IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Pedulikanlah siapa pun yang nak Melompat...

>> Wednesday, March 03, 2010

Ada di kalangan member2 yang bertanya, bro... apa pendapat lu... pasal isu lompat nih..., gua pulak malas nak ambik pot lebih2 pasal isu ini..., sebab bagi gua... apa yang nak di hairankan, nak kecoh apa ke bendanya dengan katak2 yang melompat tu..., kalau gua ulas lebih2 nanti.. ada pula yang akan berkata gua dah kena beli dengan puak umno... ha..ha..ha... pasal apa yea... pasal gua tak sehaluan dengan Pakatan Rakyat... dan gua bukannya jenis yang akan setia mengkhinzir buta jer... sebab gua tak telan pil wala untuk kePartian... so.. kalau ulasan gua bertentangan dengan perjuangan lu orang... mampuih pi lah.. peduli apa gua...

Dalam isu lompat melompat ni... bagi gua bapak segala kesalahan dan kesilapan ini..., lu orang letak la... atas kepala Anuar Ibrahim..., inikan politik... so apa ada hal... dia yang cipta isu lompat melompat, sampai umno kecut teloq pada September 2008, umno bawak lari MP diorang sampai ke Hong Kong... MP Pakatan Rakyat kejar... sampai ke sana... hingga ke Taiwan.

Akhirnya senjata makan tuan..., apabila pada Februari 2009 di mana dua ekoq katak di Perak lompat keluar dari PKR dan berstatus Bebas, apo nak di kato..., perghh... padan muka PKR. Kedengaran lagi... semakin ramai pulak yang akan melompat dengan pelbagai alasan... dan gua tetap yakin semua yang melompat pasal tak dapat cukup makanan dalam Pakatan Rakyat. Pandai2 lu orang menilaikannya.

Walaupun gua tahu dan percaya ada usaha dari pihak sebelah sana (TF 2010) yang mengumpan MP Pakatan Rakyat... tetapi itu semuanya hanya "hearsay" tanpa sebarang bukti, bawakan bukti yang MP2 Pakatan Rakyat sedang di pancing oleh puak sebelah sana... barulah rakyat percaya, semua orang tahu puak2 haramjadah umno nih memang jijik, dan gua pun tahu sememangnya mereka semua jijik... dan busuk sebusuk2nya, asalkan matlamat menghalalkan cara.

Namun demikian, gua sokong juga apa yang diperkatakan oleh minah ni...(pada tajuknya sahaja);

"Setiap kali ada masalah dalam PKR, pihak UMNO lah yang dipersalahkan. Kalau PKR boleh mempertikaikan kepimpinan Umno, UMNO juga berhak mempersoalkan kepimpinan PKR.
Dan apa yang di perkatakan oleh mamat nih...:
"Rakyat sudah bijak untuk menilai mereka," katanya ketika diminta mengulas mengenai tindakan Tan dan Mohammad Fairus itu.

Gua akui dalam PRU12 kebanyakkan calon yang bertanding dalam PKR semuanya calon bidan terjun, sampaikan budak tak cukup matang yang usung kamera kehulu-kehilir boleh menang dan jadi MP, atas dasar mengenang jasa korek...korek..korek... adooooiihhhai..... lawak gilerrr... disebabkan dah menang... lawan tetap lawan jelah... teruskan perjuangan... nak reverse dah tak boleh kan...?

Sebagai insan biasa, menjadi lumrah apabila baik... semuanya wangi, dan apabila ada sesuatu hal... semuanya akan menjadi busuk secara tiba2... yang terbukti ada kes seperti Fairus, Zahrain, Zul Kulim (unknown status) dan yang lain2 sebab ada kepentingan peribadi... dan kita semua dah tau ceritanya...

Andaikata.... gua sebutkan beberapa nama lagi... adakah Syed Husin akan keluarkan kenyataan berkaitan "masalah" individu tersebut dalam parti...? Atau apa saja kenyataan yang keluar adalah ayat "penyedap hati" dan "halwa telinga"... ha..ha..ha... lantak lu orang la....Jangan jadi perangai umno sudah la....

Dalam hidup ini mesti ada check and balance, tak semestinya orang yang baik akan baik selamanya, dan tak semestinya juga orang yang jahat akan sentiasa dalam kejahatan.... yang baik dan elok gua sokong, kalau yang lahanat seperti idea lompat melompat nih... memang macam haramjadah la... si Anuar Ibrahim nih... sekarang lu telan lah ... idea busuk lu itu...

Lu perbaikilah labu PKR yang berlubang sana sini bagi persediaan PRU-13, pastikan calon2nya nanti semuanya yang berwibawa dan berkaliber... bukannya yang kaki sanggap macam yang dok kecoh la ni..

10 IkutSukaLu...::

Unknown Wednesday, March 03, 2010 7:47:00 AM  

Salam anakanda Isa

Pada ayahanda bukan Labu yang silap tetapi siPenanam yang silap taruk baja yang berparasit.

petai muda Wednesday, March 03, 2010 9:00:00 AM  

salam.

utk PRU13 nanti, pastikan PKR tak silap pilih calon. kesian kat pengundi.. tertipu lagi...ku sangka intan, rupanya hampeh.

wa cukup risau ngan tren lompat2 ni, takut pengundi muda ni beralih angin.

ingatlah kekayaan malaysia bukan utk membesarkan tombolok pemimpin, tp utk membangunkan negara.

Kakashi Wednesday, March 03, 2010 9:09:00 AM  

bagi aku lah..kalu PKR ni yg boleh percayanye org2 PAS je..parti yg lain 2 aku rasa kalu kena suap cikit semua melompatlah...

ISA Wednesday, March 03, 2010 9:19:00 AM  

Salam kembali Ayahanda Mountdweller,

Siapa nama penanamnya yeaaa...?

ISA Wednesday, March 03, 2010 9:21:00 AM  

petai muda,

itulah sebabnya, bila orang atasan hanya memikirkan kepentingan mereka saja.

tidak pernah memikirkan kepentingan, rakyat.

ISA Wednesday, March 03, 2010 9:24:00 AM  

Kakashi,

Orang2 PAS sebab mereka tahu menjaga amanah yang rakyat berikan melalui peti undi. Sebab ada agama pada mereka.

PKR, parti orang kecewa serpihan umno, jadi perangai yang di bawa oleh umno masih tebal lagi.

DAP, toksah cerita la..., tapi lebih baik dari PKR...

Prof. Era Pasca Wednesday, March 03, 2010 10:01:00 AM  

kita bagi BN goyang sikit... kita habaq PKR antar depa dalam BN.. sure terkejut beruk2 negara pas nih.. kehkehkeh cakap kat BN depa nih nnt jadik cam dato nasarudin.. haaha

Unknown Wednesday, March 03, 2010 10:18:00 AM  

PRU nak mai ni, aku nak tengok salinan surat sumpah calon-calon PR dicetak besar dan dijadikan poster. Di mana ada gambaq calon surat sumpah mau ada. Bagi semua pengundi tengok.

storm62,  Wednesday, March 03, 2010 12:19:00 PM  

Katak terbaru yg melompat dari PKR Bagan Serai Perak....terima kasih YB, tak nak jadi manusia ke, nak jadi katak?...ka ka ka.

raja petra,  Wednesday, March 03, 2010 4:06:00 PM  

yb nibong tebal dpt 2 juta..katak betina keluar DAp di pErak dpt 25 juta

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP