IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

DUN Perak, Sidang Tergempar Mungkin Gagal - malaysiakini

>> Sunday, March 01, 2009

Sidang Tergempar DUN selasa ini mungkin GAGAL ?

Itu yang wak diberitahu tadi. Malah sebentar tadi di Buletin Utama, telah diwar-warkan bahawa Sidang yang akan diadakan selasa ini adalah tidak mendapat perkenan Sultan ! Pagi tadi wak berbual panjang di talian dengan YB Idham Lim berkaitan perkara ini, bagi beliau ia akan diteruskan. Biarpun ada tentangan dan halangan.

Bagaimana jika Dewan DUN di Bangunan Perak Darul Ridzuan dikepong FRU dan Polis ? Beliau tetap menyatakan, ia akan diteruskan..kita akan mohon izin dengan baik untuk menjalankan Sidang DUN tersebut. Jika Di halang ? Mungkin kita akan lakukan di tempat lain ! Pulak..aduh..wak jadi buntu !!

Baca di sini

Isa: Macam-macam halangan dari puak UBN ni, Setiausaha Dewan pun jadi talibarut.. sanggup melawan cakap Speaker DUN. Jika mahkamah buat keputusan memihak pada PR nanti, aku harap MB Nizar dah kenal pasti muka-muka yang wajib dibuang dari berkhidmat dengan Kerajaan Negeri (SUK)

3 IkutSukaLu...::

Anonymous,  Sunday, March 01, 2009 9:54:00 PM  

Awat SU dewan cakap meraban? Adekah dia pun kena blackmail juga?

Gelombang Rakyat Sunday, March 01, 2009 11:29:00 PM  

Makin pelek ISA negara kita ini...

Anonymous,  Monday, March 02, 2009 12:27:00 AM  

Setiausaha DUN Perak Abdullah Antong Sabri selaku seorang Penjawat Awam jelas telah melanggar peraturan Perintah-Perintah Am (General Order), apabila beliau telah membuat kenyataan rasmi dan kenyataan tersebut juga telah dikeluarkan melalui media.


Menurut Perintah2 Am (General Order)
BAB D - Peraturan2 Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993

Peraturan 19 (Membuat Pernyataan Awam)

(1) Seseorang pegawai tidak boleh, sama ada secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain—

(a) membuat apa-apa pernyataan awam yang boleh memudaratkan apa-apa dasar, rancangan atau keputusan Kerajaan tentang apa-apa isu;

(b) membuat apa-apa pernyataan awam yang boleh memalukan atau memburukkan nama Kerajaan ;

(c) membuat apa-apa ulasan tentang kelemahan apa-apa dasar, rancangan atau keputusan Kerajaan ;

(d) mengedarkan apa-apa pernyataan atau ulasan, sama ada yang dibuat olehnya atau mana-mana orang lain.

(2) Seseorang pegawai tidak boleh, sama ada secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain—

(a) membuat apa-apa ulasan tentang kelebihan apa-apa dasar, rancangan atau keputusan Kerajaan ;

(b) memberikan apa-apa maklumat berdasarkan fakta berhubung dengan perjalanan fungsi Kerajaan;

(c) memberikan apa-apa penjelasan berkenaan dengan apa-apa peristiwa atau laporan yang melibatkan Kerajaan ; atau

(d) menyebarkan apa-apa ulasan, maklumat atau penjelasan sedemikian sama ada yang dibuat olehnya atau mana-mana orang lain,

melainkan jika kebenaran bertulis, sama ada secara am atau khusus, telah diperoleh terlebih dahulu daripada Menteri.

(3) Subperaturan (2) tidaklah terpakai bagi apa-apa ulasan, maklumat atau penjelasan yang dibuat, diberikan atau disebarkan jika kandungan ulasan, maklumat atau penjelasan itu telah diluluskan oleh Menteri.

(4) Bagi maksud peraturan ini, “pernyataan awam” termasuklah apa-apa pernyataan atau ulasan yang dibuat kepada pihak akhbar atau orang ramai atau semasa memberikan apa-apa syarahan atau ucapan awam atau dalam apa-apa penyiaran atau penerbitan, tanpa mengambil kira caranya.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP