IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Malaysia Negara Paling Teruk di Asia

>> Thursday, January 14, 2010

Kedudukan kewangan Malaysia begitu goyah dengan rizab negara merosot teruk akibat pengaliran keluar modal asing sepanjang 12 bulan lalu, menurut laporan terbaru sebuah kumpulan kewangan berpengaruh.

UBS Investment Research, yang merangkumi kumpulan perbankan antarabangsa berpengkalan di Switzerland menyenaraikan Malaysia sebagai negara paling teruk di Asia yang mengalami penurunan rizab antarabangsa.

Ahli politik tempatan khuatir, keadaan kewangan negara akan bertambah buruk dengan kehilangan lebih banyak pelaburan asing susulan serangan ke atas gereja dan sekolah mubaligh Kristian sejak minggu lalu.

Perbuatan khianat itu dicetuskan oleh petualang yang cuba menimbulkan provokasi berhubung penggunaan kalimah Allah oleh sebuah penerbitan Kristian.

UBS menganggap aliran kewangan kritikal yang dialami kerajaan Umno-Barisan Nasional “amat luar biasa” memandangkan Malaysia mencatatkan lebihan akaun semasa paling besar di Asia iaitu sebanyak 17 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau kira-kira RM120 bilion.

“Negara lain seperti China, Hong Kong, Singapura, Taiwan dan Thailand mencatatkan peningkatan ketara dalam simpanan antarabangsa dalam tempoh 12 bulan lalu tetapi rezab Malaysia hampir pupus sama sekali,” kata laporan itu.

Menurut UBS, pengaliran keluar modal secara besar-besaran sepanjang tahun lalu menjejaskan rizab antarabangsa Malaysia dengan amat teruk yang jatuh lebih daripada 25 peratus.

UBS berkata pengaliran keluar modal dari Malaysia memuncak hampir 50 peratus daripada KDNK atau RM355 bilion pada kiraan nilai semasa.

“Angka ini amat mengejutkan. Ia adalah lebih dari dua kali ganda pengaliran keluar modal yang dialami oleh Rusia dan jauh lebih besar berbanding dengan negara membangun yang lain.

Malah pengaliran keluar modal yang dialami oleh Malaysia pada 2009 merupakan fenomena yang jauh lebih besar dan dahsyat daripada pengalaman krisis ekonomi Asia 1997-1998,” menurut laporan enam muka surat itu.

Laporan oleh UBS Asia Securities Limited selanjutnya berkata ekonomi negara Rusia, Ukraine dan negara-negara Teluk mengalami pengaliran keluar modal asing akibat krisis ekonomi dunia.

Namun ketika ekonomi negara-negara terbabit kembali pulih, Malaysia masih dicengkam pengaliran keluar modal asing, menurut UBS .

“Modal asing masih keluar dari Malaysia secara berterusan dalam jumlah yang besar walaupun kebanyakan ekonomi negara pasaran membangun menunjukkan tanda kemasukkan semula pelaburan asing,” menurut laporan itu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mustapa Mohamed sebelum ini berkata Malaysia hanya mencatat pelaburan asing langsung sebanyak RM4.2 bilion sahaja bagi tempoh Januari-Mei 2009 berbanding RM46 bilion bagi 2008. -Dzulkarnain Taib

*****

Gua rasa laporan kat atas tu salah la..., utusan meloya and the pencacai media tak laporkan perkara ni... semua media pencacai kata ekonomi malaysia menunjukkan pertumbuhan positif... hehehe..

Atau pun propaganda mainan umno dalam isu kalimah Allah kerana hendak menutup isu besar ini...? Lu fikirlah... sendiri.

3 IkutSukaLu...::

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) Thursday, January 14, 2010 11:52:00 PM  

selain drpd larinya pelabur2 asing, pelaburan dari dalam negara juga nampak non-stop ketika ini.

mcm air duit yg mengalir keluar.

ohh, dorang bajet dorang cuma boleh main duit negara neh utk tempoh 2-3 tahun lagi kot. baik songlap/abeskan ape yg patut.

keh keh.

Xenan Friday, January 15, 2010 1:07:00 AM  

bro,

mmg pelik sbb report dr luar gila tak sama ngn report dlm negara.Kalu perasan start tengah tahun lepas.

nak tanak..sikit ari lagi sampai gak kesan kat rakyat.Paling best kali nih dgn berketuakan PM yg paling bodoh dlm sejarah malaysia.Satu isu pon haram takleh setel..bodoh!

wa suggest skang cepat2 register MLM mana2 sbb biz mlm jek yg melonjak2 time ekonomi teruk.hua hua hua.

btw thanks promote tshirt bro

lhakim Friday, January 15, 2010 8:00:00 AM  

bahaya keadaan nih..silap2 lingkup negara

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP