu islam...

sebab mereka nih tak tau beza lah yg membuatkan mereka tak kenal sape mamak... kehkehkeh mamak tu melayu ke? kehkehkeh

Shalehudin Saturday, January 02, 2010 5:00:00 PM  

Soalan cepumas,
Apasal pemikiran Sdr Zulkifli ni ala-ala bangsa Umno..

Jawab.. jawab..

ISA Saturday, January 02, 2010 6:09:00 PM  

baginda,

mamak bumiputera.. hahaha.. itulah melayu...

ISA Saturday, January 02, 2010 6:11:00 PM  

Din,

Sebab tu dia dapat warning letter... dari PKR.

kulupSakah Saturday, January 02, 2010 8:16:00 PM  

huh! bagus Isa! tak yah aku tulis pasal ni dah..tahniah!

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP