Tol... Apa Kata Mereka - malaysiakini
>> Friday, February 27, 2009
Apa komen mereka berkenaan kenaikkan harga Tol, atau semua ni wayang BN saja, masakan Kabinet dan Parlimen tak tahu perkara ini sebelum ianya diumumkan, pelik...;
Dr. Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat):
"Baru-baru ini sudah diberitahu bahawa kerajaan akan beri keutamaan kepada rakyat dalam apa saja keputusan bila ada syarikat konsesi meminta kenaikan tol, tapi saya terkejut bila dapat maklumat harga tol akan dinaikkan bermula Ahad ini," katanya.
Datuk Seri Azmi Khalid (BN-Padang Besar): (komen ni aku suka…)
"Dulu semasa jadi menteri tak pernah bayar tol, saya tak tahu berapa, tak pernah merasa. Tapi sekarang, saya tingggal di Shah Alam dan sering datang ke Kuala Lumpur dan melalui beberapa tol, saya sangat merasai beban tol itu. Kalau saya merasai, orang lain pun tentu merasai," katanya.
Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong: "Kita masih ada mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat ini, saya harap perkara ini dikaji semula bagi meringankan beban pengguna jalan," katanya.
Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang):
"Ini satu perkara yang harus kita tolak. Kenaikan ini akan memberi tekanan kepada rakyat kerana harga barang-barang masih tidak diturun ditambah dengan kelembapan ekonomi sekarang,'' katanya
************************
Asal Usul Tol.
Bila nak buat lebuhraya kos mungkin menjangkau rm3billion katakan. Jika kerajaan buat guna duit kerajaan(yakni duit rakyat), sayang, boleh guna untuk perkara lain. Jadi swastakan, pemegang konsesi mencari modal sendiri dengan jaminan kerajaan.(dapat rate murah). Swasta dapat pulangan modal dan keuntungan melalui kutipan tol untuk tempoh konsesi selalunya 25tahun atau 30 tahun.
Kat mana it goes wrong? Tamak!!Haloba!!Kroni!!Saudara!!Saudari!!IparDuai!!
Bayangkan Plus kutip lebih dari RM1 billion setahun collections dan juga keuntungan.
Selepas 10 tahun mustahil belum pulang modal dan untung. Bisnes hulur tangan, orang bagi duit. Bisnes sure untung. Kereta baru meningkat 500,000 setiap tahun.
Kadar tol wajib naik selepas 3 tahun atau tahun tertentu atau sebab tertentu. Tak dapat naik, guaranti pampasan 'kera' bagi. Mana mungkin rugi. Kos baiki jalan, maintainance sepangjang jalan, billboard iklan semua depa pulun sekali.
Kenapa penjanjian konsesi sentiasa menjadi senjata sulit!! Hangpa pi cek, semua syarikat konsesi lebuhraya tu sapa punya. contoh MTD dipunyai Dewina, Dewina sapa punya norr??
Cilok dari Perundingperiuknasi.
1 IkutSukaLu...::
Salam Isa,
Hampir keseluruhan rakyat Malaya adalah kayaraya. Fundamental ekonomi negara kukoh. Pekej mini baget, untuk merangsang ekonomi yg akan dibentangkan di Dewan rakyat akan menjadikan Rakyat Malaya lebih kayaraya dari hari ini..
Baguih kerajaan UMNO/BN nih!!
Selepas pembentangan minit baget, cuba kita bayangkan ,semua rakyat jelata diseluruh pelusuk tanah air,tak perlu berkereta ,kerana setiap rakyat mampu membeli dan memandu kapal terobang misalnya, untuk ke pejabat, ke pasar, ke masjid,ke kubur, ke KLCC,ke Mid Valley, ke Low Yat dan kemana saja termasuk ke tandas awam. Kerana itulah, rakyat malaya tak hairan kalau kadar tol naik 1 juta peratus.
Malaya Boleh!!!!....boleh blah...
Post a Comment