Nizar: Baik Ada Makna Tu...!!!
>> Monday, November 09, 2009
JELI, 8 Nov (Bernama) -- Langkah kerajaan menarik balik Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan bertujuan meringankan beban rakyat yang masih menggunakan kenderaan lama dan sekali gus tidak bercanggah dengan peraturan jalan raya yang dikuatkuasakan Jabatan Pengangkutan Jalan.
Menyatakan demikian, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed berkata, "Kita lakukan itu semua adalah kerana mengambil kira kepentingan rakyat, khasnya golongan yang perlu diberi pembelaan".
Beliau bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa bencana alam peringkat jajahan Jeli di Kompleks Umno Bahagian di Bukit Nangka, di sini pada Ahad. - Sumber: Bernama
________________________________________________________________
Itu yang dikatakan sorong papan tarik papan..., sepatutnya sesuatu keputusan/dasar Kerajaan telah meliputi segala aspek kajian yang mendalam sebelum membuat keputusan. Ini bukannya kali pertama ianya berlaku, contoh IJN dan LCCT sebelum ini dan banyak lagi.
Macam ada tawar menawar pula antara Kerajaan dan Rakyat, mula-mula jual... lepas tu beli balik dengan harga yang murah... dan rakyat pun kata baiknya Kerajaan kita ni yea... ha..ha..ha.. baik ada makna tu...
Lain kali dengarlah nasihat dari seorang Ibu.
Isa: Masih sempat lagi diorang buat lawak yea..., sememangnya lawak pun sebab yang menerajui Kerajaan Malaysia kan sebuah Parti Lawak (Alif Mim Nun Wau = Sarkis)
p/s: Kak Mah... apa khabar... dah habis bagi sedekah ke...?
Post a Comment
Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.
1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.
2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.
Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com