IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Ibu Tunggal Terima Bantuan Gereja, Baitulmal... Tidur..!!!

>> Tuesday, March 09, 2010

Lu orang tengok ni gambar siapa...? Apa jawatan dia...? Kalau tak tau.. ni gua nak bagitau dan lu orang baca kat bawah tu.

Nama dia Puad Zarkashi lebih kurang bunyinya macam Sarkashi... Sarkas....
Jawatan yang disandang Timbalan Menteri Pelajaran, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Ahli Parlimen Batu Pahat dan Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat.

Dia dok melalak sana... melalak sini... cabar sana... cabar sini... akhir sekali seorang ibu tunggal dalam Parlimen dia sendiri terabai..., kalau betul seperti yang di dakwa... ntah apa barang punya Ahli Parlimen... macam cibai jer...., lu orang baca kat bawah ni.... gua mencilok lagi dari blog orang lain.... ha..ha..ha....

Baru-baru ini penulis menerima foward email tulisan Salman Hussin dari wartawan Harakah mengenai seorang ibu tunggal (Melayu) yang memerlukan wang untuk belanja anak ke universiti telah menerima bantuan dari sebuah gereja.

Tulisan itu menyebut seorang ibu tunggal yang dikenali sebagai Hanum, 40, menerima bantuan dari gereja di Batu Pahat sebanyak RM2000, setelah beliau gagal mendapatkan bantuan daripada wakil rakyat serta beberapa Institusi agama di peringkat daerah dan negeri, bagi keperluan anaknya di Universiti, baru-baru ini.

Hanum ibu tunggal yang sudah 16 tahun ditinggalkan suami berpendapatan sekitar RM900 sebulan bekerja sebagai tukang sapu dan pengawal keselamatan ini perlu menampung kos anak tunggal beliau yang baru setahun melanjutkan pelajaran peringkat ijazah di sebuah universiti tempatan di ibu negara.

Masalah bermula apabila kejayaan anak gadisnya yang berusia 19 tahun itu dipandang remeh sesetengah pihak termasuk wakil rakyat, institusi agama daerah dan baitulmal negeri yang pernah beliau temui sebelum ini telah menolak permohonan beliau.

Apa yang penulis hairankan ialah pihak gereja yang lebih berinisiatif untuk tampil membantu ibu tunggal tersebut berbanding institusi-institusi agama yang dipelopori pemuka-pemuka agama yang kononnya memperjuangkan Islam, tetapi apabila ada manusia yang memerlukan bantuan mereka amat payah menghulurkannya.

Jika kita lihat dalam wacana-wacana agama, sarjana-sarjana agama sering membicarakan persoalan ijtihad daging korban samada boleh atau tidak diberikan kepada orang-orang bukan Islam. Mereka membuat rujukan kitab itu dan kitab ini, kata ulama itu, dan kata ulama ini, untuk menjustifikasikan boleh atau tidak daging korban diberikan kepada orang-orang bukan Islam.

Persoalan memberi daging korban kepada orang bukan Islam pun begitu susah payah dibicarakan, sedangkan pihak gereja memberi bantuan yang besar kepada sesama manusia walaupun tidak seagama tanpa berkira atas dasar kemanusiaan. Inilah natijahnya jika kebanyakan orang-orang Islam berfikiran eksklusif dalam teologi agama, manusia seagama pun payah hendak diberikan bantuan apatah lagi bukan seagama.

Wallahu'Alam. Di cilok dari blog Doktrinisasi.

So apa macam Puad Sarkashi... nak main Sarkas lagi ka....? Selain mamat Sarkas yang jadi Ahli Parlimen Batu Pahat, mana intitusi dan jabatan agama Islam yang macam bagus2 sangat tu...., Baitulmal... malas nak ceritalah.... baik takda dari ada.... setakat ada pada nama dan lambang jer... nak buat apa kejadahnya...?

6 IkutSukaLu...::

petai muda Tuesday, March 09, 2010 12:43:00 AM  

kesiannya bangsaku...

merempat kau kat negara sendiri...

Manjung Mari,  Tuesday, March 09, 2010 3:14:00 AM  

Ramai janda2 yg memerlukan perhatian kat negara ini.Kesian dia orang.Apa kata kita minta Jabatan Agama Negeri siarkan gambar dan butir2 peribadi janda2 tersebut utk kita? Mana tahu ada yg akan ketemu jodoh nanti maka dapatlah mereka bina hidup baru.Aku percaya ramai dpd kita yg sangat bersimpati dgn mereka ini dan ikhlas membantu dgn cara mengahwini janda2 tersebut.Pada kaum Muslimah anggaplah ini pengorbanan sang suami utk kaum hawa yg memerlukan perlindungan dan pembelaan.Anda tak perlu bimbang kerana Payong Emas sedia menanti anda di Padang Mahsyar kelak!

Anonymous,  Tuesday, March 09, 2010 5:10:00 PM  

astaghfirullah al azim..tu gereja..jangn kuil ngn tokong lak kasi buah oren dengan minyak masak.. adoi..malunye...

mimiey norman Saturday, May 22, 2010 11:37:00 AM  

tu lah weh, hari tu mak aku pi baitulmal mintak bantuan,then dorang macam malas2 je and bagi ayat perli kat mak aku. then dorang cakap sesuatu yang memang mengguris hati mak aku, sampai die nak nangis. sedeh weh macam mintak sedekah lak. die nak tunggu orang pakai kain buruk datang, muke itam2 and comot baru nak kasi. kalau macam tu menipu lagi senang.

mimiey norman Saturday, May 22, 2010 11:39:00 AM  

then ade orang bagi tau satu badan NGO ni, murad foundation, witih 3 days da datang bantuan. kerajaan meletop2 cakap bajet untuk ibu tunggal. tak nampak. ke bagi sedara2 tak taulah. tak adillllll

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP