IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Bala.... Sudah Dekat woooooiiii....!!!!

>> Saturday, May 28, 2016

BALA 1MDB SEMAKIN DEKAT....

Pada Januari lalu, Peguam Negara Switzerland mendedahkan bahawa satu siasatan mengenai 1MDB telah mendapati kira-kira AS$4 bilion atau RM16,000 juta telah diselewengkan daripada dana syarikat itu.

Sehubungan itu, mereka secara rasmi meminta bantuan Peguam Negara Malaysia membantu siasatannya terhadap kemungkinan berlaku perlanggaran undang-undang negara itu yang berkaitan dengan sogokan wang kepada pegawai asing, salah laku di pejabat awam, penggubahan wang haram dan dakwaan wujud jenayah salah urus dalam firma tersebut.

Itu berita kira-kira lima bulan yang lalu.... hahaha....!!!!



Terkini dan hari ini, pejabat Peguam Negara Switzerland mengumumkan telah memulakan prosiding jenayah terhadap Bank BSI SA kerana gagal mencegah kesalahan berkaitan 1MDB. Mengikut Kanun Jenayah Switzerland, sesebuah syarikat boleh didakwa jika disyaki tidak mengambil semua langkah yang munasabah yang dikehendaki untuk mengelakkan pihak ketiga daripada melakukan kesalahan-kesalahan, terutama berkaitan penggubahan wang haram atau kesalahan rasuah yang tertentu.

"Maklumat-maklumat yang diperolehi menunjukkan kesalahan penggubahan wang haram dan rasuah oleh pegawai-pegawai awam asing kini disiasat mengikut konteks kes 1MDB boleh dielakkan BSI SA diuruskan sewajarnya," kata pejabat Peguam Negara Switzerland lagi.

Di Singapura pula, susulan tindakan kerajaan Switzerland tersebut, pihak berkuasa kewangan negara itu iaitu MAS atau The Monetary Authority of Singapore telah mengarahkan cawangan Bank BSI di republik itu ditutup. Penarikan balik status kepada sesebuah bank saudagar oleh kerajaan Singapura ini adalah yang pertama sejak 32 tahun yang lalu.

Alasan penutupan bank itu ialah berkaitan pelanggaran serius atas keperluan anti penggubahan wang haram, pengawasan operasi dan pengurusan yang lemah serta salah laku keterlaluan oleh beberapa kakitangannya.

Nah, lihatlah....besar tak besar bahana 1MDB sekarang sehingga sebuah bank terpaksa ditutup kerananya...!!!!

Masihkah ada yang mahu berbangga dengan 1MDB...????


Kiranya apa yang berlaku melibatkan 1MDB itu tidak begitu serius dan tidak juga terlalu memudaratkan, melakukan prosiding jenayah mungkin boleh dianggap perkara biasa, tetapi tentunya luar biasa jika sampai bank juga ditutup berpunca daripadanya. Daripada sekurang-kurangnya tujuh negara yang sudah melakukan penyiasatan berkaitan 1MDB, negara mana lagi yang akan membawa berita buruk buat Malaysia selepas ini...????

Sudahlah dibebankan dengan hutang mencecah RM50,000 juta, 1MDB juga tanpa kesudahan turut mendatangkan aib kepada negara di seluruh pelusuk dunia dengan satu demi satu negara asing menunjukkan kebenaran yang tidak ditemui di negara kita sendiri.

Tentunya juga, selepas tindakan tegas yang diambil oleh Switzerland dan Singapura ini, bala 1MDB pasti akan berterusan lagi yang mungkin melibatkan personaliti yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan syarikat pelaburan itu.

Di negara kita, segala berkaitan 1MDB menjadi rahsia Kerajaan dan banyak penafiannya. Padahal di luar negara menjadi perhatian dunia.

Lu orang agak2 laaa.... siapa agaknya yang sudah mula kepanasan ketika ini...????
Gua harap si pencuri wang rakyat nih cepat sikitlah kantoi dan sumbat dalam penjara seumur hidup.... hahaha...

1 IkutSukaLu...::

Unknown Saturday, May 28, 2016 9:28:00 PM  

Jujur betul sistem bank switzerland..kwn aku pernah berurus dgn rakyat di negara itu..yg dia cerita kat aku..negara itu polis kurang..rakyat biasa boleh menangkap penjenayah..skg baru aku faham apa kwn aku maksudkan.. .Mengikut Kanun Jenayah Switzerland, sesebuah syarikat boleh didakwa jika disyaki tidak mengambil semua langkah yang munasabah yang dikehendaki untuk mengelakkan pihak ketiga daripada melakukan kesalahan-kesalahan, terutama berkaitan penggubahan wang haram atau kesalahan rasuah yang tertentu.. maksudnya.. tak perlu buat lapuran polis..syarikat itu sendiri boleh menghalang..berbeza dgn undang2 negara kita..

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP