IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Bangganya Jadi Rakyat Malaysia..!!!

>> Saturday, January 02, 2010


Sembang2 di bawah tu aku petik dari Sim Groups, bagus juga untuk kita kongsi2kan… ha..ha.. selama ini kita sangkakan Malaysia sebuah negara maju, akan tetapi… masih ada lagi kawasan yang tiada bekalan air… ishhh..ishhh… hebat Kera…jaan Barisan Nasional ni yea…. Tahniah buat semua PM - PM malaysia... lepas pencen nanti ambil gelaran TUN sorang satu....

Sembang 1.

Salam...

Awok ni duk kawasan felda ke??? Ekekeke... tulah nasib felda belah2 Triang@Bera ni... Sabo jelah... MP sekarang glamour wehhh ayah Dafi. huhu.

Koi jenuh duk dalam tu... air bercatu malam je baru ada air... sebab tu orang felda situ rumah semua koloh besor2. Nasib2... Malam menadah air lah kita weh... ekeke.

Rasanya semua kawasan felda di Pahang camtu... sebab anak sedara cikgu di Felda Raub sana... pun macam tu juga ceritanya. Dia sanggup berulang dari Pekan Raub sebab masalah air ni. Bujang bolehlah berulang jauh2 gitu hehe... Kalau tak silap Felda Tersang namanya. Bukan terangsang yer... hahahaha. Terung Asampun bukan!!!


Sabau jelah... bak kata abi: Lu tak yah fikirlah... kasi Nabil je fikir!!!
 

Sembang 2

Salam,
Huah..huah...huah..., bukan Felda je yang kena gitu.. Kampung koi kat Lebak Seberang pun gitu gak. Balik raya haji baru ni takde air. Malam baru ade secoet. Nak tak nak kena la tadah. Sungai Pahang memang la depan rumah tapi tak kan nak minum air kuning macam teh tarik kedai mamak. Terpaksa la buat korban guna air hujan je...hehehehe...


Kalau tak silap kampung area Guai dengan Charuk Puting pun sama gak... Kesian kat kome ni....

JO 9 D

Sembang 3.

Korang cuba survey kat kawasan Triang tu... tiap kali balik kampung asyik kena mengangkut air jer... korang tau tak (air slow @ langsung takda keluar)? kerap kali air takda lagi2 time cuti terutamannya musim raya la kan.... huhhh... kadang cuti biasa pun camtu... jenuh menunggu air keluar (atok aku jadi mangsa) kadang tengah2 malam baru keluar, so atok aku la yang tolong tadahkan.

Esok pagi kita orang la yang mengangkut ke kolah. Sakit hati pun ada.... sapa la wakil rakyat kawasan. tu... dulu dah pernah masuk TV3 gak, coz one of wartawan TV3 anak jati kawasan tu. Tapi semuanya tinggal habuk jer.. coz dia dan famili dia dah pindah rasanya. Aku rasa nak panggil Karam Singh Walia kot baru ok.

Sampai kita orang cari alternatif nak beli pump la... pastu nak beli tong air la.... apa daa... tengok2 arr… sikit kawasan pendalaman tu. Aku dengar2 citer orang yang jaga air tu (pihak yang bertanggung-jawab on/off water supply) kadang2 dia tak jaga boleh cuti lak, dah ko punyer duty kena jaga time cuti... buat la kerja tu dengan rasa tanggung-jawab.... ni asyik nak mengulo jer makan gaji buto tak halal baru tau.
  

Sembang Aku...


Jawapan aku pada orang-orang Felda di Pahang ni senang jer…, undilah lagi Barisan Nazional… diorang tu semua sembang jer lebih…, kononnya Malaysia negara maju…, maju kepala bapak diorang, masalah air kat kawasan Felda pun tak boleh selesai. Dah lebih 30 tahun beb.....

Wooiii…. Kera… Kera… jaan Barisan Nasional, jangan buat perangai kera la… apa barang sembang juta-juta… bilion-bilion… masalah air kat kawasan yang orang komplen tu… apa ceriter… memang dasar perangai macam cibai…

Weiii…. PM 1Malaysia orang mana haaaaa………? Dengar cerita dalam kawasan Parlimen Pekan pun bermasalah dengan air jugak..... tempat sendiri pun tak boleh kow tim... tapi macam mana dia boleh menang kat sana...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP