IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Jangan Terpedaya Helah Umno Esok...!!!!

>> Saturday, January 02, 2010

Pada 3/1/10, (Ahad) jam 10 pagi


1.Himpunan besar-besaran umat Islam di depan Dewan Sri Pinang mengadap mahkamah tinggi Pulau Pinang bagi membantah keputusan membenarkan penggunaan nama Allah dalam majalah Kristian Herald Tribune.

2. 11.30 pagi-Berkumpul dihadapan rumah TYT PP, serah memorandum kpd TYT dan memohon majlis Raja-Raja campurtangan. Jemput beramai-ramai.

http://pemudanibongtebal.blogspot.com/2010/01/sidang-akhbar-oleh-pemuda-umno-pulau.html

************************************
Oraiiitttt........., hebahan di atas aku sedut dari ruangan komen blog Topeng Perak, semua dah bacakan apa yang cuba di hebahkan oleh pemuda umno nibong tebal.

Ok..., sekarang ni puak kepala lembu sedang berusaha untuk menjadi juara melayu, kalau bab menderhaka pada sultan/raja diorang juara, dalam bab mempertahankan sultan/raja pun diorang juga nak jadi juara. Kalau bab mempermainkan dan menghina Islam diorang jugalah juaranya dan bab nak mempertahankan Islam pun diorang jugak nak jadi juara. Diorang semuanya serba boleh... jenis talam lima enam muka....

Kesimpulannya, usahlah terpedaya dengan sikap hipokrit pemuda2 umno ini, bagi yang mempunyai dan belajar Agama Islam dan mempunyai asas Islam yang kuat pasti tidak mudah terikut dengan kebangangan puak2 umno ini.

Bagi yang Islam jenis rambut blonde..., pakai bangles..., rambut terdedah atau bertudung tapi berjambul secoet..., pi mampuih la kat diorang. Sebab semenjak umno semakin di tolak rakyat dalam PRU-12 dulu, diorang sudah pandai menceburkan diri atau menjinakan diri untuk menjadi Beruk-Beruk Jalanan.

Biarlah beruk-beruk jalanan tu semua berkumpul, kita semua penyokong Pakatan Rakyat jangan melibatkan diri, dan bagi puak2 umno yang beriman dan bertaqwa mempunyai asas Islam yang kuat, lu orang pun tak perlulah berkecimpung dalam perhimpunan esok, jauhkan diri lu orang dari di mutasikan kepada beruk-beruk jalanan.

Adakah perhimpunan esok mempunyai permit..? Itu perhimpunan Halal ke... atau Haram...? Tentera Semut Merah... dah lama tak bermain tembak2 air gatal dan cota mereka sambil kejar mengejar dengan sepak terajang, dan di laporkan perut masing2 pun dah semakin boroi... jadi esok bolehlah bermain dengan beruk2 jalanan umno yeaaa..., jangan main jeling dan kenyit mata sambil tersenyum simpul sudah la.... ha..ha..ha....

Jadi... jauhkan diri anda dari menjadi beruk-beruk jalanan umno esok.

Buat pencerahan minda bagi yang kurang faham soal penggunaan nama Allah SWT eloklah baca entry daripada Haji Pak Karamu, di bawah ini (copy and paste tanpa izin beliau, harap Pak Karamu izinkan yea...)

IKHLAS DARI PAK KARAMU

Apa masalahnya orang bukan islam menggunakan perkataan ALLAH ? Bukankah perkataan ALLAH itu ZatNya yang maha agong yang tetapkan dengan nama tersebut, dan bukankah Allah sendiri yang mahukan hambanya memanggil dirinya sebagai Allah ? Apabila ALLAH menurunkan kalamNya maka perkataan ALLAH itu di perintahkanNya supaya di seru untuk bagi diriNya dan untuk semua bangsa tak kira agama, cubalah baca Al Fatihah ayat satu yang menunjukkan Allah sendiri yang tetapkan RububiyahNya

Perlu di ingat bahawa semua bangsa dalam dunia ini percaya kepada Tauhid Rububiyah yang mengakui ALLAH sebagai Tuhan mereka akan tetapi yang mereka tak percaya ialah Uluhiyah sahaja sebagaimana mereka tidak percaya kepada kitab yang menetapkan cara beruluhiyah, kalau nak kira orang melayu juga tak boleh gunakan perkataan ALLAH, yang mereka boleh gunakan ialah perkataan TUHAN sahaja kecuali mereka yang beragama islam

Dalam masalah Rububiyah ini ahli kitablah yang dahulu menggunakan perkataan Allah dalam kitab taurat,zabur dan Injil, saya masih ingat lagi semasa sekolah inggeris di Assumption dahulu (Fathernya bernama Key orang Burma) dia menerangkan terjemahan Al Fatihah dengan terus menggunakan perkataan ALLAH mulanya saya berasa janggal juga akan tetapi apabila di selidiki maka fahamlah saya bahawa rupanya agama dia yang pakai perkataan itu dulu, masa tu saya memang bangang macam bangangnya UMNO sekarang juga


Sekian terima kasih kepada semua.... dan ingat jangan nakal-nakal esok pagi yea.... nanti kena sumpah jadi beruk-beruk jalanan.... kalau mood tentera merah tak baik kena peghambat la lu orang sambil makan penerajang freeeeeeeeee..................

9 IkutSukaLu...::

anakmuaallaf Saturday, January 02, 2010 11:35:00 PM  

ISa..
Mantop... kadang kita kena kurang ajar dan biadap juga.Nak ajar orang tak gheti melayu.Kalau kita nak ajar Islam lagi depa lari jauh..
Terghenyih akak baca komen ISA di blog Bujang..

ISA Saturday, January 02, 2010 11:49:00 PM  

anak muallaf,

Salam kak, terghenyih takpa, jangan tersengih dah la... he..he..he...

kembara putih Sunday, January 03, 2010 12:13:00 AM  

Bagi saya la, UMNO/kerajaan Malaysia sengaja kalah dalam kes ni untuk swing jadi modal politik menjelang PRU13. Dari tahun lepas lagi UMNO dah test market. Kalau betul la mereka ikhlas, dah lama mereka gazetkan perkataan Allah hanya untuk agama Islam. UMNO memerintah Malaysia bukan baru setahun, dah 52 tahun, cuma mahu @ tidak saja. Tapi dari tindakan mereka mengharamkan tulisan jawi diajar di sekolah kemudian menarik peruntukan wajib kpd sekolah2 agama, maka tahulah kita siapa UMNO sebenarnya.

ISA Sunday, January 03, 2010 2:08:00 AM  

Salam Kembara Putih,

Bertepatan sekali, wa sokong lu punya statement... macam beras Bernas...

Sebab tu wa katakan semuanya Hipokrit puak kepala Lembu nih...

Prof. Era Pasca Sunday, January 03, 2010 3:57:00 AM  

salam
Umno kunon2 nak isik tin mereka yg kosong gitu... tu je lebih.. heh

Anonymous,  Sunday, January 03, 2010 4:18:00 AM  

Setuju dgn kembara putih..

melayu umno ni bangggang!!!dorg xtau bapa nabi s.a.w tu bukan Islam...cuba tanya shahrizat,Ntah dia tau ke idak bapa nabi nama Abdullah...Yg pastinye dorg xfaham maksud Abdullah..tu yg berani langgar perintah,sanggup tinggalkn cenonet xbetutup...dorg pn mungkin xtau naib presiden iraq tariq aziz tu kristian..Woi umno!!!tariq tu ape,aziz tu ape?

aku suke ulasan peguamkita dlm harakahdaily...

Payah btl org melayu ni..inilah masalahnye bila sifat JAHIL UMNO dan jadi TANAH BADAN!!!!!!

-saddamalaya-

Tak sokong politik,  Sunday, January 03, 2010 10:58:00 AM  

Ini bukan politik bang oiii... soal akidah dan ancamannya.... waraslah sikit... dah lama dah mabuk...

Prof. Era Pasca Sunday, January 03, 2010 2:41:00 PM  

Camni pandangan baginda, Keputusan itu adalah dari makamah tinggi, belum lagi masuk makamah rayuan dan persekutuan abih ape yang umno nak tunjuk Hero? Kedua Pembaca ingat tak kes DS Nizar yang disah MB Perak yang sah poleh makamah tinggi? Ape jadi keputusan itu? Tak sampai 24jam Umno telah membayar makamah Rayuan untuk menukar keputusan.. Hebat tak Umno? Hero tak Umno?

Jadi Kenapa kes ini yang mungkin Umno sebenarnya tak ambik kesah pun dan mengapa tak mahu buat macam kes DS Nizar haritu.. Kurang 24Jam boleh tukar keputusan... Hahahaha! Sebuk nak berdemonstrasi dulu kenapa? Kesimpulannya Umno nak tipu kita, nak tunjuk depa hero kat kite, ialah Pogram Umno Juara Rakyat kan dah nak lancar! Ape Kes Umno! Dalam poket lagi lah!

Anonymous,  Sunday, January 03, 2010 2:54:00 PM  

untuk tak sokong politik!!!
kehidupan org normal tak boleh lari dari dunia politik, kecuali yg GILA/
HILANG AKAL..
NABI saw pun berpolitik...malah Baginda Nabi menggunakan mimbar masjid lagi utk berpolitik...

bila agama lain guna nama Allah, kita org islam tak ada Allah lagi la ye!!!!

macam ye2 je marahnya..tapi bila Allah suruh guna ALQURAN sebagai pedoman hidup...tak nak!!!
katanya dah kolotlah, tak sesuai dgn zamanlah...

maka diambilnya pelembagaan tinggalan penjajah sebagai pedoman!

inikah yg dikatakan ISLAM?????

bekas ahli UMNO yg dah taubat...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP