IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

TV Al-Hijrah Mengelirukan Ummat.

>> Tuesday, October 28, 2014

Penyelewengan Fakta Hadis di TV Al-Hijrah.

Semalam semasa saya mengunjungi ibu saya, saya tertonton rancangan di TV Hijrah diberi nama 'Persepsi: Melayu Keliru'.

Dari satu sudut saya rasa jika seorang non-muslim menonton rancangan tersebut dia mungkin akan sangka islam itu melayu dan melayu itu Islam.

Namun saya lebih tersentak apabila pengacara membaca sebuah hadis yang tidak sahih bahkan ulama hadis menghukumnya sebagai palsu tapi pengacara itu menyatakan hadis itu riwayat al-Bukhari dan Muslim. Satu penipuan fakta terhadap kedua kitab sahih berkenaan.

Beliau membaca dalam bahasa melayu -lebih kurang- sabda Nabi s.a.w (kononnya) : "wahai anakku Fatimah! Adapun wanita yang digantung rambutnya dalam neraka kerana dia tidak menutup rambutnya dari lelaki"

Hadis ini asalnya dalam lafaz arab berbunyi
يا ابنتي: أمَّا المعلَّقةُ بشعرِها فإنها كانتْ لا تغطي شعرَها من الرجالِ،

Hadis ini sebenarnya tiada dalam kitab-kitab hadis utama Ahlussunah wal Jamaah namun ia ada diriwayat oleh kitab-kitab Syiah seperti kitab besar karangan al-Majlisi iaitu Bihar al-Anwar dan 'Uyun Akbar al-Rida oleh as-Saduq. Rawi-rawi hadis tidak dipercayai. Kitab al-Kabair dalam edisi yang cuba dikaitkan dengan az-Zahabi ada menyebut riwayat ini TANPA SANAD.

Maka ia hadis yang palsu yang tidak boleh diriwayatkan tanpa penerangan apatahlagi disandarkan kepada al-Bukhari dan Muslim. Hendaklah kita semua berhati-hati dalam hal ini. Sabda Nabi s.a.w dalam hadis mutawatir:

“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”. (al-Bukhari dan Muslim)

 Al-Imam Ibn Hibban (w. 354H) ابن حبّان dalam sahihnya meletakkan satu pasal ynag beliau namakan:
فصل: ذكر إيجاب دخول النار لمن نسب الشيء إلى المصطفى صلى الله عليه وسلم وهو غير عالم بصحته
(Pasal menyebut ketetapan memasuki neraka untuk sesiapa yang menyandarkan sesuatu kepada al-Mustafa (Nabi Muhammad) s.a.w, sedang dia tidak tahu mengenai kesahihannya).
Maka berhati-hatilah!

Jika benar ada hadis perempuan digantung rambut dalam neraka kerana tidak tutup rambut dari pandangan lelaki nescaya fuqaha tidak bersusah payah mencari dalil dalam masalah ini. Hampir keseluruhan fuqaha menyatakan rambut aurat adalah berdasar kesimpulan yang mereka fahami dari ayat al-Quran Surah an-Nur ayat 31.

 
Semua stesyen TV adalah pencacai Kerajaan BN. jadi faham2 jelah peranan diorang untuk mengeliru dan perbodohkan rakyat. Maklumlah... Kerajaan BN/umno memang suka dengan rakyat yang kureng cerdik supaya senang diorang nak kontrol.... hahahaha...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP