IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Ada Lagi Gang Pakatan Rakyat Yang Sokong Utusan Meloya... Hampeh...!!!!

>> Tuesday, March 09, 2010

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaburan di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan mencatat kejayaan memberangsangkan, meskipun menghadapi pelbagai kekangan dari kerajaan pusat.

Disamping itu, dasar-dasar Pakatan rakyat membela penduduk tanpa mengira kaum dan bangsa berjaya membendung masalah polirasasi kaum di negeri-negeri berkenaan.

Akhbar Utusan Malaysia hari ini menyiarkan laporan khas yang mendakwa kononnya Pakatan Rakyat gagal selepas dua tahun mentadbir Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor. Laporan itu sudah pun dijangka kerana Utusan adalah akhbar kawalan Umno yang diberikan permit untuk menerbitkan akhbar harian.

Namun laporan ini sengaja menutup kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan negeri pimpinan Azizan Abdul Razak di Kedah, Lim Guan Eng di Pulau Pinang, Khalid Ibrahim di Selangor dan Nik Aziz Nik Mat di Kelantan.

Contohnya di Selangor, kerajaan negeri menarik 278 projek perindustrian iaitu jumlah paling tinggi di Malaysia, dengan hasil pelaburan hampir RM7 bilion. Lebih 20,000 peluang pekerjaan diwujudkan.
Kad laporan Selangor Mac 2008- Mac 2010 menunjukkan kadar jenayah turun 5.3 peratus, 54,339 kes tahun 2009 berbanding 57,704 kes pada 2008. Indeks jenayah yang berjaya dikurangkan membawa kepada peningkatan kualiti hidup untuk rakyat Selangor.

Di Pulau Pinang, kerajaan pimpinan Lim Guan Eng meluluskan 104 projek industri. Kad laporan Pulau Pinang Mac 2008-Mac 2010 mencatatkan lebihan belanjawan RM88 juta, 200 hub pendidikan, bantuan untuk SAR, sekolah Cina dan Tamil dan berjaya menghapuskan kemiskinan tegar. Dasar CAT (daya saing, pertanggungjawaban dan ketelusan) menjadi pemangkin kepada kejayaan Pulau Pinang untuk mencatat lebihan belanjawan sebanyak RM88 juta berbanding jangkaan defisit sebanyak RM35 juta.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga mewujudkan 200 ekar hub pendidikan untuk menjadikan negeri ini sebagai pusat pendidikan terunggul. “Kerajaan pimpinan Guan Eng turut memberi bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat berjumlah RM 97 ribu setiap sekolah, RM 60 ribu untuk sekolah Cina dan RM 63 ribu kepada sekolah Tamil".

Kerajaan negeri Kedah, di bawah pimpinan Azizan Abdul Razak, mencatatkan pelaburan keseluruhan lebih RM839 juta bagi tempoh Januari hingga September 2009. “Kini dengan keluasan 1,000 hektar kerajaan mendapat hasil RM16.7 juta, tidak termasuk cukai per tan metrik bila balak dikeluarkan dari hutan.

Sedangkan di bawah pentadbiran umno-bn, dengan keluasan yang sama, hanya mampu mengutip RM3 hinggga RM4 juta sahaja termasuk cukai kayu pertan metrik. Kejayaan ini merupakan hasil dari pelaksanaan dasar yang telus serta tidak berkompromi dengan rasuah” kata Anwar.

Di Kelantan, Anwar berkata meskipun di tindas oleh Umno-BN sekian lama, kerajaan pimpinan Nik Aziz berjaya dalam program negeri berkebajikan. “Program Kifalah untuk anak yatim, golongan miskin, ibu tunggal dan orang kurang upaya telah menjadi contoh kepada banyak negeri. Begitu juga dengan program Perbadanan Ladang Rakyat yang membantu golongan marhaen, Bandar Baru Tunjung dibina menjadi pusat komersil satelit kepada Kota Bharu”.


Selain itu kerajaan negeri berjaya menguruskan sumber airnya sendiri di samping menjadikan Perbadanan Menteri Besar Kelantan sebagai agensi pelaburan utama negeri yang sebelum ini gagal di bawah pemerintahan BN. “Kerajaan negeri berjaya menguruskan 20 sekolah agama bantuan penuh kerajaan negeri yang cemerlang dan menjadi saingan kepada sekolah premier di bawah Kementerian Pendidikan. Kemahiran pelbagai syarikat multinasional adalah bukti kuasa beli rakyat Kelantan terus kukuh.

Sepanjang 20 tahun pemerintahan ekonomi tempatan dibina secara kendiri tanpa bantuan stimulus dari kerajaan Pusat".

Di Perak...? Berjaya menarik pelaburan ratusan juta hengget dengan projek menternak katak. ha..ha..ha.... dah jahanam.... (yang ini Anwar tak sebut.... gua jer... memandai2...)
Segala kejayaan di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan sengaja di padamkan oleh utusan dalam laporan khasnya hari ini, semata-mata supaya memberi gambaran sebaliknya kepada rakyat.

“Utusan itu suara UMNO yang pertahankan rasuah dan penyelewengan. Saya tidak hairan, tengok Selangor, berkhidmat untuk rakyat berbanding dengan rasuah pimpinan UMNO, bagi saya tidak ada isu. Buat apa hendak layan Utusan” ujar Anwar. Pada sidang media berasingan Anwar menegaskan Pakatan Rakyat tidak leka dengan pencapaiannya dan berusaha untuk meningkatkan prestasinya.

“Pakatan Rakyat akan terus memastikan dasar-dasar yang dilaksanakan didasari prinsip ketelusan dan pertanggungjawaban. Berdepan dengan masalah perkauman yang meruncing, rakyat di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat menunjukkan perpaduan kaum yang semakin jitu dan utuh. Negeri-negeri Pakatan menunjukkan prestasi ekonomi yang memberansangkan jika dibandingkan dengan negeri yang ditadbir umno-barisan nasional".

Sumber: TVSelangor

Para pemimpin Pakatan Rakyat sentiasa mengingatkan supaya jangan percaya pada Utusan Meloya..., kalau boleh jangan beli lansung... biar akhbar pencacai umno tu muflis tutup kilang dan mampus terus dari bumi Malaysia ni..., yang paling di kesalkan ialah ada lagi jemaah dan ahli2 dari Pakatan Rakyat yang masih dok sokong beli suratkahabar jahanam tu.... ada yang beralasan hanya beli seminggu sekali jer... itu pun pada hari Ahad jer... apa punya binggai..., kalau boleh jangan beli lansung.

Kepada blogger2 pro PR serta puak2 PR sekalian, bila mengutuk umno tak ingat dunia... kononnya benci sesangat... tapi dok sokong beli lagi akhbar haramjadah pencacai umno... apa barang... sembang jer... lebih... piiiraaahhhhhh......

Gua nak beli Utusan Meloya akhbar pencacai parti haramjadah umno dan yang sewaktu dengannya.... very sorry... lima duit pun gua haramkan untuk sokong beli...., gua baca free jer... secara online... percaya...? sama sekali tidak...

Anwar kata buat apa nak layan Utusan...? Tapi puak2 yang kat bawah ni masih dok layan lagi cheq oooiiii.... banggang yang tak boleh di ajar lagi....

1 IkutSukaLu...::

Manjung Mari,  Tuesday, March 09, 2010 4:09:00 PM  

AKU BACA UTUSAN BUKAN KERANA AKU SOKONG DEPA TAPI NAK TAU APA YG DEPA KERLENTONG!
AKU NAK CADANG KAt SELANGOR YG BERJAYA KUTIP RM50 JUTA DPD TALAM TU-DUIT TU JGN BUAT PINJAMAN MIKRO-KREDIT KERANA HASILNYA DAH BOLEH AGAK DAH,SURE LINGKOP PUNYER!
AKU CADANGKAN DUIT 50 JUTA TU BUAT STRATEGI UTK PERKASAKAN MELAYU SELANGOR.CARANYA SENANG JER- BAGI 1 JUTA SEORANG KAT 50 ORANG MELAYU UTK KEGUNAAN MEREKA.JADI DLM SEKELIP MATA SHJ K'JAAN PR SELANGOR BERJAYA WUJUDKAN 50 JUTAWAN MELAYU! TAK MACAM UMNO,DAH 50 TAHUN PUN ORANG MELAYU DOK MISKIN JUGAK!KALAU DUIT 50 JUTA TU DIA ORANG BELANJA PUN TAKPA KERANA IA AKAN MEMBANTU MENJANA EKONOMI SELANGOR. PR KERANA BERANI BERFIKIR DILUAR KOTAK KALAU NAK LAWAN UMNO.TAPI PASTIKAN 50 ORG YG DIPILIH TU ORANG PAS BARU ADA ERTINYA,DUIT TU KITA KIRA SEDEKAH KERANA KESETIAAN MEREKA PADA PAS SELAMA INI...

PAS FOR ALL

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP