IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Ada Udang Sebalik MPV ka...? - malaysiakini

>> Sunday, March 01, 2009

Saya pernah bekerja di sebuah syarikat yang menjadi antara vendor "tier-1" Proton. Saya pernah terlibat secara langsung dengan pembangunan model "Originally Disigned And Made In Malaysia" seperti WAJA, WRM(Gen-2), TRM(Savvy), SRM(Satria-Neo) dan BLM.

Walaupun agak kecewa dengan sesetengah reaksi pasaran, seperti "banyak masalah" dengan kereta keluaran tempatan ini, tetapi saya berbangga kerana menjadi sebahagian kepada nadi untuk menggerak wawasan, iaitu kita bukan hanya untuk menjadi pengguna, tetapi pengeluar "automotif", iaitu bermula dari konsep "dalam kepala", sehingga dijelmakan kereta di jalanraya.

Pada saya, jika membaca komen-komen negatif di dalam blog-blog automotif mengenai kereta keluaran "kita", ia cuma memberi kekuatan kepada kita, iaitu setelah berjaya memenuhi "keperluan", kita perlu terus bergerak, iaitu untuk memenuhi "kehendak" pula.

Contoh : "Keperluan" manusia adalah "makanan sekadar tidak lapar", tetapi "kehendak" manusia mungkin "makanan yang mengenyangkan, sedap, berkhasiat dan free".

Tetapi apa yang lebih mengecewakan saya kini adalah, timbul satu lagi syarikat automotif yang asalnya dulu cuma menjadi pengimpot kereta terpakai, telah berjaya menjadi antara syarikat automotif yang "gah" di Malaysia. Syarikat ini telah berjaya memperolehi status "kereta nasional" bagi keluarannya, sehingga pernah "mengeruhkan" hubungan antara Tun Dr. Mahathir dengan seorang Ketua Wanita yang amat berpengaruh.

Di mulai dengan sejenis MPV, diikuti pula oleh sejenis MPV kedua yang lebih kecil. Selepas era kecemerlangan kedua-dua model ini dalam tahun 2006~2006, kereta keluaran syarikat ini kembali suram di pasaran. Bahkan, apa yang didengar, banyak teknokrat automotif, yang berasal dari Proton dan Perodua dulu, yang berusaha membangunkan syarikat ini untuk menjadi "pengeluar kereta nasional" telah meninggalkan syarikat.

Apa yang mendukacitakan adalah, akibat daripada tak mampu untuk terus mencipta, syarikat ini telah mempraktikkan satu perkara baru dalam industri automotif, yang kini dikenali sebagai "DKD" iaitu "Dismantle Knock-Down". DKD ini dilakukan seperti berikut. Kereta yang telah siap dipasang di negara pengeluar (seperti Korea atau Peranchis) akan dibeli dalam bentuk CBU. Jika di bawa ke Malaysia dalam bentuk CBU, sudah tentu struktur cukainya besar.

Untuk mengatasi masalah kos yang tinggi akibat sistem percukaian ini, maka kereta CBU tadi akan dirungkaikan di negara asal (atau negara pihak ketiga). Semua komponen kereta tadi akan di "packing" dan di hantar ke Malaysia dalam bentuk "komponen-komponen" automotif. Bila melalui kastam, komponen ini diisytihar sebagai CKD.
Apabila sampai ke kilang, semua komponen yang dirungkai, akan di pasang kembali, sehingga terhasillah sebuah kereta yang "wow" baru dan "malatop".

Dengan kata lain, kalau daripada istilah mafia, kaedah ini dikenali sebagai "industri kereta potong", dan dari istilah kejuruteraan pula, mungkin boleh dikatakan sebagai "reverse engineering". Hasilnya, kita tak menambah apa-apa pengetahuan dalam bidang automotif, tetapi menambahkan kaedah untuk menipu kerajaan (dan rakyat Malaysia) secara profesional.

Yang lebih ironinya, salah satu daripada model kereta tersebut, telah dilancarkan dengan gemilangnya oleh bakal PM Malaysia.

Isa: Terima kasih diucapkan kepada saudara Yee Pak Yoon kerana sudi berkongsi maklumat. Siapa yang rugi dan siapa yang untung....

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP