Gua Berlakon Dengan Allah.
>> Tuesday, January 12, 2010
"Saya bukan sesuka hati pakai dan buka tudung saya. Di luar, saya sebagai Anne Ngasri memang sudah bertudung.
"Tetapi apabila berlakon, ada sesetengah drama memerlukan watak saya untuk tidak bertudung, jadi saya akan buka tudung ketika pengambaran.
"Namun ia masih ada batasnya kerana saya tak akan sesekali berpakaian seksi atau 'buka' sana sini malah dari dulu lagi saya bukanlah seorang yang seksi.
"Saya tahu ia merupakan isu sensitif dan banyak pendapat dalam Islam mengenai hal ini tetapi selagi saya tahu apa yang saya buat ini benda yang betul, saya rasa okey," ujar isteri kepada Abdul Wafi Hassan ini lagi.
Anne pada masa yang sama menyedari pasti ada yang keliru dengan penampilan dan keputusannya itu.
Namun begitu, dia menegaskan, sebagai wanita Islam dia sudah membuat keputusan untuk menutup auratnya (klik sumber).
Gua tak mau ulas panjang lebar, lu orang ulaslah dari sudut pandangan dan tahap pengetahuan ilmu masing2. Hukum Islam di buat main2 jer... jika orang awam biasa.. mungkin gua tak kisah.. kita pun tak tahu dan perasan mengenainya melainkan ianya saudara mara, kenalan atau jiran dan sesiapa saja yang kita kenali dan kita boleh tegur mereka.
Tetapi ini kenyataan dari mulut seorang pelakon... yang mempunyai peminat.. ikon masyarakat..., jika ada antara peminatnya yang sememangnya jahil agama... apa pandangannya... sudah tentu ikut membabi buta. Soal pelakon itu dengan Allah... lantak pi kat dia..., yang dipersoalkan sekarang... dia pulak yang jadi agen iblis dalam menyesatkan orang lain... aduhai para artis sekalian lain kali berhati-hati dalam memberi kenyataan berkaitan hukum agama, adoiiiii..... dalam bab hukum Allah pun lu orang nak berlakon juga ke...?
Minah ni tak yakin ke...? Rezeki itu datang dari Allah... bukannya dari Bapak Mertua/Pengarah Filem... (dialog dalam Ahmad Albab).
1 IkutSukaLu...::
oh..dia kata macam gitu ke bro..
alahai~
ceteknya fikiran kan..
huhu~
saya ingatkan dia pakai terus tak buka dah..
rupanya sanggup gak bukak sebab lakonan..
Post a Comment