Din Binjai (Sharpshooter) Dont Worry Bro...!!!!
>> Saturday, February 19, 2011
Khamis malam Jumaat bertempat di Pantai Hillpark, seramai 5 - 6 orang blogger mengadakan perjumpaan membincangkan bentuk bantuan yang boleh disalurkan kepada Blogger Sharpshooter (Din Binjai) berkaitan kes saman daripada Pak Menteri Rais Yatim.
Setelah dung.. dang.. dung.. dang.. selama sejam dua.. masing2 telah bersepakat akan memainkan peranan. Dan insyallah... dengan kabel masing2 dan bantuan sahabat handai yang ada segalanya berjalan lancar.
Izinkan gua namakan blogger2 yang terlibat dalam perjumpaan tersebut dan juga blogger2 yang terlibat dalam urusan calling2 lawyer dan kepimpinan PKR setakat ini, di antaranya ialah Edyesdotcom, Al-Bakistani, Zulfaqar, Chegubard, Anak Sungai Derhaka, MSK dan Pak Bakaq.
Sementara blogger yang calling sana.. calling sini dan yang banyak memainkan peranan berurusan dengan Setiausaha DSAI iaitu Saudara Ikhmal, Nik Nazmi dan Rafizi adalah Blogger Kerajaan Rakyat, sehingga kehabisan kredit telepon beliau malam tadi.. kah..kah..kah.... Jutaan terima kasih kepada beliau.
Malam ini pula.. perkara ini akan di lanjutkan kepada DSAI oleh blogger Anak Sungai Derhaka dan AMK Pulau Pinang juga sudah sedia maklum akan perkara ini. Insyallah... status setakat ini boleh dikatakan berjalan dengan lancar dan bantuan sokongan moral dan peguam sedang di usahakan.
Kepada Blogger2 yang terlibat tahniah dan syabas atas keprihatinan kalian dan setiap individu dalam menangani situasi ini amatlah di hargai. Insyallah... lawan tetap lawan... kita tak akan membiarkan blogger2 pakatan rakyat di ugut dan di perkotak-katik oleh seorang menteri dari umnoapco untuk membisukan suara demokrasi.
Tabung sumbangan bagi membiayai kos guaman akan di adakan dengan sesegera mungkin untuk meringankan beban saudara Din Binjai. Banner dan Nombor Akaun beliau akan pamirkan oleh setiap blog yang terlibat dan jika sesiapa di antara blogger lain yang berminat boleh turut serta. - wassalam
10 IkutSukaLu...::
den gojo noreh gotah tompi den nak nolong si din binjai,camno nak sampaikan.pado den and the geng poi kolumpo ngabih kan duit kek tol ngan minyak baik den masuk kek akaun si binjai ni.akaun den kek pokan tampin,buleh bebasikal atau naik bas ajo.apo apo pun den harap jangan loteh bejuang.
sila kasik itu banner link.
papehal, inform link banner kat aku skali
Quote"(Sharpshooter) Dont Worry Bro...!!!!"Unquote.
Kepada Bro'Din.
Nothing 2 worry....
Dlm keadaan Bro'tertekan,kebimbangan dan ketidak menantuan.....
Sikit hari lagi, Bro'akan di tawarkan kekayaan,harta,pangkat,mau pun sedikit kekuasaan.
Itu lah yg.terjadi pada Ruslan Kasim,Ezam,Lokman,bekas Tim.2 KM PP,serta Zulkefli Nordin dan dua tiga org.lagi ,yg.tiba tiba saja berubah hala tuju perjuangan nya.
Jadik...jika di hari hari mendatang nie,Bro' juga akan bersuara sumbang seperti mereka,
Kami faham.
Org.kampong faham,
Malah Mak cik Bedah jual goreng pisang kat Taman Robena,pun faham.
Ini lah cara Puak Puak AMNO/APCO menggunakan budaya ,pengaruh, kekuatanya,pada pejuang yg.tidak takut pada Badai.
Akhirnya tergadai dan tersadai.
Tunggu dan lihat...
Gua sudah banyak baca sejarah,
Jgn Maree!!!
termakan juga saya dgn hujah putra diatas, sebab dah byk terjadi. pada amatan saya jika satu perjuangan itu tak bertunjangkan dgn kalimah lailahaillallah....sukar utk bertahan, lihat saja perbezaan yg ketara antara tindaktanduk ketua2 dlm pkr vs pas...tak terjadi perkara sebegini dalam pas...hopefully mereka akan terus beristiqamah dlm perjuangan parti mereka...byk lagi yg pkr perlu belajar dr pas...
bro gua baru ada idea nak support di FB dengan page FB menyokong Sharpshooter, tapi nak bincang ngan bero dl...
Erm.. Wak doakan semoga berjaya.. Insya'Allah, Wak bantu yang termampu.. :)
syabas geng...macam ni semangat pejuangan rakyat..kita kena ambil semangat lebah..kena besatu baru kita kuat..aku akan suport lu org...akaun bank jgn lupa...semuanya kena niat kerana ALLAH...
terimakasih di atas semua sahabat2 sperjuangan yg prihatin...
untk makluman semua bab peguam dah selesai...
cumanya bab dana itu memanglah diperlukan...
Saya cadangkan blogger buat satu tabung blogger untuk bantu bukan sahaja saya tetapi juga blogger lain ...
Saya cuma mahu elakkan fitnah yang mengatakan saya mengambil kesempatan...
Semua tahu bahawa artikal itu adalah dari harakah daily bukan saya tulis..
dari awal lagi saya selalu berpesan kepada sahabat2 seperjuangan...niatlah berjuang kerana Allah bukan kerana parti atau kerana Anwar Ibrahim..pasti anda tidak akan kecewa jika pemimpin yang anda sanjung tidak membantu anda semasa kesusahan...
Sekali lagi saya ucapkan jutaan terimakasih atas sokongan anda semua...lawan tetap lawan...
motong gotah nanyo apo nombo akaun sidin binjai.cakap pasai nak tondang bn/umno/apco ni dah lamo noreh gotah idamkan,tompi tak sekolah tinggi nak buek camno.abah noreh anak pun norehlah.abah dulu bodoh tak somestinyo anak buleh dibanggangkan.posan kek din jangan loteh berjuang.boghi tau nombo akaun jangan lupolak.
Post a Comment