IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Hikmah Bersedekah : Kisah Benar.

>> Wednesday, August 19, 2015

Kisah benar... hikmah banyak menderma atau bersedekah, seperti janji Allah berkatnya bersedekah 1 hengget Allah gantikan atau gandakan dengan 70 kali ganda... ikuti testimoni aka pengalaman orang2 yang rajin bersedekah.




Cerita 1: Ahmad Maslan dari Pontian, Johor.

1- 'Saya beri sedekah kepada seorang makcik di pasar karat pagi tadi sebanyak RM100, padahal wang tersebut isteri saya pesan untuk beli otak lembu untuk buat masak lomak cili api. Dalam keadaan saya sendiri tak ada wang, memndangkan makcik tersebut dalam keadaan terdesak sesangat mohon pertolongan, Saya bersangka baik dan saya berikan padanya tanpa toleh belakang lagi.

Dalam kepala hotak saya mampuih kena marah dengan bini sebab tak beli otak lembu yang di pesan.Sesampai dirumah ternampak sampul dalam peti surat, saya ambil dan buka sambil berjalan menuju pintu, tiba2 saya tengok ada RM1000 dalam sampul tu, siapa bagi ni... saya bersyukur dan benarlah janji Allah itu...., berkat sedekah kepada yang memerlukan.



Cerita 2: Azalina Othman dari Perenggang, Johor.

2- Saya belikan tiket komuter untuk seorang wargaemas dengan harga RM2 sahaja, dan pakcik tu terkejut pasal saya belanja dia tiket, "takpalah pakcik... izinkanlah saya buat pahala sikit..." jawapan kepada pakcik tu.

Apabila sampai dirumah saya terlihat dalam helaian buku saya ada duit RM300. Terdetik dalam hati dari mana datangnya duit tu.... akhirnya saya pasrah dan menganggapnya sebagai apa yang telah Allah janjikan.




Cerita 3: Najib Razak dari Pekan, Pahang.

3- Saya sering beri kepada orang yang miskin sebanyak RM350 seorang setiap 4 bulan sekali untuk setahun tanpa gagal sejak empat tahun lalu. Banyak saya habiskan duit demi membantu insan yang susah dalam Malaysia.

Suatu hari dia saya ingin mengeluarkn duit dari mesin ATM, dan alangkah terperanjatnya saya apabila saya check balance.... Allahuakbarrrr.....

"Mana datangnya duit sebanyak RM2.6 billion ni pula?".... .oh baru saya teringat saya pernah bermimpi dua tiga malam lepas, dalam mimpi tu saya berjumpa seorang Tok Arab,bernama Ali Baba pekerjaannya sebagai ketua kepada 40 orang penyamun.


Selebihnya lu orang sambung laaaaa..... letih aaarrrr...... nak menaip kelentong lu orang semua.... hahahha....

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP