IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Nizar: Kita Sebenarnya Tidur (Khas Buat Pemimpin PAS)

>> Sunday, November 08, 2009

(Gambar gua cilok dari blog AdukaTaruna tanpa kebenaran, dah namanya pun "cilok" nak minta izin buat apa...)

Iklan: Pesanan ini khusus buat semua Pemimpin PAS golongan Ulama/Geng Trengganu/Pro-UG dan secara umum buat pesanan sesama insan.

Semua makhluk yang diberikan nyawa yakni hidup pasti akan menempuh saat kematian jua, tidak dapat tidak…, pasti suatu hari nanti Malaikat Maut akan datang menjemput kita.

Saatnya itu hanya ada dalam pengetahuan Allah Swt kecuali bagi orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Saidina Ali Ibni Abi Talib, telah mengatakan bahawa manusia sebenarnya sedang tidur, mereka hanya akan terjaga apabila telah mati kelak.

Maksudnya kita/insan semua pada hari ini dan saat ini yang hidup, pada hakikatnya kita/insan sedang tidur, kerana tidur lalu kita/insan melupakan tujuan sebenar kehidupan di dunia ini.

Dan apabila malaikat maut datang mencabut nyawa kita/insan, barulah kita/insan terjaga dari tidur, yakni baru kita/insan sedar bahawa kita/insan telah mengsia-siakan masa hidup kita/insan didunia dulu.

Ketika sedar itu maka kita/insan akan menyesal sebesar-besar penyesalan tetapi semuanya tidak berguna lagi.

Itulah yang dimaksudkan kita/insan iaitu manusia akan terjaga dari tidur setelah berada di alam kematian atau yang di sebutkan sebagai Alam Barzakh.

Sekian sekadar renungan bersama…

Isa: Janganlah kita tertidur seperti gambar di atas, Terengganu pun tak boleh dipertahankan... apatah lagi nak rampas kembali... jauh panggang dari api. Itu pun masih bodoh sombong lagi, angkuh tak bertempat. Ooopppsss... tak boleh kutuk Ulama... kena kifarah nanti...

9 IkutSukaLu...::

IbnuQalil,  Sunday, November 08, 2009 7:37:00 PM  

Salam,

Jangan samakan TGHH dan Pak Lah. Gambar Pak Lah tidur tu banyak. Kalau benci sangatpun kat TGHH dan nak kata TGHH suka tidur, tunjuk lagi gambar2 yg TGHH tidur.

Kalau TGHH tertidur pun, logik bang. Tiap2 malam bangun tahajud. Kita ada bangun tahajud?

Anonymous,  Sunday, November 08, 2009 9:27:00 PM  

Apa yang didakwa oleh penulis-penulis blog terhadap Ust Abu Bakar Chik dalam Mesyuarat Khas PAS Pusat adalah bohong dan tidak benar. Kononnya Ust Abu Bakar Chik menyergah dan mengherdik Tok Guru dengan biadab, mengatakan Tok Guru nyanyuk, orang tua dan perlu letak jawatan sebagai Mursyidul Am.

Saya tidak mahu melayani penulis-penulis blog seumpama itu, tetapi bila ramai yang menghubungi saya akan kebenaran tersebut, saya terpaksa mencari sumber yang sebenar. Saya sendiri tidak percaya cerita-cerita tersebut, tetapi apa yang saya kesalkan penulis-penulis blog PAS turut memuatkan cerita tersebut dalam blog-blog mereka.

http://misabah.blogspot.com/2009/11/dakwaan-palsu-penulis-blog.html

Anonymous,  Sunday, November 08, 2009 10:10:00 PM  

Sewaktu Saidina Omar Al Khattab dilantik untuk menjadi Khalifah, beliau telah berkata “sekiranya aku didapati bersalah, tolonglah betulkan aku”, kemudian bangun seorang sahabat sambil menghunuskan pedang dan berkata, “wahai Omar, sekiranya engkau bersalah, pedang inilah yang akan membetulkan engkau”. Saidina Omar kemudiannya berkata sebagai menjawab kata-kata sahabat tadi, “Alhamdulillah, masih ada orang yang mahu menegur aku andainya aku bersalah.”

so try pegi rusila...ok

Elbaritii Sunday, November 08, 2009 10:44:00 PM  

Pada blog ini ada disebut ingin mencari kebenaran dan kejujuran. Entri ini salah satu cara tuan mencari dua perkara tersebut?

Bagi hujah bodoh sombong bagai yang diterjahkan...

ISA Sunday, November 08, 2009 11:17:00 PM  

IbnuQalil,

Tujuan/maksud gambar itu sebagai simbolik, PAS harus bangun dari tidur yang lena dalam mimpi meracau kacau bilau sekarang ini.

Presiden harus tegas dan aktif menggerakkan PARTI. Saya belum sampai tahap membenci Hj. Hadi lagi, apa yang saya katakan sebelum ini hanyalah menyampah/meluat dengan kepimpinan beliau dan pemimpin/ahli PAS yang menyokong UG.

Terima kasih atas teguran anda.

ISA Sunday, November 08, 2009 11:22:00 PM  

Elbariti,

Itulah tujuan sebenar blog ini, mencari kebenaran dan kejujuran.

Apakah punca yang melanda PAS selama ini, ditimbulkan oleh orang yang jujur atau tidak?

Lu fikirlah sendiri...

C++ Monday, November 09, 2009 8:44:00 AM  

Salam Ziarah Bhai..

Diorang nie biler dah terantuk nanti baru nak terngadah... budus la...

Admin Monday, November 09, 2009 12:44:00 PM  

gua dok belajar...
tengok kebaikan orang lain.
tengok buruk dan salah gua sendiri.

KiLaT
pedang tu tertanam di laman ngah seman.

Us. Mohd Said Monday, November 09, 2009 10:52:00 PM  

TA’LIQ CERAI ISTERI BIMBANG KHIANAT PARTI?

Sumpah tidak akan berlaku, melainkan dengan menyebut salah satu dari nama-nama Allah, juga salah satu dari sifat-sifat Allah yang maha sempurna. Cumanya, dita’liqkan pula dengan menceraikan isteri. Bermakna, ia bermaksud bersumpah disamping diwujudkan kalimah ta’liq cerai isteri.

Ta’liq menceraikan isteri dianggap seperti memperdagangkan perempuan, merupakan satu tuduhan yang tidak berasaskan kepada ilmu. Ini kerana, dalam setiap pernikahan di seluruh Malaysia, ta’liq ini wujud dikala akad nikah berlaku. Seperti, selepas akad nikah, pengantin lelaki diminta oleh Juru Nikah agar membaca ta’liq yang kandungannya lebih kurang begini;

“sesudah minah binti mamat sah menjadi isteriku, lalu aku telah meninggalkannya selama 4 bulan berturut-turut, tanpa mendapat nafkah zahir dan batin, ketika itu, terfasakhlah nikah ini”.

Jika ta’liq isteri dianggap sebagai amalan jahiliyyah, mengapa ta’liq yang sudah sedia diamalkan di seluruh malaysia seperti ini, tidak dianggap sebagai amalan jahiliyyah??

Mungkin ini yang perlu YB Zul Kulim kena jawab????

TA’LIQ CERAI ISTERI

Ta’liq cerai isteri jika khianat parti menjadi isu yang dimainkan oleh UMNO/ BN. Semuanya telah terbocor, ekoran pertemuan tertutup (mungkin tidak sulit kot) antara beberapa pimpinan PAS dengan blogger-blogger UMNO.

Mungkin kita perlu lupakan masalah mainan parti murahan UMNO yang maha bodoh lagi maha bangsat itu. Yang penting kita nyatakan, dari segi hukum, apakah tindakan tersebut bersalah atau tidak?

Berpolitik dalam islam merupakan satu tuntutan. Tuntutan itu berpunca, ia bertujuan untuk melaksanakan satu amanah yang merupakan maslahah ’Ammah (baca : maslahah umum), demi menolak mudharat yang besar.

Tujuan berpolitik adalah, untuk melaksanakan islam atas muka bumi; melaksanakan keadilan dan menolak kezaliman. Perlaksanaan keadilan dan menolak kezaliman ini, merupakan tuntutan syarak yang bersifat umum; melibatkan rakyat secara menyeluruh.

Adapun ta’liq cerai isteri, ia bersifat individu. Lantaran, ia bersifat khusus. Justeru, apabila bertembung antara dua mudharat, iaitu mudharat kepada rakyat secara umum, dengan mudharat kepada isteri yang bersifat khusus, maka, hendaklah didahulukan menjaga mudharat yang lebih umum.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP