IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Hanya Bn/umno Yang Mampu Memerintah Malaysia.

>> Friday, January 15, 2010


KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran memaklumkan bahawa terdapat pindaan terhadap pelaksanaan bantuan makanan asrama sekolah tahun ini, berikutan kekangan peruntukan bajet mengurus bagi kementerian itu.

Ketua Setiausaha kementerian tersebut, Tan Sri Dr Zulkurnain Awang dalam satu kenyataan media hari ini, berkata berdasarkan pindaan itu, kementerian memutuskan untuk menaikkan bayaran Bantuan Makanan Asrama.

Beliau turut berharap supaya semua pihak dapat sama-sama berganding bahu memikul cabaran dan tanggungjawab dalam merealisasikan agenda pendidikan nasional berikutan kedudukan kewangan pada tahun ini. - Bernama 

Bila wang rakyat dah abih dikerjakan, maka rakyat diajak sama-sama berganding bahu memikul cabaran. Cabaran kepala tok dia yang buat...!!!

Kerajaan UMNO/BN dah banyak membantu Melayu? Perhatikan carta di bawah. Wah!!! bertambah ramai pelajar Melayu yang dibantu oleh kerajaan UMNO...!!!!


N3 di atas dan carta gua petik dari Blog Kerajaan Rakyat tanpa izin.

Jadi marilah kita mengucapkan tahniah kepada Kera...jaan yang di tunjangi oleh Barisan Nazional dan di ketuai oleh umno sebuah parti yang berjuang untuk orang2 melayu dan agama islam. Mereka telah berjaya membawa Malaysia ke tahap kemajuan yang tidak tergambar oleh orang2 melayu sendiri.

Hanya barisan nazional sahaja yang mampu memerintah Malaysia. Dan lihatlah kejayaan yang mereka bawa. Contoh seperti n3 gua sebelum ini (klik sini) tahniah sekali lagi gua ucapkan, dan (klik sini) perjuangan "Ketuanan Melayu"  dan banyak lagi seperti yang lu orang sendiri pun tahu.

Apakah Malaysia bakal menjadi Zimbabwe....? Itu lu orang kena tanya dengan PM 1Malaysia atau Emelda Marcos Malaysia.

Kak Mah... jom kita karaoke lagu... kalau anda gembira tepuk tangan... clap..clap..., gua tengah gembira sesangat menyambut kenaikkan harga barangan, minyak dan toll..... rasa tak sabar pulak...

5 IkutSukaLu...::

mr edz Friday, January 15, 2010 10:22:00 AM  

rakyat di dahulukan maknanya rakyat kena bayar pm senang lenang..

Aa Friday, January 15, 2010 4:56:00 PM  

Wa bali ini hali gua dapat baca blog yu balik. Okey semoga berjaya.

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) Friday, January 15, 2010 8:22:00 PM  

"berganding bahu memikul cabaran"

aiya. geli laa dgr. cabaran pikul sama-sama. kaya nak sorang-sorang je. haha!

apa punya polisikah ini?

org melayu sokong pr,  Friday, January 15, 2010 11:12:00 PM  

biau semua barang naik,nak naik harga naik le,biau mampos kebulo org2 melayu yg dah le hidup papa kedana tapi tetap sokong umno sampai ke mampus,semua barang nak naik...naik le...asalkan bn turun...

Unknown Friday, January 15, 2010 11:53:00 PM  

Menteri-menteri bukan Melayu dalam kerajaan banyak memberi tekanan terhadap kerajaan dalam isu MARA ini. Kalau kita baca dalam mana-mana blog yang popular di kalangan mereka, mereka tidak habis-habis mengutuk MARA yang membantu melayu. Mereka memang mahu MARA terlingkup. Saya rasa kerajaan yang terlalu takutkan kehilangan undi terpaksa mengikut telunjuk mereka. Itulah padahnya apabila orang Melayu sudah tak berkuasa lagi dalam kerajaan. Sedihnya melihat statistik itu. Agaknya apa nombor yang akan tertera untuk tahun 2011? Wahai pemimpin kerajaan Melayu, janganlah terlalu mengikut telunjuk kaum lain.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP