Integriti SPRM - malaysiakini
>> Sunday, March 01, 2009
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia – SPRM satu nama yang telah diberikan oleh PakLah bagi mengantikan Bumiputra Rockers – BPR, kalau aku salah korang tolong betulkan.
Sejak dari zaman BPR bertukar ke SPRM, pernah atau tidak kedengaran yang SPRM berjaya menyelesaikan kes-kes yang melibatkan RASUAH bernilai ratusan ribu dan jutaan ringgit, padahal banyak kes-kes sedemikian yang dilaporkan. Aku sendiri tidak pernah terbaca atau mendengar penangkapan rasuah yang mengaitkan nilai yang besar.
Kalau boleh aku tak nak bercerita pasal kejayaan SPRM hari ini kerana berjaya mendakwa seorang anggota polis trafik dengan suapan RM180.00 kerana isu ini bagi aku tidak perlu dimasukkan dalam liputan akhbar lansung, kerana ianya akan menambah keaiban integriti SPRM yang kononnya bersih dan telus.
Apakah standard SPRM setakat menangkap rasuah para ikan bilis sahaja? Jika begitu standardnya maka dalam desakan kegawatan ekonomi ini, bakal ramailah yang akan ditangkap dan didakwa akibat rasuah oleh SPRM.
Jadi tiada apalah yang hendak dibanggakan dengan SPRM, setakat sebuah badan suruhanjaya yang gah pada nama tetapi tiada hasil, apa yang nyata dan jelas sebuah badan suruhanjaya yang berpihak.
Isa: Cadangan supaya SPRM diletakkan dibawah kuasa YDP Agung, agar menjadi sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah yang bersih dan Ketua Pesuruhjaya SPRM di tukarkan dan lantikan yang baru atas pilihan YDP Agung sendiri bukan atas dasar nasihat dari Perdana Menteri.
Post a Comment
Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.
1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.
2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.
Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com