Kalau Gua Ahli Parlimen dan Sampah Politik.
>> Wednesday, March 03, 2010
Perghh... tengok tajuk jer... dah gempak, kalau gua jadi ahli parlimen... gua akan jadi ahli parlimen yang berprinsip dan berkhidmat untuk rakyat kawasan gua.
Pada awalnya, semua yang menjadi calon2 bertanding dalam PRU-12 dua tahun lepas macam itulah agaknya semangat diorang... kah..kah..kah..., lepas tak boleh cari makan terus jadi katak bebas. Dan tak lama lagi akan mesra ubn lah jawapannya... tunggu dan lihatlah hasilnya.
Tapi kalau gua jadi ahli parlimen, walau macam mana tekanan sekalipun gua akan bertahan, walau macam mana tak puashati kepada kepimpinan dan parti sekalipun gua tetap akan bertahan, kerana gua di pilih sebagai ahli parlimen oleh pengundi gua... atas tiket parti yang gua wakili dan gua tidak akan mengkhianati pengundi yang mengundi gua. Kesannya gua akan di hormati tanpa di pinta dan bermaruah.
Tidak seperti katak2 yang keluar dari parti yang mereka wakili seperti Fairus, Tan Tee Beng dan Zahrain (Pulau Pinang) manakala Jamaludin dan Osman Jailu (Perak), yang tiada maruah dan mengkhianati pengundi kawasan mereka.
Apakah yang ada dalam kotak pemikiran mereka...? Apakah matlamat dan nawaitu asal mereka untuk menjadi calon Ahli Parlimen semasa PRU dahulu...? Masih ramai lagikah spesis2 yang seangkatan dengan mereka...?
Dan apakah caranya dan persediaan bagi para pengundi untuk menilai setiap calon yang bertanding dalam PRU akan datang supaya tidak tersilap memilih calon wakil rakyat mereka...? Seperti yang terjadi sekarang ini. Di mana para pengundi sudah pasti kecewa dan marah dengan sikap wakil rakyat mereka yang mementingkan diri sendiri daripada tanggungjawab kepada masyarakat kawasannya.
Gua berharap, supaya muka2 pengkhianat ini tidak akan tercalon lagi dalam PRU akan datang. Matikan karier politik mereka dan jangan diberi peluang untuk mewakili mana2 parti lagi. Tak tahulah jikalau ubn sanggup mengutip najis2 sampah ini.
Tetapi gua teramat yakin dan pasti, ubn yang selama ini mengakui mereka sebuah parti yang profesional tidak akan dengan mudah mengutip sampah2 PKR ini, kerana mereka sendiri boleh menilai kesetiaan setiap najis2 sampah PKR ini. Jika dengan PKR mereka sanggup berpaling tadah... apakah apabila berada dalam ubn mereka tidak akan berpaling tadah juga.
Bodohlah.... umno mahupun barisan nasional jika mengutip sampah2 politik ini untuk menyertai mereka. ha.. ha.. ha..., jadi mereka2 yang berstatus pengkhianat parti dan secara rasminya telah menjadi sampah politik ini telah membodohkan diri mereka sendiri. Anggaplah penggal ini adalah yang pertama dan terakhir bagi mereka bergelar Ahli Parlimen.
Yang pasti.... berbahagialah kamu semua dengan pendapatan HARAM hasil gaji dan elaun sebagai Ahli Parlimen yang di maki sumpah seranah serta cacian dari pengundi lu orang semeua.
Kerana kamu2 semua adalah Pengkhianat dan Sampah kepada Rakyat kini.
5 IkutSukaLu...::
GUA Pun sama uncle!!!!!!! gua sokong lu!!!!!!
tapi perasan tak..UMNO yang kebanyakan cam berok tu....masa ADUN Bota kluar parti..senyap je.. hehe ada makna tu.. wahahaha
uBN bukan bodo macam depa... uBN tau muka-muka ni dulu dalam parti asal depa tak kiralah uBN ka DAP atau PAS ka memang tak dapat tempat untuk jadi calon. Bila depa keluaq dan join Parti sampah, depa pi juai nama depa, terloncat-loncat biaq semua kenai depa, buleh la jadi calon wakil rakyat.. depa pon cerdik juga.. la ni ja depa bodoh ketegaq.
Dah tu hang ingat yang dok usung sana-sini calon uBN masa 2008 tu tak terliuq ka nak jadi calon. Depa ni pon bukan kayu, bukan batu nak diam diri kalau sampah gred D ni dijadikan calon dalam PRU13. Depa sanggup no pangkah parti lawan... undi protes. uBN bukan bodoh, mestilah pilih yang intan, yang berlian...
hang paham no...
Salaam Sdra Isa,
Nama sdra akan dicadangkan sebagai salah seorang calon PRU-13, tanpa syarat! Sdra pilih ajelah hendak atas tiket apa; DAP, PKR atau PAS!!
Kalau sdra setuju, kempen akan bermula malam ini. Surat sokongan dan tukang tampal poster tersedia. Apa macam YB Isa?
Salaam YB Isa,
Opp silap!! Ada syarat. Bila menang dan jadi wakil rakyat, jangan buat kerja IkutSukaAku (ikut suka engkau) - dapat pelempang nanti...!!!
jika saya tidak memegang prinsip dari rakyat untuk rakyat ,maka senang je ,aku membelot.
Post a Comment