Pemimpin PR Pandang Sepi Kes Saman Blogger.
>> Friday, February 18, 2011
Salam hormat,
Umpama durian dengan mentimun, golek macamana pun sang durian, elak macamana pun sang timun, pastilah hancur berkecai akhirnya mentimun itu tanpa sedikit pun merosakkan si durian. Itulah perumpamaan paling sesuai dan merujuk kepada perlawanan berat sebelah di antara Menteri penuh kerajaan BN dan blogger Pakatan Rakyat.
Blog Sharpshooter bakal menjadi blog pertama yang disaman oleh seorang menteri. Hanya kerana menggunakan kaedah 'copy & paste' dan disiarkan dalam blog sharpshooter, Din Binjai menjadi sasaran seorang menteri di sebalik puluhan blog yang turut memaparkan banyak versi berita berkenaan isu menteri rogol amah.
Anda semua bayangkan, seorang menteri yang gaji dan elaunnya mencecah belasan ribu akan memfailkan saman malu terhadap seorang blogger yang terdiri daripada orang kebanyakkan. Meletakkan syarikat guaman ternama seperti Shaffee & Co. sebagai peguam dalam kes ini menunjukkan betapa seriusnya Rais dalam mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang blogger.
Setuju atau tidak, sebenarnya itu adalah satu tindakkan bijak dari wakil kerajaan untuk melumpuhkan kekuatan blogger PR di mata kerajaan dan juga para pengamal politik. Lumpuhnya medan blog Pakatan Rakyat bermakna satu kejayaan besar buat kerajaan Barisan Nasional.
Setakat waktu ini belum ada lagi peguam sivil yang menampilkan diri untuk membantu blogger kita Din Binjai yang bakal menghadapi zaman gelapnya kerana harga sebuah saman dari seorang menteri pastinya mencecah jutaan ringgit. Dengan bahana perbelanjaan guaman yang meningkat baru-baru ini, harga dokumentasi untuk guaman sivil juga menceritakan jumlah kos yang tidak mampu dibebani oleh Din Binjai atau mana-mana blogger.
Adakah kita ingin melihat wakil blogger kita kalah tanpa bertanding? Din Binjai tidak akan dipenjarakan untuk sebuah saman sivil tetapi akan menjadi blogger pertama yang bakal muflis kerana terbabit dalam perjuangan di dunia blog.
Bila menyebut dunia blog, siapakah di antara kita yang terbabit dalam dunia blog? Adakah penulis semata-mata? Adakah penyalin tampal artikel dari media lain semata-mata?
Adakah pembaca tidak terbabit dalam perihal ini? Adakah penyokong Pakatan Rakyat yang menjadi pendesak utama terhadap kerajaan sedia ada tidak terbabit? Adakah pimpinan Pakatan Rakyat juga tidak dikira terbabit sedangkan selama ini peranan blogger telah diakui dan diiktiraf sebagai satu faktor kejayaan Pakatan Rakyat dalam PRU yang lalu!
Kekuatan blog yang selama ini menjadi mimpi ngeri kepada kerajaan pemerintah bakal direntap semahunya. Blogger akan lebih berhati-hati apabila melihat Din Binjai menjadi muflis hanya kerana aksi 'copy & paste'. Inilah langkah pertama kerajaan untuk menyekat kemaraan blog-blog baru yang tidak kurang bisa sengatnya.
Jika selama ini diketahui blogger-blogger aliran kerajaan banyak mendapat insentif dan elaun untuk menyerang dan mengfitnah segala elemen yang melibatkan Pakatan Rakyat, termasuklah kerajaan Penang, Kedah, Selangor dan Kelantan. Tidak kurang juga fitnah yang dilempar kepada para pimpinan Pakatan Rakyat di mana Anwar Ibrahim, Tuan Guru Nik Aziz, Nizar dan Guan Eng juga tidak terkecuali.
Mereka di haluan kerajaan dilihat mewah dengan habuan, tidak pernah menjadi permasalahan bagi blogger haluan PR dengan menganggap inilah peranan dalam perjuangan. Blogger PR mengambil tempat dan sedia untuk berperang di mana medan sekalipun tanpa mengharapkan balasan, apa lagi wang ringgit.
Perlawanan akan bermula dalam sedikit masa. Kalaulah para bloggers dapat melihat betapa pentingnya perlawanan ini. Begitu juga para pimpinan Pakatan Rakyat, mereka harus melihat perlawanan 'menteri vs blogger' ini adalah penting juga untuk mereka.
Pemimpin PAS, PKR dan DAP harus peka dan mengambil berat tentang apa yang bakal terjadi jika seorang blogger disaman dan lebih memburukkan keadaan ialah apabila kepimpinan Pakatan Rakyat dilihat membisu dan tidak menghulurkan bantuan ke atas para blogger yang dihenyak kerajaan melalui menterinya.
Jangan jadikan persepsi buruk tercipta dan tersebar luas betapa kerajaan PR tidak bertanggungjawab dan hanya melepaskan tangan dalam isu sepenting saman ke atas blogger, setelah berjaya menguasai beberapa negeri. Harus jangan dilupa bahawa blogger memainkan peranan penting ditambah lagi dengan beberapa PRK termasuk pilihanraya negeri yang mendatang dan juga PRU yang semakin hampir.
Bukan satu ugutan, tetapi ingin dijelaskan bahawa Pakatan Rakyat harus memainkan peranan. Sepertimana rakyat itu harus dibela, blogger juga harus dibela! Bukan wang ringgit yang dipinta, tetapi hulurkanlah segala bentuk bantuan kepada blogger yang diserang saman, bukan hanya kepada Din Binjai tetapi mana-mana blogger yang bakal terlibat dalam persengketaan mahkamah demi kejayaan Pakatan Rakyat itu sendiri.
Ini adalah berkenaan nasib Din Binjai dan pasti lebih ramai blogger lain bakal diheret ke mahkamah sekiranya Rais menang mudah dalam kes yang bakal berlangsung ini.
Di samping itu juga, blogger lain dituntut memainkan peranan untuk perlawanan penting ini. Bak kata Pak Bakaq Penarik Beca yang pernah ditahan atas kesalahan yang melibatkan institusi kepolisian negara.
Hari ni hari Din Binjai, Esok lusa mungkin hari kita. Din disaman oleh menteri Umno, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim berikutan hebohnya perbuatan terkutuk tibai amah. Saya tak tahu sama ada betul atau tidak Rais dah tenggek amah dia. Tapi, Rais nampaknya sangat berang. Ramai yang sebarluaskan cerita itu. Tetapi Din yang jadi pilihan Rais memuaskan amarah berangnya.Percayalah bahawa kita tidak sekali-kali wajar menganggap perjuangan ini adalah perjuangan perseorangan. Kita blogger, pembaca blog, pimpinan, bawahan, facebooker, pengicau twitter dan sesiapa sahaja yang berhaluan Pakatan Rakyat adalah satu pasukan walaupun terdapat sedikit perbezaan dalam sokongan, tetapi titik persamaan kita ialah menghumban Barisan Nasional dalam jasad kerajaan pusat lantas membuka lembaran baru melalui pemerintahan baru yang segar untuk rakyat, demi rakyat!
Mempertahankan Din Binjai Sharpshooter seumpama mempertahankan medan blog kita. Sematkan istiqomah berani dalam menyertai perlawanan penting ini bagi mempertahankan medan kita bersuara, yakni medan rakyat mencangkir berita!!
Suara rakyat suara keramat!! Bukan pengorbanan blogger itu sahaja wajar jadi penghargaan, malah jangan dilupa blogger itu juga terdiri daripada rakyat kebanyakkan!!!
Bantulah blogger!!
EDYES @ edyesdotcom
bersatu kita bersatu...
p/s: Gua malu laaaa... dengan awek ini... semangatnya mengalahkan semangat "jantan-jantan" yang ada di Malaysia nih....
13 IkutSukaLu...::
Salam!Setahu aku ramai peguam dalam PR ni pasai apa depa tak ambik kisah dengan kes din binjai ni.adakah peguam ni hanya ambik pot yang melibat orang besar PR ja.aku pun tak tau la peragai pemimpin PR ni.bangun la wahai loyar buruk ooooooiiiiii.Belalah blogger PR ni walau apa cara sekali pun.Kalau tidak hangpa jadi mcam PUKIMAK.
Mungkin kita tidak berapa kisah atau tidak tahu kenapa Rais saman Blog Sharpshooter atas tajuk fitnah. Sedangkan sebelum cerita yang dikeluarkan oleh Blog Sharpshooter menggunakan kaedah 'copy & paste'telah dikeluarkan oleh blog yang lain.
Jika Rais saman blog yang terdahulu, jalan ceritanya tidak memberasangkan kerana blog yang terdahulu itu adalah pro BN. Tapi saman Blog Sharpshooter yang pro Pakatan Rakyat akan memberi gimik yang hebat.
Mungkin ramalan anda seperti... Lumpuhnya medan blog Pakatan Rakyat bermakna satu kejayaan besar buat kerajaan Barisan Nasional... ada kebenarannya.
Mengapa Raiz begitu berani menyaman Sharpshooter bagi menafikan tuduhan dia merogol pembantu rumahnya sendiri sedangkan banyak pihak yang terbabit telah menyiasat kes tersebut dan memang berlaku..?
Sebenarnya Raiz memang tidak merogol pembantu rumahnya tapi yang merogol pembantu rumah itu adalah dildo. Belaiu dikatakan lemah syawat dan mati pucuk tidak mampu melakukan sex secara paksaan.
Cerita ini dikhabarkan oleh seorang tukang urut zakar yang memahami keadaan zakar seseorang melalui penilaian gerak tubuh seseorang. Aku percaya cerita itu walaupun aku tidak pernah melihat zakar Raiz.
Oleh kerana itu dia begitu yakin untuk berhadapan dengan sesiapa saja bagi menafikan tuduhan tersebut.
Saman blog Sharpshooter adalah permainan jangka panjang iaitu selagi BN memerintah. Permainan ini adakalanya menakutkan dan adakala nya melucukan.
Kalau kita biarkan Din Binjai bersendirian bermain dengan Rais, media arus perdana akan mengambil kesempatan mengekspolitasi kes itu sehingga menimbulkan ketakutan setiap penulis blog yang pro Pakatan Rakyat.
Ini akan menggembirakan penulis blog pro BN dan rasa selamat kerana selama mereka menulis cerita banyak juga melibatkan kes fitnah tapi tidak didakwa oleh pemimpin Pakatan Rakyat.
Jika blogger pro Pakatan Rakyat bersama dengan Din Binjai dan ada bantuan dari pihak tertentu menangani kes , ianya akan memeriahkan permainan itu kerana penulis blog adalah musuh yang amat ditakuti oleh pemimpin UMNO baru.
Salam Tuan Ikut Suka Aku..
Sila reply e-mail aku.. kalau tak mau reply sila SMS kat aku, nombor HP dalam e-mail hang..
Wassalam....
SEDARLAH, BAHAWA ATAS SEGALA SESUATU ADA ALLAH SEBAGAI HAKIM TERBAIK. HANGPA JANGAN LUPA PESAN TOK GURU HANGPA, INI SEMUA CAMPURTANGAN ALLAH.
INSAFLAH, BAHAWA SELAMA INI HANGPA ADALAH ALAT. ALAT BAGI PERJUANGAN YANG TIDAK ALLAH REDHAI.
Padan muka
KAN PAS & PKR PARTI PEMBELA RAKYAT,,HA BELA LA
LAIN KALI JANGAN HIDUP DENGAN FITNAH, NI LA JADINYA
TAK PA PAS ADA TABUNG BULUH
iye la.. takder pon pemimpin PR yang sokong din binjai
Bro, idea aku ialah cuba korang pakat2 tak payah update blog korang semua selama seminggu. Aku rasa dia org akan gelabah walaupun aku akan boring tak dpt berita
Tuan blog,
.
Saya selalu mengikuti blog tuan yg popular ni dan saya ingin sama melebarkan jaringan pembaca.
Kalau tuan tak keberatan, mintak letakkan blog saya dlm blogroll tuan.
t/kaseh
NI..la bro` lu nak tau sama ada PR benar2 nak bela blogger pakatan,baru kes din dia dah langkah kebelakang,waa tak tahulah kenapa dia langkah kebelakang munkin tak ada kapital kot...atau nak lepas diri terlibat derma support din,waa haira bin ajaib lah tengok yb pakatan tak semua nya tapi kebanyakan semua kentut bersumbat,takut nak lpas,bodo punya pakatan atau ketua yg pilih spesis mcm ni mewakilkan rakyat,kita yg bermatian support parti kita dia org buat deekje,waa harap DS Anuar & geng benar cari yg amanah,dgree hol dan pandai bersuara,ucapan dpn rakyat,cengkamlah konon,tunjuk kan pada mat monggol bahawa waa punya wakil ni setanding dgn luu najisss,bukan menteri telor tak main punya...
shamsul AMK apa lagi, ni la pluang nak tunjuk hero
fread
den nak mintak maaplah banyak banyak,bukan den tak nak nolong penarek beca atau sapo pun yang kono hamput kek bn/umno/apco dan barua sekutunyo.maso tu hargo gotah murah kojo kilang, kilang pulak tutup,habib camno.nak baco blog ni pun den numpang kawan cino kek kodai tampin.inshaallah den tak putuih doa dan usho biar patah tulang den jangan patah semangat.amin.
aku pedulik hape! lu yg rajin sgt post cerita yg belum sahih sapa suruh. apa hal pulak nk libatkan pembaca mcm gua sama2 kena saman. gua jumpa artikel syok nk bca, gua baca la. apahal pulak gua kena t/jwb pd artikel yg lu org tulis. lain kali, ingat beringat, jgn nk main syok skodeng anak org, skali kena pelangkong kepala lu org yg bocor. apa2 halpun, kalau nk bankrappun, spender jgn gadai bro... gua memang kejam..
Post a Comment