IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Noh Omar Berkata Benar...????

>> Monday, December 20, 2010

Gua rasa macam dalam keadaan mamai, dan gua rasa macam bermimpi pun ada gak…, nak test samada gua berada dalam dimensi lain atau nyata, gua cuba terajang Gani Petai dengan kaki kanan, gua terajang Pandikar Amin Tak Mulia dengan kaki kiri dan gua terajang Mat Sembab dengan kedua-dua kakiku, ketiga-tiganya terpelanting tapi berjaya disambut oleh Mat Monggol dengan cemerlangnya… macam goalkeeper Malaysia jer... yang gua tak menonton live kat BB malam semalam.

Fuhhh… gua tidak tertipu dan gua tidak bermimpi, sebagaimana pengundi dan penyokong2 "Ketuanan Melayu" ditipu oleh si penipu-penipu itu. Tipah tertipu… bang… Tipah tertipu…, dalam banyak2 penipu karat politik cuma sorang jer... yang gua respek... walaupun gua tersangatttt...lah menyampah pasal dia perdajalkan gua semasa satu kes serbuan dulu di Subang Jaya, ciss.... lu memang celaka beb…

Dari PM ke ompek… hinggalah yang ada sekarang ni, sapa lagi kalau bukan si bibir pinky tu… dan para menteri-menteri yang ex-PM labelkan sebagai tunggul kayu dan busuk hingga ke usus, tapi... kalau dengar diorang semua tuh bercakap, perghhh... wa cakap luuu... berdegar-degar beb... terjuih bibir ke lantai... menjejeh air liur kat “mikeropon” kononnya Malaysia sebuah negara MAJU.

Lu orang tau tak apa orang kampung gua labelkan kepada malaun2 yang cakap berdegar nih…. “Sembang tak jatuh, cakap macam kepala butuh”. Pasal apa gua kata macam tu... Sebabnya… semalam gua godek2 dengan uncle google gua terjumpa laporan akhbar macam kat bawah sana... sana... tu…..

Malaysia ada itu… Malaysia ada ini… kita dah jejak kutub utara dengan geng rempit jer…, Malaysia dah hantar angkasawang ke matahari… Malaysia dah ada pelacur di United Kingdom, Malaysia tersenarai sebagai negara perasuah tertinggi.

Malaysia dah popular dengan kes beranak dan buang anak merata-rata… lepas tu hantar ke sekolah di Melaka… bila anak2 tu dah besar nanti tiba masa nak menikah… yang pompuannya cari wali nikah tak jumpa…. status mereka akan menjadi pertikaian suatu hari nanti dalam sebuah negara yang MAJU…

Malaysia juga sebuah negara maju dan setanding dengan negara luar, sebagai sebuah negara MAJU harga minyak dan barangan di Malaysia masih yang terendah lagi jika di bandingkan dengan negara2 yang tidak MAJU. Dan Malaysia itu ini bla..bla..bla…bla… MAJU.... macam haramjadah punya kelentong…

Tetapi... (untuk n3 ini sahaja) dari PM hinggalah menteri2nya, hanya menteri ni jer… yang berkata benar, jujur dan ikhlas… gua cabut spring tilam toink.. toink… respek kat dia bukannya kerana apa..? hanya kerana dia sanggup berterus terang bagitau kat kita semua..;

JEMPOL 28 Nov. – Lebih sejuta keluarga yang dikategorikan sebagai miskin dan miskin tegar dijangka menerima kupon subsidi beras melalui Program Subsidi Beras Untuk Rakyat (Subur).

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Noh Omar memberitahu, setakat ini 248,000 keluarga yang berdaftar dengan e-Kasih layak menerima kupon itu dan bilangan itu dijangka terus meningkat.

(Sumber Utusan 29/11/2009 – lu orang carilah sendiri, takda masa gua nak promote suratkhabar sampah nih… cina surat khabar lama kutip buat lap taik jer…)

Hahaha… kan gua dah katakan gua respek kat Menteri ni pasal dia tak sembunyikan fakta… bahawa lebih sejuta orang miskin dan miskin tegar beb… gua ulang sekali lagi… lebih sejuta orang keluarga miskin dan miskin tegar dalam negara yang MAJU … beb…

Persoalannya, apa yang barisan nasional dah buat selama 53 tahun meMAJUkan negara ini...????

Dah 53 tahun beb... babi pun boleh gila kalau dengar ayat-ayat kelentong pemimpin2 bn yang di tanam dalam benak kepala hotak rakyat Malaysia yang berdaya maju nih… itu pun masih ramai yang takda akai nak pikiaq lagi…, bodohnya… terutama sekali melayu2 “Ketuanan Melayu”… ha..ha..ha….

Skim SUBUR… siapalah nanti yang bertambah SUBUR..???

Kalau di Selangor ni… Khir Toyo dah tak boleh subur lagi…. bakal terkubur sudah tentu. Kalau di Pahang… Ismail Sabri pun bakal terkubur jugak…, yang pasti bertambah SUBUR… siapa lagi kalau bukan Kak Mah kesayangan lu orang semua…. hahahahaaaa….

3 IkutSukaLu...::

Prof. Era Pasca Monday, December 20, 2010 11:51:00 AM  

mesti yang dapat pojek bagi beras nih geng2 sharizat ngan puteri2 nya... kan ini memang pangai mereka... kahkahkah 1juta orang miskin.. yang amik pojek nih 2juta orang.. kahkahkah

cicit ngah layor Monday, December 20, 2010 2:08:00 PM  

Senang2 jer dapat untong ataih angin RM sejuta sebulan..Satu kepaler,komisen RM1.Kayer ler cukong Lim Guan Eng sbb dier dapat tender tu.

tukang kata,  Monday, December 20, 2010 3:39:00 PM  

pusing pi pusing mai tetap perkataan 1 jugak yang di sebut ceh sropa haram jadah

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP