Pasal Penggunaan Nama ALLAH Pun Nak Kecoh...?
>> Saturday, January 02, 2010
Lama pak lang tak update blog ni.... tapi kali ni pak lang rasa terpanggil nak menulih... dengaq dalam berita malam ni.... la ni dok heboh pasai penggunaan perkataan ALLAH... tak tau punca apa... nampak la geng kepala lembu tunjuk perasaan... tapi pak lang tertarik dengan mak cik ni... dia pun nak jugak bercakap bab tu.... kata mak cik ni..perkataan tu hanya khas untuk orang Islam.
Ishhh... dah pandai nak cakap bab ISLAM.. ello mak cik... bab asas hang pun tak setel... tak perasan ka.. hang punya jamboi tu.... tu patut hang setel dulu... tu aurat la mak cik.... Islam tuntut wanita tutup aurat mengikut syariat... bulih nak cakap bab Islam tapi hang bagi la setel bab wajib tu dulu.. pak lang nak bagi ingat ja... pak lang tau mak cik ni paham aurat wanita Islam tu.... mintak doa moga mak cik ni berubah dalam tahun 2010 ni... insyaalah....
Sumber: Pak Lang Ca.(ha..ha..ha.. aku rembat tanpa izin sepatah pun)
Allah jadikan Adam dan Hawa, maka beranak pinaklah keduanya meliputi seantero dunia, hingga terbabas anak cucu cicit mereka ke Nusantara Melayu, yang pada asalnya berugama Hindu, setelah di Islamkan oleh pedagang Islam pada kurun ke 15, maka beranak pinaklah Melayu2 ini berasaskan pada agama mereka sebagai Islam Baka (keturunan).
Yang ada akal dan cerdik, akan mendalami ilmu agama, apa yang di bawa dan di maksudkan dengan ISLAM, mengenal diri dan mengenal ALLAH, maka lahirlah guru2 agama dan para ulama, ada yang lantang dan ada pula yang pincang.
Yang bebal, bodoh dan bangang yang mengikut jejak penjajah mewarisi Islam Sekular, Islam Kamal Ataturk, Islam pada Surat Beranak... perangai mengalahkan Residen British yang mampus dalam Sungai Perak. Tak menutup Aurat..., walau belajar dan tahu hukumnya HARAM... tapi masih mengaku Islam. Contoh yang banyak boleh di dapati pada wanita-wanita umno, sebab pemimpin yang memberi tauladan pada rakyat.
Apabila Melayu sudah mewarisi Agama Islam, melayu2 ini merasakan bahawa mereka terlebih Islam dari bangsa2 lain terutamannya terlebih Islam dari bangsa Arab. Apakah Islam itu hak eksklusif orang melayu sahaja dan perkataan ALLAH itu pun hak eksklusif bangsa melayu juga (di mana dalilnya). Bagaimana dengan bangsa2 lain yang juga sebagai makhluk ALLAH dan 98 lagi nama2NYA.
Ehh.. ehh... kenapa 99 saja nama ALLAH... kenapa tak cukupkan 100...?
Kenapa melayu2 yang mempertikaikan penggunaan nama ALLAH oleh bangsa dan agama lain tidak mempertikaikan penggunaan nama ALLAH yang di zikirkan dan disebutkan oleh tumbuh-tumbuhan, sekalian binatang baik di darat mahupun di lautan, oleh gunung-ganang dan sekalian benda yang di ciptakan oleh ALLAH di muka bumi ini, yang berzikir dan menyebutkan nama ALLAH siang dan malam.
Sedangkan Manusia Melayu Islam pun tak dapat menandingi zikir makhluk2 itu, ramai yang kantoi. Apatah lagi manusia melayu yang mengaku ISLAM tapi tidak mengamalkan syariat dan tuntutan wajib yang diperintahkan oleh ALLAH SWT. Cukuplah setakat ini... buat yang mahu berfikir, mencari dan mengkaji... Alhamdulillah....
Buat melayu2 yang berkepala Lembu... lu pikirlah sendiri... lu orang duduklah dalam tempurung Islam Sekular tu.... dah puas enjoy dan cilok harta dunia secukupnya, lepas pencen nanti baru cari pintu masjid.... itupun kalau sempat... aku ucapkan selamat maju jaya menuju ke alam kekal abadi...
Islam itukan mudah... dan ISLAM itu bersifat SEJAGAT (Universal). Renungkanlah hadis di bawah ini; Al-Imam Muslim dalam sahihnya meriwayatkan hadis mengenai perjanjian Hudaibiah antara Nabi s.a.w dengan Quraish Mekah, seperti berikut:
“Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi s.a.w : barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)”.Dalam riwayat al-Bukhari, Nabi s.a.w menerima bantahan tersebut. Ternyata mereka menggunakan nama Allah.
.
7 IkutSukaLu...::
salam...
betul sangat tue pak lang!
tibai lagi..
hehehe..
wassalam..
Seorang kawan Yong, beragama Sikh, beberapa tahun sudah pernah bagitahu Yong dalam kitab dia disebut nama Allah dan Muhammed. Katanya Allah tu Tuhan dia. Muhammad Rasul dia. Yong tanya dia, Sapa lak Guru Nanak tu? Itu Guru dia, katanya.
Kawan Yong ni jenis Sikh liberal kot. Sebab ayahnya telah 'convert', kahwin dengan orang Melayu tapi tak ceraikan isteri pertamanya yang beragama Sikh. Kawan Yong ada beberapa adik (emak Melayu) yang beragama Islam. Keluarganya tak pernah cuba pengaruhi adik2nya supaya jadi Sikh. Katanya, apa masalah? God is One.
Pokoknya, nama Allah dah lama disebut oleh penganut2 agama lain dan organism lain yang mengaku Allah itu The Only God (single). Cuba tanya Karpal Singh, betoi ke kata kawan Yong ni? Kalau betoi, apasal kecoh? Tapi tentang agama Hindu, Sinto, Korea, sembah nenek moyang dan lain2... Yong beg to differ, sebab deme have many gods (plural).
Tahniah Pak Lang puak-puak ni bukan boleh biar sangat bercakap ikut suka hati depa jeer....
Jenis lapaq duit....
geng islam baka ni tak pi mengaji bab sirah nabi sebab tu kata allah hak orang islam aja.
Sokong Pak Lang.
Cuma depa nie tak ngaji abis, pastu nak tunjuk pandai.
Semoga ALLAH membuka mata hati mereka untuk memahami ISLAM dengan sepenuhnya.
yeah it's true that Allah swt is the only God..tapi Allah xboleh disamakan dengan apa2 sekalipun..kalau kita benarkan penggunaan nama Allah sbg ganti nama tuhan kristian..umpama kita umat islam samakan Allah dgn jesus christ..Allah is not a father,son or whatever..kalau korg bodoh sgt,g la amek tasawur islam spm..
hurm... bg sy, jgn tgk sape yg sampaikan sesuatu kebenaran, tp dgr, kebanaran apa yg dia sampaikan. jgn samakan umat Islam dgn kafir laknatullah, sebab amal ibadat dia hanya Allah S.W.T yg tau... =)
Post a Comment