IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Nizar: PAS/umno - Berpatah Arang... Kalau Betul...!!!

>> Sunday, November 08, 2009

Dari tarikh Mesyuarat Khas PAS (28/10/09) hingga ke saat ini, aku tidak banyak menyentuh berkenaan PAS dan gelora badai yang menimpanya. Biar apa pun keputusan Mesyuarat pada malam itu, dan keputusan mengadakan Seminar pada hari ini.

Adakalanya aku rasa menyampah yang teramat sangat kepada PAS selagi adanya manusia-manusia biawak iaitu ulamak keldai pembawa kitab. Selagi adanya Nasharudin Mat Isa, Mustapha Ali, Hasan Ali, Harun Taib dan semuanya geng yang memegang Kad Keahlian umno dalam PAS dan yang menyokong UG, tidak meletak jawatan secara terhormat atau mengadakan EGM seperti desakan aku sebelum ini.

"Desakan EGM - Biar diadakan pemilihan baru, gantikan Timbalan Presiden dan gantikan semua barua haramjadah pengkhianat perjuangan parti, kalau depa nak berzina dengan umno, pi mampuih kat depa."

Bagi aku apa kesudahannya Mesyuarat Khas mahupun Seminar, kalau setakat melalak melaung dengan pelbagai slogan, berkokok menyalak tentang pembaharuan itu ini... yang pada akhirnya tiada sebarang tindakan. Apa yang aku maksudkan ialah "Talk with Action".

Cukup-cukuplah pemimpin Kerajaan yang diwakili oleh pemimpin umno, memekik melalak sampai nak terkeluar anak tekak membohongi rakyat, dan penyakit ini telah berjangkit kepada pemimpin PAS pula, yang tak habis-habis nak berbohong.

Imej Islam tetapi perwatakan Munafik terutamanya kepada Nasharudin Mat Isa dan Hasan Ali, yang ini aku panggil Syaitan Islam (kembar sepusat sepusing dengan Azazil), korang kenal tak.. siapa Azazil..? Kalau tak kenal pergi tanya Hadi, Nasha dan Tantawi pun boleh jugak, sebab depa semua baca kitab sampai tahap ulama dan ustaz lepas tu jadi keldai tunggangan umno.

Eh.. pasal apa aku tak sentuh Haji Hadi hahhhh…, oh yea… sengaja aku tak nak sentuh bab Haji Hadi ni pasal aku dah tertelan pil “wala” pada Presiden PAS ni… ha..ha…ha…, wala.... apa itu wala...?

Sebabnya ialah kesilapan dia dalam pandangan aku kerana dia ni lurus bendul dan tahap keimanan pendinding diri dari hasutan dan bisikan Syaitan Islam sekeliling dan dia terlalu lemah (mungkin macam Pak Lah), dia kena mantapkan lagi dengan amalan zikirullah, lagi cantek kalau dia buat tahajud dan hajat setiap malam supaya semua Syaitan Islam tu dapat di singkirkan dari diri dia.

Lagipun bukannya dia tak kenal semua Syaitan-Syaitan tu…, (macam haron din jugak... boleh sembang dengan setan/jin) tapi masih nak coverline. Kalau dia masih lalai jugak… dan Syaitan2 Islam masih menguasai dia… so.. sendiri mau ingatlah… dengan dia sekali kena cantas, kasi langgar sama Hadi… (ooppss… itu bukan projek tahun depan ke…?)

Seperti apa yang dikatakan di sini memang betul. Sedikit petikan di bawah;

(Ini saya dengar beberapa orang kata: Mula-mula, menggunting dalam lipatan. Bila dah heboh, buat kenyataan PAS akan tetap bersama Pakatan Rakyat (PR). Lepas tu, gunting lagi dalam lipatan. Buat lagi kenyataan PAS akan tetap bersama PR. Gunting lagi dalam lipatan - siap masuk akhbar. Menjerit lagi PAS akan tetap bersama PR. Jenis apa ni? Berapa orang saja lagi yang nak percaya?)

Berdasarkan petikan tersebut, korang percaya lagi ke...? dengan gunting dalam lipatan tu semua... itu fakta beb… dalam akhbar pencacai pun ada sebut kisah gunting dalam lipatan tu nak saman pendedah cerita UG tu, last sekali dia yang kantoi... so… tak salahkan kalau aku gelarkan depa semua tu MUNAFIK (saja jer aku ulang kisah ni, nak refresh memori korang dengan Mat Munafik tu).

Dalam sirah Nabi pun ada sebut, Nabi SAW menyuruh seorang sahabat menyimpan senarai nama2 Munafik dikalangan pengikutnya pada masa itu. Cuba korang check tengok nama dua tiga ekor kaldai tu ada tak dalam senarai.

Apakah dengan melalak dalam Seminar hari ini semuanya sudah berpatah arang berkerat rotan..? perghhh... macam orang bercinta beb... tidak adakah sedikit perasaan kasih sayang lagi kepada umno untuk mereka bercumbu rayu atau comolot..? Kalau tak dapat comolot kat hutan templer park, depa comolot kat rumah tumpangan, kalau tak dapat di malaysia, depa buat kat London. Tak caya...? tanya AP Bachok....

Yang sebenarnya, demi pembaharuan PAS dan kembali kelandasan perjuangan asalnya sememangnya memerlukan satu Reformasi Parti iaitu dengan mengadakan EGM dan membuat pembersihan Parti dengan menukarkan pucuk pimpinan sedia ada (sepatutnya perkataan “menukarkan” itu adalah satu perkataan yang lebih kurang ajar kepada biawak berserban dan berjubah tu semua tetapi aku cuba berhemah ni... kontrol emosi).

Seperti aku katakan kat atas tu, mesyuarat/seminar… hang tunjuk aku, aku tunjuk hang, peluk salam lebih kurang kononnya teman tapi mesra, dalam hati merobok teringat sabrina kekasih lama.

Yang pentingnya untuk mencapai matlamat apa yang diperkatakan dalam seminar hari ini… singkirkan petualang parti… barulah hasrat dan matlamat tercapai. Kalau tidak… seminar hari ini sekadar pi.. mai.. pi.. mai.. tang tu jugak la…., korang peganglah kata-kata aku ini.

Contohnya: Aku sendiri sebagai seorang Pengarah Urusan (Presiden) sebuah syarikat, jika aku ada pekerja yang perangainya macam Nasha, Hasan, Mustapa dan lain-lain, terbukti dan nyata depa ni bakal menghancurkan Syarikat yang aku bina dengan hasil keringat aku dan keringat pekerja yang lain… apa yang harus aku buat… nak simpan lagi ka…? Atau nak terajang keluar jer?

Sudah tentu akan aku terajang semua liabiliti kepada syarikat ini dan pi main jauh-jauh… pi join dengan syarikat (pesaing) yang korang nak sangat bercomolot tu… sampai sanggup jual rahsia syarikat… apa barang beb..

Lagi satu kalau tak nak singkirkan jugak biawak dua tiga ekoq tu, suruh jer… depa buat lafaz taklik dengan syarat “kalau depa buka mulut lagi berkenaan UG dan berhubungan dengan wakil umno berkenaan UG dan yang sewaktu dengannya, maka tercerailah talak empat kepada semua isteri-isteri mereka” suruh diorang tandatangan dan cap ibu jari kaki sekali, amacam ada berani ka..?

Noktah.

Dalam dok kontrol emosi ni pun aku nak maki jugak orang tua kutuk nak mampuih ni... dia ingat dia muda lagi kot... terajang masuk sungai Terengganu baru dia tau... ni pun lagi sekoq Ostad perut buncit kuat mentekedarah... banyak sangat makan keropok lekor.. mulut tadak insurance macam aku jugak. (gambar)

Nak jer... aku gunakan bahasa kariparpu kat unta pakai kopiah ni. Tapi masih kontrol emosi lagi ni... sabar... sabar bro..

Selain daripada itu… aku bercakap atas dasar meluat teramat sangat dengan kerenah segelintir pemimpin PAS yang mengaku Islam ini.

Jadi aku menyeru buatlah perubahan dengan membuang sel-sel kanser (pemimpin) yang berada dalam parti PAS dengan Seruan Khas ini (klik) demi menyelamatkan Parti yang memperjuangkan Islam dan Melayu Islam.

Kutuk mengutuk PAS ni Haji Hadi kata boleh maaa.... Hadi kata kena bersikap pro... (iaitu profesional bukannya progol macam biawak dua tiga ekor tu) klik sini (jangan dia sembang jer lebih kat atas pentas Seminar tu sudah la... nak selamatkan jawatan Presiden).

Sebab tu aku tak kutuk dia... aku pass pada team yang nak langgar Hadi tahun depan... semoga berjaya.

Isa: Selamatkan PAS Selangor dari Hasan Ali and the gang, jangan jadikan PAS Selangor macam PAS Terengganu… baru menang sekali dah berlagak kuat… sekali tergolek tak bangun dah…, PAS Selangor pun nak ikut sama ka…? Dah berasa kuat sangat ka…?

4 IkutSukaLu...::

Yong Sunday, November 08, 2009 6:12:00 AM  

Bewok sejenis binatang yang baik dan tak bermusuh dengan manusia. Dia duduk dalam sawah nak tangkap tikus. Jadi dia tolong pesawah kontrol pest ni. Tapi kekadang dia masuk reban bila dah lapor. Binatang perangai tetap macam binatang. Kenapa dia masuk reban? Sebab manusia guna racun untuk bunuh tikus. Itu makanan bewok. Salah manusia gak sebab tak pikior tentang alam sekitar.

Yang jahat bukan bewok. Yang jahat sebenarnya tikus. Tapi hollywood dah jadikan tikus tu mainan (cth. mickey mouse). Yang tebuk guni beras PAS ialah tikus, bukan bewok. Siapa tikus tu? Deme yang Isa pangge bewok tule. Deme ni penakut macam tikus. Beroperasi dalam gelap macam tikus. Membiak dengan cepat macam tikus. Yong gelar deme tikus. Yang melompat Yong gelar lipas, sebab katak pun binatang baik.

Anonymous,  Sunday, November 08, 2009 8:01:00 AM  

abu bakar chik bullshit
adik beradik dengan shabery chik
aku lempang sampai mapuh ore tua benggong gila ni

Unknown Sunday, November 08, 2009 2:13:00 PM  

Saya tak buleh tengok muka abc, ptuih, nasib tak ada kahak

Unknown Sunday, November 08, 2009 10:13:00 PM  

Salam anakanda

Marah, geram, panas yer?

Bukan Isa saja yang panas dan bengang, uncle juga sama. Semua dua tiga ekor tu semua pembelit dan pembohong. Mereka mesti letak jawatan atau adakan EGM. Dapatkan mandat baru dari perwakilan. Kalau perwakilan pun nakkan mereka juga maka pi mapuslah semuanya!

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP