Sejarah Umno Derhaka Sultan - malaysiakini
>> Friday, February 27, 2009
Di samping menyiarkan kecaman Dr. Ismail dalam laman web Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah, saya turut menyiarkan petikan tulisan Mohd Fadli Ghani perihal perderhakaan Presiden Umno yang pertama, Dato’ Onn Jaafar terhadap Sultan Kedah iaitu Tunku Badlishah ayahanda kepada Sultan Abdul Halim yang memerintah Kedah sekarang.
Fadli menulis, “Umno secara terbuka menghina Sultan Kedah (Tunku Badlishah) dalam beberapa isu yang berbangkit pada 1948 dan mendakwa Raja-raja Melayu tidak wajar meminggirkan Umno yang mempertahankan Raja-raja Melayu semasa Malayan Union.
“Akhirnya, Sultan Kedah berjaya mempengaruhi Raja-raja Melayu supaya menolak cadangan Umno untuk melantik seorang Melayu sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tinggi.
Kerana gagal dalam mempengaruhi Raja-raja Melayu, Presiden Umno, Dato’ Onn sekali lagi menderhaka dengan menuduh Raja-raja Melayu memungkiri janji dan bertindak tidak mengikut perlembagaan.
“Ketika berucap dalam Mesyuarat Agung Umno di Butterworth pada 27 Ogos 1949, Dato’ Onn menuduh raja-raja lebih mementingkan diri daripada menjaga kepentingan orang Melayu. Beliau juga menuduh Raja-raja Melayu berkomplot dengan British untuk melemahkan Umno dengan melarang pegawai Melayu berpolitik.
“Lebih dahsyat lagi penderhakaan ini apabila Presiden Umno menuduh Sultan Kedah sebagai ‘kacang lupakan kulit’ dan mengugut untuk mengajak ahli Umno menamatkan pemerintahan feudal beraja ini. Akibatnya, Sultan Kedah menyatakan hasrat mengharamkan Umno di negeri itu dan Sultan Johor memaksa Dato’ Onn meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Johor pada 17 Jun 1949.”
Rupanya, kisah sejarah yang disiarkan dalam laman web rasmi Urusetia Penerangan itu mendapat sambutan sangat baik dari pembaca. Mereka mencadangkan supaya catatan perderhakaan Umno disenarai dan disebarkan seluas-luasnya. Biar mereka tahu dalam catatan sejarah Umnolah yang paling banyak menderhakai Sultan.
Haris Che Mat dan para Pemuda Umno masih di alam kanak-kanak sewaktu Dr. Mahathir dan Umno mengadakan road show ke seluruh negara pada tahun 1983 bagi meminda perlembagaan untuk membuang kuasa raja-raja. Mereka tidak tahu perihal Tengku Ibrahim ‘ditabalkan sebagai Sultan Kelantan’ oleh Umno setelah BN kalah kesemua kerusi di Kelantan pada pilihnraya umum ke lapan. Mereka masih ‘kanyak’ untuk memahami tindakan Umno meminda perlembagaan pada tahun 1993 bagi membuang kuasa raja-raja. Ia didahului dengan perang saraf yang bertalu-talu oleh media talibarut BN mendedahkan keaiban raja-raja Melayu. Berminggu-minggu pihak istana dilondehkan.
Selanjutnya klik sini
1 IkutSukaLu...::
Salam Isa,
Kalau ditanya pada spesis Umno, apakah mereka tahu sejarah Umno yang pernah menderhaka, mereka akan berkata : Itu sejarah lama.
Kalau kita tanya Tok-tok Murti, terutama yang sudah lama menjadi khadam Raja apakah hukumnya spesis UMNO yang mempunyai sejarah menderhaka pada Raja-Raja Melayu, mereka akan jawab: "Itu adalah takdir tuhan yang telah ditentukan dan berdosa besar kita mengungkit Qada' dan Qodar tersebut"
Kalau ditanya oleh Tok Mufti pada teman , mengapa teman tak membenci dengan sistem raja perlembagaan, teman akan jawab :"Inilah takdir tuhan pada teman wahai tok Mufti".
Dengan pantas Tok Mufti akan memarahi teman :" Kamu jangan nak menutup kebencian kamu pada raja-raja Melayu yang merupakan Ulil ambri dengan alasan takdir Allah".
Huuuhhh!!!! susah betul berdepan dengan speseis Umno dan ulamak yang cari makan ditangga Istana Raja-raja Melayu dan UMNO!!!!
Post a Comment