IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Andainya Gua Seorang Penyangak Petrol..!!!!

>> Tuesday, January 12, 2010

Antaranya, Pemuda Umno percaya bahawa adalah kurang tepat dan tidak adil untuk mengukur kemampuan ekonomi seseorang berlandaskan kapasiti enjin kenderaannya kerana sebuah kenderaan dengan enjin berkapasiti tinggi tidak bermakna ia sebuah kenderaan yang mahal.

Selain itu, pergerakan itu berpendapat mungkin wujud keadaan di mana seseorang yang memiliki beberapa kenderaan boleh mengisi petrol dengan menggunakan kenderaan berkapasiti enjin rendah dan kemudian memindahkan petrol itu kepada kenderaan berkapasiti enjin tinggi.

"Sistem harga dua peringkat ini boleh membawa kepada penjualan semula petrol dari satu individu kepada individu lain, sekaligus mewujudkan pasaran gelap," kata Pemuda Umno.

Sehubungan itu, Pemuda Umno berharap kerajaan dapat membendung masalah-masalah yang bakal timbul ekoran penstrukturan semula subsidi petrol itu.

Mulai 1 Mei ini, petrol akan dijual dalam dua harga berbeza iaitu yang bersubsidi untuk warganegara dan tanpa subsidi bagi bukan warganegara.

Harga petrol untuk warganegara adalah mengikut harga subsidi kerajaan dan kapasiti enjin kereta dengan menggunakan Mykad.

Sumber: Bernama

1) Andainya gua seorang penyangak petrol... ehh... silap ayat la.. bukan gua..., cuba bayangkan andainya lu orang semua sebagai seorang penyangak petrol, apakah caranya untuk mengkayakan diri dengan makanisme terbaru sistem petrol ni... selain dari apa yang pemuda umnGok kat atas tu bimbangkan... sejak bila pulak diorang ada otak nih...

2) Kenapakah hendak menggunakan MyKad...? Bukankah ciri2 keselamatan MyKad amat di ragui...?

3) Lu orang semua fikirlah sendiri... gua nak fikirkan cara2 nak rembat duit dengan sistem yang bakal di perkenalkan tak lama lagi ni... ada kurang lebih pun lagi ompek bulan laeiiii.... nanti sapa nak isi minyak boleh jumpa gua... fuhhh... pakcik kayoooo...

Gua dah ada beberapa kaedah nak bikin wang dengan makanisme baru ni... lepas ni pasti kecoh pulak kementerian nak pantau.... gua nak tengok siapa lebih bijak...!!!

2 IkutSukaLu...::

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) Tuesday, January 12, 2010 9:54:00 AM  

gua pun pakai kancil 660 je.

dah boleh meniaga minyak dagu neh. eh silap, petrol.

noorafzan.blogspot.com Tuesday, January 12, 2010 10:30:00 AM  

haha..
boleh beli dan jual balik pada orang yang xde mykad..
sure ada untung sikit..
hehe~

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP