IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Selepas 35 Tahun - malaysiakini

>> Friday, February 27, 2009

Pada tahun 1974.
Sultan Perak waktu itu, Sultan Idris Shah tidak berkenan untuk melantik Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua (sambung selepas habis dua tahun). Bagaimana pun Ghazali tidak mahu melepaskan jawatan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan masalah kepada Sultan Idris Shah.

Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; “Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, ialah Presiden UMNO.”

Gara-gara keengganan Ghazali itu, menyebabkan Sultan Idris murka dan bernazar baginda tidak akan mencukur janggut dan jambangnya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi MB. Rujukan klik sini.


Pada tahun 2009.
Menteri besar Pakatan Rakyat iaitu Dato Seri Ir. Nizar Jamaludin enggan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak yang Sah dan enggan menyerahkan kenderaan rasmi kerajaan negeri Toyota Camry dengan nombor pendaftaran AGS 10 - sehingga mahkamah mengisytiharkan sama ada beliau masih sah atau tidak memegang jawatan tersebut.

Pegawai khasnya Amran Harun berkata Mohammad Nizar enggan menyerahkan kenderaan itu sebagai simbol beliau tidak melepaskan jawatan tersebut sehingga proses mahkamahnya selesai.

Setelah 35 tahun;
Sejarah berlalu namun undang-undang Perlembagaan Tubuh Negeri Perak tidak pernah digubal dan tetap kekal, malahan sejarah yang berlaku mengikut senario dalam tindakan memecat seseorang Menteri Besar Perak masih mengunakan Perlembagaan yang sama.

Kedegilan Dato Seri Nizar Jamaluddin dan Tan Sri Ghazali Jawi untuk meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak mengikut lunas undang-undang yang sedia ada. Tentang perkara ini semua orang sedia maklum, melainkan puak-puak umno yang buta undang-undang dan sejarah saja yang tidak dapat menerima hakikat ini. Noktah.

Apa yang hendak aku sampaikan disini ialah, berdasarkan kepada 2 senario di atas maka aku mencadangkan kepada Najib Razak, Zahid Hamidi, Zombiery Menteri Besar Haram dan semua yang menyokong perlantikan Zombiery sebagai Menteri Besar Perak supaya mengikut dan mencontohi Almarhum Sultan Idris Shah membuat protes dengan bernazar untuk tidak bercukur janggut dan jambang anda semua sehingga Dato Seri Nizar Jamaluddin dengan rela hati meletak jawatannya sebagai Menteri Besar dan menyerahkan semula kereta Toyota Camry tu pada Zombiery.

Itupun jika ada sesiapa yang berhati mulia dapat menasihati dan terbuka hati untuk beliau meletakkan jawatan, sekiranya beliau tetap berdegil maka nasiblah pada mereka-mereka yang bernazar tu untuk berbulu seluruh badan dan barulah kena dengan panggilan ………. Apa yea… kalau dah berbulu seluruh badan tu….. macam teori Darwin pulak bunyinya….

Isa: Alamak…… aku tertinggal satu lagi nama…… korang tolong letakkan boleh….

2 IkutSukaLu...::

SiamangBukit Saturday, February 28, 2009 2:19:00 AM  

Itu sebab Tuanku tidak tahu pasal Intepretation Act. Lagipun Ghazali Jawi masih mendapat sokongan ADUN2 yg lain. Kes Nizar lain dia kini tidak dapat sokongan majoriti ADUN2 yg lain. Jadi kuasa memecat ada pada Presiden UMNO atau BN.

Unknown Saturday, February 28, 2009 12:44:00 PM  

Anakanda Isa,

Jangan dicadangkan begitu, nanti semua mereka menjadi siamang bikut yang berbulu tapi berjalan tegap!

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP