IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Risau Jugak... Wa Cakap Lu...!!!!

>> Wednesday, May 09, 2012



Malam tadi linkungan sepertiga malam, dalam duduk gua terlelap... ngantuk sesangat..
Tiba2 gua terdengar suara yang amat gua kenali, memanggil "Along"....
Gua terkejut lantas terjaga.... terus isthigfar sebanyak mungkin...
Perbaharui wudhu' lalu mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa gua...
Moga Allah menjauhkan mereka dari musibah..!!!

Kepala hotak ligat memikirkan apakah mak gua dalam kepayahan atau sakit.., kerisauan melanda... jiwa jadi kacau hingga ke Subuh. Hati berkata... "telepon laaa.. telepon laaa..." Akal pula berkata.. "jangan ganggu tidur Mak dan Abah".

Siang seusai urusan donia, jam 11am gua dah terpacak di laman rumah mak..., dari luar gua nampak Mak sedang projekkan bantal kekabu di beranda rumah, bantal lama dah lembik..., tambah kekabu baru. Alhamdulillah... Mak dan Abah sihat... Abah pulak keluar atas urusan donia dan akhirat kata Mak..

"Beli kekabu di Selama, Perak minggu lepas" katanya...
"Dah makan belum..." soalnya sambil senyum.. hahaha... kalau Mak senyum macam tuuuu... ada something special kat dapur... senyum ada makna tuuuu.....!!!!

Perghhhh... mak gua pulak macam tau jer... gua nak datang... kebetulan atau sememangnya deria keenam seorang Ibu..., mak gua masak lauk peberet gua... woooo..... meleleh air hidung... wa cakap luuuu...."Sotong Masak Lemak Cili Api"

Mak gua pulak duduk mengadap gua... "Seronok tengok gua pelahap makanan" katanya...!!!! sixpack gua bertukar kepada onepack.., apa nak buat... masakan Mak... siapa yang boleh lawan kannn... memang tiada tandingan... chef wan pun kantoi.... wa cakap luuuu.... hahahaha...???

Kesimpulannya... suara yang gua dengar malam tadi adalah "Suara Mak gua yang memanggil gua suruh balik rumah sebab dia masak lauk peberet gua".... kompom bukan suara Syaitooonnnn.... hehehehe...

Sebab Mak gua bagitau... "Abah hang beli sotong kat pasar malam... malam tadi, dia suruh buat masak lemak cili api."

Nota bacin;
(Kepada sesiapa yang takda IbuBapa tu... sedekahkan Al-Fatihah dan Doa buat mereka, kepada mereka yang masih ada IbuBapa... pandai2 lahhh... memanfaatkannya selagi mereka masih hidup, jangan angkut Mak Bapak lu orang masuk TV dan Suratkhabar... diorang bukan bahan publisiti murahan... hahahaha...sendiri mau ingat laaaa...!!!! )

6 IkutSukaLu...::

Kakcik Seroja Wednesday, May 09, 2012 11:48:00 PM  

Esok (10 Mei) genaplah setahun bapa kakcik kembali kepada Maha Pencipta. Al Fatihah.

Na'im Nikmat Wednesday, May 09, 2012 11:52:00 PM  

Baca post bro Isa sambil tersenyum............

MOH KEMBARA Thursday, May 10, 2012 12:27:00 AM  

Salam Yob ISA,

orang yg idup pun buleh disedeqah Al-Fatihah dan pada diri sendiri pun buleh, kata sorang ustaz, bukan Ostadlah!

Ticking-Clock,  Thursday, May 10, 2012 2:28:00 AM  

teringat ketam masak cili api dgn fried ikan cencaru sumbat sambal mak gua. Memang kelas atasan larr gua cakap lu ISA.
tapi tu dulu, so sapa ada mak tu, derhaka pulak, mmg patut sula je bontot anak derhaka tu, takpun tanam idup2.

februari lepas genap 16 tahun mak gua kembali ke Rahmatullah. Dah 16 tahun gua takdak mak, rasa macam baru smlm dia pergi. Al fatihah.

Ticking-Clock,  Thursday, May 10, 2012 2:28:00 AM  
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown Thursday, May 10, 2012 4:55:00 PM  

Kompem ... sah dah lu bukan si Tanggang atau Az*** Ali... hehe.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP