IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

September Malaysia Jahanam

>> Monday, August 24, 2015

Ramai sangat yang tanya apa yang bakal berlaku bulan September ini... mai sini aku jelaskan apa yang MUNGKIN berlaku berdasarkan ilmu SEBAB DAN AKIBAT. Tetapi ini hanyalah jangkaan kepada apa yang bakal berlaku akibat kejatuhan nilai Ringgit. Nak percaya atau tidak, terpulang....
Seperti yang gua katakan "INI HANYA JANGKAAN" aka Ramalan Ekonomi.
1. Ekonomi Malaysia merudum, disertai oleh pemerintah yang korup dan sistem beraja yang tidak berfungsi. Rakyat mendukung biawak hidup.
2. Nilai matawang sesebuah negara adalah disebabkan oleh "keyakinan" masyarakat dunia terhadap kebolehpercayaan sesebuah negara. Penurunan nilai matawang ringgit menandakan penurunan "keyakinan" kebolehpercayaan Malaysia dari segi kuasa ekonomi dan politik di pentas dunia.
3. Hal ini didorong oleh begitu banyak kejadian peringkat antarabangsa mutakhir ini, bermula dari pembelian kapal selam, serangan ke atas lahad datu, MH370, MH17, FGV ditarik kembali dari bursa saham, kapal terbang Air Asia terhempas, skandal 1MDB, perbelanjaan mewah PM dan isteri serta menteri-menteri, dan isu-isu besar lain yang tidak selesai.
4. Keyakinan pelabur luar terhadap ekonomi Malaysia turut menurun sehingga banyak kilang-kilang ditutup apabila pelabur memutuskan untuk menutup operasi di Malaysia. Penutupan operasi ini menyebabkan ramai orang menjadi penganggur, seterusnya mengurangkan kuasa beli dalam pasaran.

5. Pengurangan kuasa beli dalam pasaran menyebabkan persaingan antara peniaga menjadi semakin sengit. Peniaga yang gagal mencapai jualan melebihi kos operasi akan menanggung kerugian dan sekaligus terpaksa menutup operasi sehingga menyebabkan lebih ramai pekerja dipecat. proses 4 dan 5 berulang-ulang sehingga begitu ramai orang menjadi penganggur.
6. 2 dan 3 menyebabkan penurunan nilai Matawang Ringgit Malaysia sehingga menyebabkan masyarakat antarabangsa merasakan ianya satu kerugian untuk menyimpan RM kerana nilainya turun setiap hari. Jadi, masyarakat antarabangsa mula memulaukan RM. Dalam ertikata lain, RM tidak lagi diterima untuk berdagang di pentas antarabangsa.
7. Penurunan nilai RM menyebabkan jumlah RM yang diperlukan untuk mengimport sesuatu barangan bertambah. Ini bermaksud, kos operasi syarikat pengimport bertambah sehingga pilihan yang ada untuk terus kekal beroperasi adalah dengan menaikkan harga barangan atau meningkatkan kualiti jualan. 4 dan 5 menyatakan bahawa kuasa beli rakyat Malaysia berkurangan. Kedua-dua pilihan syarikat pengimport didapati tidak relevan sehingga memaksa mereka membuat pilihan untuk mencari jalan bagi meneruskan operasi atau mengambil jalan mudah untuk menutup operasi, sekaligus menyebabkan no. 5 berulang lagi.
8. Makanan di Malaysia banyak yang diimport. Kita mengimport buah-buahan dan sayur-sayuran mencecah ratusan juta rm setahun. Itu tidak termasuk daging dan kambing. Beras yang ditanam di Malaysia hanya cukup untuk menampung 30% dari keperluan rakyat Malaysia, oleh itu, selebihnya diimport dari luar negara. No 7 menyatakan syarikat pengimport mungkin perlu menaikkan harga barangan, jadi, harga makanan yang diimport mungkin melambung tinggi. Ubat-ubatan juga bakal melambung.
9. Masyarakat Malaysia banyak membazir makanan. Kedai makan saban hari membuang makanan, tidak termasuk hotel, dan juga perumahan. Pengurangan makanan dalam negara mungkin satu bentuk tarbiah daripada Allah swt supaya kita kembali belajar untuk menghargai rezeki dan jangan buang rezeki sewenang-wenangnya.
10. Bulan September ini dijangka meletup bom ekonomi sehingga menyebabkan berlakunya pengangguran besar-besaran, kekurangan import bahan makanan, ubat-ubatan dan keperluan-keperluan lain. Sekiranya ada sekalipun, harganya melambung.
11. Meletusnya bom ekonomi menyebabkan panik dalam masyarakat. Orang ramai berpusu-pusu mengeluarkan duit dari bank untuk membeli barangan keperluan. Malangnya, wang kertas yang wujud hanya 1.5-3% dari duit digital. Ini bermaksud, bank run atau bank kehabisan wang kertas bakal berlaku. Semua orang hanya boleh mengeluarkan 1.5-3% dari jumlah wang yang disimpan di bank, atau hanya 1.5-3% orang boleh mengeluarkan semua simpanannya di bank. Yang pasti, semua orang boleh mengeluarkan walau 10% simpanan di bank adalah insiden yang mustahil berlaku.
12. Kemungkinan juga bagi mereka yang mempunyai simpanan melebihi rm 10,000 akan disita sebahagiannya oleh kerajaan bagi menampung hutang negara.
13. Apabila bank run berlaku, pembelian panik berlaku sedangkan matawang RM tidak diterima di peringkat antarabangsa. Adakah cukup beras dan barang keperluan lain ketika itu..???
Terbaru laporan daripada Arab Saudi (Mekah dan Madinah), semua Money Changer di sana tidak menerima Ringgit Malaysia lagi... lu orang carilah Najib anak Razak untuk jawap persoalan ini.... hahaha....


Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP