IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Huhuhu... Sedih Gua Tengok Lu....!!!!

>> Monday, October 27, 2014



Apabila Ayahanda beraksi sakan.... hahahaha....
Gua memang tak bleh blah dengan mamat nih..., ntah macamana Kerajaan Malaysia dan pihak penguasa seperti Polis boleh biarkan mamat ni ke hulu ke hilir dengan seragam ntah mana punya kelab dangdut yang dia tibai... hehehehe...

Paling best apabila gua mengutuk mamat nih ada pulak pencacai yang back-up..., seperti komennya dalam FB gua...;

Azlie Js : Dia ni Datuk Paduka Abdul Rani Kulub Abdullah.. Hamba Allah yg dilahirkan darah pejuang Agama Bangsa dan Tanahair...mereka yg mengutuk dia shj yg xtau pejuangan beliau...mereka yg mengutuk dia xtau hukum Allah...memfitnah saudaranya umpama same dose nye dgn membunuh...itu cara dia,gaya dia,memngapa kite perlu iri hati atau sakit hati dgn ape yg beliau lakukan...bangsa asing mempersendakan Agama kite (Islam) beliau lah yg mempertahan kan nye...yg mengutuk beliau skrg ni,ade buat tindakan sebegini utk mempertahan kan Agama kite?? Klu xblh nak buat,xpayah lah nak mengutuk bangsa kite sendiri utk mempertahankan nye...jgn gagah d alam maya shj,jom sama2 berjuang demi Agama Bangsa dan Negara kite...
Wallahhualam.
Ntah apa jasanya kepada bangsa dan agama, minta maaf gua memang tak tau. Kalau selalu bikin Lawak Spontan itu gua tau.... hahaha.... betul apa orang kata di Malaysia macam2 ada...

Terbaru program anjuran puak2 nih kononnya berikrar nak pertahankan Raja/Sultan yang di buat di Shah Alam, Sultan dah duduk elok2 tanpa ganggu gugat tiba2 puak2 nih dengan gaya pembodek dan mengampu berikrar nak pertahankan Sultan... nampak sangat membodeknya, sikit hari lagi ada la benda yang diorang akan minta dari Sultan... tunggu dan lihat.

Seperti mana yang berlaku beberapa bulan yang lepas dalam mesyuarat di antara Ayahanda2 seMalaysia dengan Noh Omar, salah satu tuntutan diorang nih ialah meminta peruntukkan bagi NGO diorang sebanyak RM1 juta, setakat nih gua tak dapat maklum balas lagi kerana Noh Udang kata nak bawa perkara ini kepada Najib Razak terlebih dahulu.... wallahuaklam...


Bayangkan jikalau dalam Mesyuarat bersama Menteri pun sikap dia macam nih... dengan memakai spek hitam.... itu tandanya takda adab dan tak hormat kepada Menteri, walaupun Menteri tu tahap Lembu cgpa 3.85 hormat dan adab dalam mesyuarat tetap perlu. Adusssss..... orang macam ni pun ada pengikutnya.... ntah laaaa... gua pun tak faham dengan mentaliti melayu di Malaysia nih... biol agaknya...

Ini yang dikatakan pejuang Bangsa dan Agama, kelaut jawapnya...., bab bangsa gua tak hairan dan lantak pi kat diorang sebab isu bangsa tak boleh bawa masuk kubur dan malaikat pun tak tanya lu bangsa apa. Bab Agama.... itu yang gua musykil sikit..., ntah apa yang diorang perjuangkan dalam isu agama. Sedangkan pusat/kedai judi ekor bersepah 1Malaysia tak pulak puak2 nih berjuang untuk kasi tutup kerana Judi itu HARAM dalam Agama Islam, padahal diorang paling rapat dengan Menteri2 Najib.... hahahaha....

Selagi bernama umno... selagi itulah isu Bangsa dan Agama menjadi alasan kukuh diorang untuk perbodohkan rakyat khususnya orang2 Melayu, semuanya tu hanyalah retorik kosong puak2 yang mengambil kesempatan dan gila nama seperti pertubuhan si Kulop nih....

Hidup kalau tak kelentong orang/rakyat bukan umno namanya, pasal tu umno suka simpan makhluk macam nih.... supaya senang nak dipergunakan sebagai tukang pencacai najis dan kerja2 kotor umno.... hahahahhaaaa...

Kesimpulannya..... aahhhhh... lu orang pikirlah sendiri....!!!!

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP