Pencuri Berlesen...
>> Saturday, July 23, 2016
KREDIT FOR Wan Azlan.
Dalam hal ini jangan cepat nak melatah.
Dan tuduh Amerika nak hancurkan Malaysia. Buka mata buka minda.. bukan
dengar PM dan TV3 dok cakap. Isu 1MDB ini melibatkan 9 negara dalam aktiviti
pengubalan wang haram atau "money laundry" dan ke sembilan2 negara ini
sedang melakukan siasatan berhubung dakwaan wang tersebut daripada 1MDB
yang dicuri dan telah melakukan transaksi beberapa bank di luar negara
yang melibatkan 9 negara.
USA sangat mengambil berat berkenaan jenayah
pengubalan wang haram (money laundry) yang melibatkan negara mereka.
Daripada 9 negara yang melakukan siasatan US telah mengambil tindakan
terhadap pesalah dengan menyita aset-aset yang ada di USA dan dituruti oleh negara
jiran Singapore dan kini akan menyusul lagi 7 buah negara yang akan mengambil
tindakan sama setelah siasatan berakhir.
Cuma Malaysia sahaja yang
menutup kes 1MDB kerana mengganggap kes ini tak ada salahlaku. Kerana semua pesalah atau penjenayah tersebut adalah merupakan seorang
yang berkuasa di dalam pentadbiran Malaysia yang juga dikenali sebagai "Malaysia
Official No 1".
Kononnya negara kita ini negara Islam.
Orang yang tak puasa
boleh kena tangkap. Tak solat Jumaat boleh masuk jel. Perempuan pakai
legging pakai singlet boleh kena saman. Perempuan kalau peluk lelaki Amerika, satu negara maki berjemaah.
Tapi sejak kes kenyataan akhbar Amerika beberapa hari lepas, beratus graduan Imam Muda, Pencetus Ummah dengan
Ustazah Pilihan buat senyap jer.... pasal wang rakyat digunakan untuk bayar
judi di Las Vegas.
Ini isu main judi Tuan-tuan, bukan takat isu pakai seksi lagi dah.
Takkan beratus UM, PU dengan UP ni buat senyap tutup mulut buat tak
nampak sambil selamba pergi rumah terbuka makan lemang lagi..???
Lu orang tau tak duit 1MDB tu digunakan untuk apa....??? Diorang beli aset di Amerika... diorang beli...
Park Lane Hotel tu dianggar USD 380,000,000
Time Warner Penthouse tu USD 30,550,000
Park Laurel Condo USD 33,500,000
Walker Tower Penthous USD 50,912,000
Viceroy L'ermitage Hotel USD44,800,000
Mansion di Beverly Hills USD 31,000,000
Moltaban House di Los Angeles USD 38,980,000
Ada pula TownHouse di London dengan anggaran USD 41,799,800
Ni belum masuk Bombardier 700 Privet Jet yang dianggar USD 35,371,335, dengan lukisan-lukisan yang hmm.... malas nak taip dah.
Takkanlah semua protege Ustaz Ustazah ni boleh buat senyap lagi lepas tengok pemimpin kita buat korupsi macam ni..???? Pergi open house keluar masuk TV makan kuih raya, masih tenang jer... lagi..????
Esok bila negara kita dah bankrap dok bayar 1MDB ni, macam mana kita nak mencetuskan balik ummah ni..???? Bukankah agama (dan hujah-hujahnya) ni datang untuk membebaskan kita..????
Sekali lagi aku tekankan, sebolehnya aku tak nak tulis benda ni. Tapi
aku terpaksa tulis dengan kesedaran semua IM-UP-IP ni bukan sarkis
semata-mata tetapi betul-betul untuk mencetuskan kesedaran buat semua. ummah.
Post a Comment
Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.
1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.
2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.
Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com