IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Selesai Bab Bercuti-cuti Malaysia

>> Wednesday, February 08, 2012


Check-out dari Hotel Grand Blue Wave tengahari semalam, cadang nak terus balik KL. Tetapi anak2 terutamanya yang kecik 2 orang tu merengek tak puas lagi bercuti, mandi swimming pool dan main layang2 hahahaha...

Kes layang2 nih... semasa kami berkunjung ke Pantai Desaru pada hari Ahad petang, kisahnya selesai bersarapan (ceritanya klik sini). Dalam linkungan 10.00 pagi kami ke Kota Tinggi sebab pramugari gua teringin sesangat nak ke tempat tu..., katanya ada air terjun dan resort, gua layankan jelah...

Dalam perjalanan dari JB ke Kota Tinggi, kami singgah merayau2 di Ulu Tiram. khususnya Kampung Muhibbah kerana pramugari gua ada nostalgia zaman kecilnya di sana. Pramugari gua dilahirkan di Kluang, membesar di Ulu Tiram hingga darjah 5 kemudian bapanya (askar) berhijrah ke Petaling Jaya hingga kini.

Berbalik pada kisah layang2, anak gua yang 6 tahun si Aleeya Iman, minta belikan layang2 semasa di Pantai Desaru, dapat main dalam sejam jer... kerana kesuntukkan masa (hampir maghrib). Gua pulak berjanji nanti esoknya main lagi... bla.. bla..bla..., alih2 dia tau kami checkout Isnin tengahari... hahahaha... apalagi dia tuntut janji2 palsu ayahnya laaaaa.... hahahaha...

Dari Toll Kempas... gua pun calling2 pelesit gua di Melaka,  kompom satu apartment 2 bilik di Tanjung Samudra, Pantai Puteri, Melaka. Dalam perjalanan ke Melaka... gua tengok jam dah pukul 1.30... lunch time and jamak time... gua shoot ke Batu Pahat dulu... pekena "Nasi Briyani Gam Kambing - Md. Shah" di Benteng berhadapan Hospital Putra.. hahaha... berpeluh dahi beb.... jamak pun kat situ jugak... lepas tu sambung perjalanan ke Melaka.

Sampai jer... berdekatan Everly Hotel (seperti dijanjikan di tepi jalan). Pelesit gua sudah tunggu beb... tak banyak cakap..., turunkan tingkap kereta capai kunci terus shoot ke apartment tersebut. 5.30pm sampai Tanjung Samudra Apartment. Gua anak beranak unloading barang, Alisya dan Aleeya ditemani bibik terus pergi tepi pantai main layang2... lantak korang laaaa... janji puassss... dekat2 maghrib baru diorang jumpa pintu apartment... hahahaha...

Malamnya, setelah risik2 dengan pak guard Tanjung Samudra, diorang bagitau Asam Pedas Melaka yang sodap ada banyak tempat, kat Pasar Borong Batu Berendam pun ada... memandangkan gua letih gua pergi yang terdekat jelah iaitu di Restoran Seri Melaka (Jalan Pokok Mangga), makanannya ok laaaa... layanan, komunikasi, perkhidmatan terbaeeekkkk... walaupun pelanggan ramai gilerrrrr....

Hargapun berpatutan (siakap sweat sour, sotong goreng tepung, tomyam merah, kailan, telur dadar - untuk anak2 sebab tak puas menikmati makanan kat restoran "Sedap Corner" semalamnya). Gua dan pramugari menikmati Asam Pedas Pari... perghhh... boleh laaaaa.... sedapnya... (sori gambar takda sebab photographer amatur gua Aziq Aiman terlupa nak ambil gambar...usung jer ke hulu ke hilir.... ).

Selesai makan.. anak2 ajak ke Jonker Walk... apa menatang nama tempat tu pun gua tak tau... anak2 pulak lebih advance dari gua... berpandukan signboard sampai jugak ke Jonker Walk, oleh kerana takda tempat parking dan tempat tu pulak dari luar gua tengok macam pasar malam cina jer... siap ada polis traffik jaga lalulintas keluar masuk dan mungkin juga dengan sambutan CNY tempat tu sesak... maka gua dan pramugari bagi alasan itu kawasan pasar malam cina... anak2 pun paham laaaa... hehehehe...

(Gambar google)

Fuhhhh.... selamat beb dari Jonker Walk... cari jalan keluar nak balik apartment terlalu la pulak di Dataran Pahlawan, dah pramugari pulak suruh berhenti.... ntah ada menatang bernama Menara Taming Sari pulak kat situ... hasilnya terbabas gua RM!!!....... mana taknya Dewasa 20 hengget.. kanak-kanak 10 hengget.... keluar mulut naga (Jonker Walk) masuk mulut Dinasour (Taming Sari)..., kalau gua tau lebih baik gua masuk mulut naga jer.... huhuhuhuhu....

(Gambar pemandangan dari atas Menara Taming Sari
dari photographer amatur gua)

Gua tak naik beb... gua layan petugas cun Menara Taming Sari... gua interbiu serba sikit.. hehehe.. katanya satu hari average 5000 orang naik menatang tuuuu.... dan lebih jika hari cuti umum dan hujung minggu... perghhhh... lu orang ambik calculator kira berapa diorang punya daily sales... hehehehe... positif...positif beb...

Kat atas tu kisah semalam, hari ni pulak awal pagi seperti dijanjikan dengan pelesit gua... kami pergi breakfast bersama... pong pang pong pang dengan dia lebih kurang sejam dua... gua tapau breakfast buat tanggungan gua.. dan sambung lelap mata, pramugari dan bibik layan anak2 swimmingpool... hahahaha.... selepas checkout jam 3.00pm tadi... anak2 gua nak repeat pekena coconut shake... layan jelah.... sedap gak beb...!!!!

Pekena pulak dengan nasi lemak tetek 3 bungkus, pau sambal 2 biji... burpppp.. Alhamdulillah...!!!

Sampai rumah ngam-ngam 7.00pm... walau ada eksiden di highway Pedas-Linggi dan dengar radio berlaku kesesakan dari Seremban ke RnR Seremban. Apalagi... gua keluar Tol Seremban ikut Labu Sendayan - KLIA (singgah restoran member di Downtown KLIA) keluar toll Batu Tiga... selamat dari jem di Plus Highway... hehehe... pramugari sempat layan "Gemersik Kalbu"... Raihana dengan Suffian katanya nak bercerai... hahahaha... orang pompuan punya hal....

Selesai segala kewajipan... 9.00pm buka laptop dan terbaca email kat bawah nih... membuatkan gua betul2 terharu.... ramai juga kawan2 di alam maya ini yang sudi membantu... walau blog gua nih paling ramai yang benci dan ramai jugak yang nak pijak kepala gua... terutamanya pekida Johor...hahahaha...
Assalamualaikum tn,

terlebih dahulu saya mohon maaf kerana menghubungi tn melalui email,
saya kenalkan diri saya badrul othman (org panggil cikgu je) asal bukit raya kedah, tapi dah merantau kat johor dah lebih 20 thn, tinggal di bandar Baru Uda ,

cuma ingin berkenalan dengan rapat dgm tn, saya peminat blog ISA , baru tau tn ada di jb bila tn publiskan foto tambak johor melalui suria kalau tak silap dan cerita pasal sedap coner yang tak sedap tu..... cuma ingin jumpa dan boleh juga nak bantu guide tn di jb ni.... kalau tn perlu  insyaAlah

ni no hp saya (sori nbr hp beliau gua padamkan atas dasar privacy)

salam hormat saya
badrul
Kepada sahabat Badrul Othman, gua ucapkan jutaan terima kasih atas tawaran dan nawaitu lu untuk membantu, setelah posting "Ngeri Beb"... gua tak buka laptop langsung bro... so gua terbabas lu punya email tu....

Insyallah... lain kali kalau gua sesat dan nak kena pijak di Johor gua calling2 sama luuu.... hahahaha..., si Buntat pulak (Blogger JohorBorn)... dah laaa... bateri hp gua dah nak K.O... calling2 tak masuk line... cuti2 off handphone ke...???? Gua ingat nak pow dia pekena Nasi Briyani Gam Batu Pahat... hahahaha...

So... selesailah sudah bab bercuti sekeluarga... dan bercuti dari sembang politik yang mengharukan kepala hotak.... hahahaha.... terima kasih semua kerana sudi membaca kisah percutian yang tak seberapa nih... hahahaha... cau cin cau..... !!!

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP